Kenduri Sambut Menantu di Kulim, Kedah - 28 Mei 2016

Assalamualaikum..

Rajin..rajin.. Dah lama nak update cite pasal kenduri kawen di kampung, Kulim tp tak rajin sungguh nak buat..gambar mmg confirm banyak..jadi kena buat part by part lah jugak ye..

Pada hari pertama cuti sekolah pertengahan tahun aritu..Sabtu 28 Mei telah berlangsung dengan selamatnya majlis kenduri sambut menantu antara 2 pasang pengantin iaitu adik umi, Pakndak Man dengan Makndak Atikah..dan juga sepupu umi, Pakngah Adib dengan Makngah Mira..dok sebelah umah Tokwan je. Kenduri belah pompuan telah selesai di Melaka dan Subang Perdana hari tu..

Disebabkan kenduri buat pada hari Sabtu, jadi kitorang sekeluarga terpaksa balik hari Jumaat..budak2 ni pakat cuti sekolah awal sehari la. Frust Luqman Jannah sebab kat sekolah kebangsaan diorang ada sambutan Hari Guru. Ok, turut serta kitorang balik kampung kali ni ialah Atok dan Nenek. Yeayyy Atok Nenek pun nak meraikan majlis kenduri kawen besan diorang..tima kasih bebanyak..walaupun jauh perjalanan berejam, sanggup join kitorang. Abah awal2 lagi dah book hotel Tune kat Kulim tu utk Atok Nenek..senang situ segala kemudahan ada. Nak makan, nak jalan shopping complex, klinik, kedai runcit 24 jam, semua ada. Dekat je ngan umah Tokwan sebenarnya..abah nak hantar jemput pun senang.

3 Badik dlm kete duduk kat belakang sekali..Luqman yg dok tgh ngan umi n Nenek dah tergedik2 nak pegi belakang jugak..mana boleh, sempit. Tinggal 1 ruang kusi je pun. Tak sampai separuh jalan dia dah melompat ke belakang, si adik kena ke depan la.

Family kitorang di kampung, bertambah lagi seorang ahli keluarga baru..7 daripada 8 orang anak Tok Tokwan dah berkahwin..tinggal la sorang lagi, adik bongsu kitorang Maksu Yayah yg masih belajar tu. Belajar rajin2 ye Maksu..rajin belajar budak ni..otak genius..memang paling pandai antara kitorang semua.hehe.. Family kitorang kalo berkumpul memang meriah..anak 8 orang, cucu 18 orang (coming soon ada lagi, InsyaAllah) tak termasuk yg dah meninggal..memang bising la umah Tokwan. Kitorang yg anak sendiri ni tak penah dok mandi berkubang dalam kolah mandi Tokwan, depa cucu2 ni sedap2 je mandi berkubang dalam tu.hahaha. Tokwan pun tak larat nak marah dah..aduhaiii.. Tp..kang bila dah balik semua ke umah masing2, sunyi la umah Tok Tokwan takde sape.huhu..

Kenduri kawen perkongsian atau penggabungan antara Tokwan dan Toknjang utk meraikan anak masing2..umah kampung kitorang sebelah menyebelah je..mmg mudah la kan nak buat apa2..tolong menolong sesama.

Ok, jom masuk gambar kenduri kawen.. Baca caption kat gambar je lah ye..

Malam marhaban..ramai yg datang meraikan majlis kenduri umah Tokwan..buat kat umah Tokwan marhaban ni. Alhamdulillah Tokwan antara salah sorang yg aktif bermarhaban ