Kenduri Kahwin - Part 3

Assalamualaikum..

Ada lagi pasal kenduri kawen..sabar..sabar..

Tshirt sedondon Keluarga Hj Ahmad 2016 ni ditempah khas untuk majlis kenduri ni..untuk ahli keluarga kami sahaja..anak menantu dan cucu2 Tok Tokwan..sebagai kenangan masa akan datang.. Pakngah Nizam yg tempahkan di Terengganu. Kalo ada sedara mara lain yg terasa hati sbb tak dapat tshirt camni..minta maaf lah. Nak order utk kitorang yg ramai ni pun dah penin..apa lagi nak tempah utk sedara mara lain.. Hari kenduri ni memang serba biru lah kami semua. Yg perempuan pakai baju lain dulu, petang sket kot ada yg nak tukar tshirt cam umi la.. Gambar pakai jubah sekeping pun takde..tak aci betul..kikiki..
Cucu2 Tokwan nak buat apa kat pelamin ni..senamrobik ke apa..??
Owh..nak tunjuk tulisan belakang baju rupanya....keluarga Hj Ahmad..dah serupa nak senamrobik je gayanya..hehe..
Kami sekeluarga..
Kami satu keluarga besar..meriah..
Yeayyyyyy..hepiiii...!!!
Sebenarnya umi ngan Maknjang Azma bertowel je tutup kepala..lepas mandi..tak tahan panas. Saje la nak bergambar kat tempat qasidah tu..sekaliii..semua pakat mai serbu nak join. Ok la kan..nampak cam pakai tudung putih.hehe..
Macam2 aksi family Hj Amhad..bikin havoc!!
Dengan cucu2 lagi..hepi sungguh Tok Tokwan..tengoklah tu..hehe. Alhamdulillah..

Kenduri Kahwin 28 Mei 2016 - Part 2

Assalamualaikum..

Kita sambung gambar2 seterusnya..

Tok dan Tokwan..menyambut menantu ke 7 dalam keluarga..pengorbanan yg dilakukan Tok Tokwan untuk anak2 akan dikenang sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah..
Luqman ngan sepupu2 pompuan dia..
Achik dan anak2nya..
Tok dan Toknjang..yg baru menerima menantu baru dlm keluarga. Dengan anak sulung masing2..Maklong Lina dan Maklong Aida @ Nosiah..
Anak manja Tok ni..bongsu katakan..
Maklong Lina dan Maksu Yayah bergambar dengan Tok Tokwan..tak aci tul..gambar umi pakai baju time kenduri langsung takde..padahal dok berdiri gak kat depan tempat sambut tetamu..hihi..
Achik dan Maksu
Abah dengan kawan dia dulu keje kat Putrajaya..sekarang dah pindah ke kampung halaman di Pendang..terimakasih sudi datang kenduri kami.. Abah tak leh cover perut tu..hahahah..
Pengantin dah sampai..
Jumpa ngan orang kuat kenduri dulu.hihi..
2 pasang pengantin baru. Pakndak Man dan Pakngah Adib..sepupu dan sahabat dari lahir lagi..sama2 membesar, bersekolah..tinggal umah bersebelahan saja..siapa tahu mereka menamatkan zaman bujang pun pada tahun yg sama.
3 pasang sepupu..yg baru saja menamatkan alam bujang. Pengantin lama..nikah ujung tahun lepas, Paklong Alfee dan Maklong Fairuz..bergambar bersama pengantin baru..diorang bakal menimang cahaya mata pertama Raya Haji nnt. InsyaAllah..
Maklang Mira dan Maksu Siti..anak2 dara Toknjang posing di pelamin. InsyaAllah awal tahun depan giliran Maklang Mira pulak akan berkahwin..
Bergambar kenangan di pelamin nan indah..
Tok Tokwan dan cucu2...geng biru..

Kenduri Sambut Menantu di Kulim, Kedah - 28 Mei 2016

Assalamualaikum..

Rajin..rajin.. Dah lama nak update cite pasal kenduri kawen di kampung, Kulim tp tak rajin sungguh nak buat..gambar mmg confirm banyak..jadi kena buat part by part lah jugak ye..

Pada hari pertama cuti sekolah pertengahan tahun aritu..Sabtu 28 Mei telah berlangsung dengan selamatnya majlis kenduri sambut menantu antara 2 pasang pengantin iaitu adik umi, Pakndak Man dengan Makndak Atikah..dan juga sepupu umi, Pakngah Adib dengan Makngah Mira..dok sebelah umah Tokwan je. Kenduri belah pompuan telah selesai di Melaka dan Subang Perdana hari tu..

Disebabkan kenduri buat pada hari Sabtu, jadi kitorang sekeluarga terpaksa balik hari Jumaat..budak2 ni pakat cuti sekolah awal sehari la. Frust Luqman Jannah sebab kat sekolah kebangsaan diorang ada sambutan Hari Guru. Ok, turut serta kitorang balik kampung kali ni ialah Atok dan Nenek. Yeayyy Atok Nenek pun nak meraikan majlis kenduri kawen besan diorang..tima kasih bebanyak..walaupun jauh perjalanan berejam, sanggup join kitorang. Abah awal2 lagi dah book hotel Tune kat Kulim tu utk Atok Nenek..senang situ segala kemudahan ada. Nak makan, nak jalan shopping complex, klinik, kedai runcit 24 jam, semua ada. Dekat je ngan umah Tokwan sebenarnya..abah nak hantar jemput pun senang.

3 Badik dlm kete duduk kat belakang sekali..Luqman yg dok tgh ngan umi n Nenek dah tergedik2 nak pegi belakang jugak..mana boleh, sempit. Tinggal 1 ruang kusi je pun. Tak sampai separuh jalan dia dah melompat ke belakang, si adik kena ke depan la.

Family kitorang di kampung, bertambah lagi seorang ahli keluarga baru..7 daripada 8 orang anak Tok Tokwan dah berkahwin..tinggal la sorang lagi, adik bongsu kitorang Maksu Yayah yg masih belajar tu. Belajar rajin2 ye Maksu..rajin belajar budak ni..otak genius..memang paling pandai antara kitorang semua.hehe.. Family kitorang kalo berkumpul memang meriah..anak 8 orang, cucu 18 orang (coming soon ada lagi, InsyaAllah) tak termasuk yg dah meninggal..memang bising la umah Tokwan. Kitorang yg anak sendiri ni tak penah dok mandi berkubang dalam kolah mandi Tokwan, depa cucu2 ni sedap2 je mandi berkubang dalam tu.hahaha. Tokwan pun tak larat nak marah dah..aduhaiii.. Tp..kang bila dah balik semua ke umah masing2, sunyi la umah Tok Tokwan takde sape.huhu..

Kenduri kawen perkongsian atau penggabungan antara Tokwan dan Toknjang utk meraikan anak masing2..umah kampung kitorang sebelah menyebelah je..mmg mudah la kan nak buat apa2..tolong menolong sesama.

Ok, jom masuk gambar kenduri kawen.. Baca caption kat gambar je lah ye..

Malam marhaban..ramai yg datang meraikan majlis kenduri umah Tokwan..buat kat umah Tokwan marhaban ni. Alhamdulillah Tokwan antara salah sorang yg aktif bermarhaban ke sana sini, jadi ramai orang kampung yg datang join marhaban kali ni.. Biasanya tak seramai ni. Abah kalo balik kampung, confirm Tokwan usung bawa pegi marhaban sekali.hehe..
Suasana hari kenduri..memang meriah. Ramai tetamu yg hadir. Antara sebabnya..Tokwan memang orang kenal..sampai ke mana hala nun Tokwan tak lupa nak eratkan silaturrahim.. Alhamdulillah..
Geng buat cucur udang..sedara mara umi lah semua.
Kumpulan berzanji, qasidah..Yahanana..buat sudut khas utk diorang..

Tengok anak buah umi si Angah Nurin ngan kawan dengan kawan dia tu..dalam ramai orang datang, depa siap baring cam berkelah tepi pantai..hahahaha..mana nak tgk suasana camni kat tempat lain.
Sepupu umi..Alang Mira ngan Maksu Tiqah handle bab cucur udang..maveless sedap cucur udang Toknjang
Tokcik Pah,Pakngah Nizam,  Paknjang Najib dan Pakngah Matnot
Ni cucu2 Tokwan..kalo berkumpul camni la..meriah..
Qasidah..
Ni masa pagi orang belum datang sangat lagi. Atok Nenek tu ha..dok melepak kat meja makantu. Pagi tu abah dah bawa Atok Nenek g breakfast dan cari barang nak bawa balik KL kat market Kulim..
Meja santapan pengantin..hasil tangan Paknjang Najib dan Maknjang Azma..mmg bab meja pengantin je serah kat depa la..
Biru di mana2..cucu2 Tokwan semua ni..nak tolong bagi goodies kat tetamu..
Ni pakat tolong Maklong Lina buat penanda di meja makan keluarga pengantin.

Ramadhan 2016

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..tahun ni masih diberi kesempatan oleh Allah swt. utk beribadah kepadaNya di bulan yg penuh berkah ini.

Tahun ni masih dalam proses mengajar Luqman dan Jannah berpuasa penuh, dalam masa yg sama penekanan kepada solat fardhu yg lebih utama tak dilupakan. InsyaAllah..mudah2an Allah permudahkan.

Tahun lepas Jannah yg umur 7 tahun dapat berpuasa penuh, Luqman yg 9 tahun pulak tinggal puasa 3 hari. 2 hari takpe boleh dimaafkan sebab demam..yg sehari tu la, dia terikut2 kawan2 pegi beli air kat kantin Kafa.hehe..

Tahun ni awal2 lagi sebelum Ramadhan, umi abah cuba ajar diorang puasa sehari pada Nisfu Syaaban yg lepas..jatuh pada hari Ahad pulak tu. Alhamdulillah diorang dpt laksanakan. Hari ni dah masuk hari ke 6 puasa, Alhamdulillah takde masalah. Masa sahur pun bangun makan utk sumber tenaga sepanjang puasa nnt.

Afiq..baru 5 tahun. Umi belum niat nak ajar lagi berpuasa. Cikgu Liza ada wasap di group Tabika minta ajar budak2 puasa walau setengah hari..utk bdk 6 tahun sebenarnya..tp takpe la, Afiq rest dulu ye..sampai masa nnt umi abah ajar. InsyaAllah.

Macam tahun2 yg lalu, kami masih meneruskan tradisi berbuka puasa di Masjid. Setakat ni..kami masih pilih Masjid Besi..walaupun panassss..berpeluh macam dah mandi.hahaha. Sebab suasana kat masjid tu lebih sesuai utk kitorang sekeluarga. Tp InsyaAllah masjid dan surau lain akan diterjah juga walaupun hanya untuk solat Isyak dan berterawih.

Umi..tahun ni..agak keletihan.hehe. Semoga Allah beri kemudahan kepada umi utk melakukan ibadah ini dan semoga diterima di sisiNya dan diberi ganjaran pahala. Amin..

Ramadhan Karim.
Allahu Akram..




Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform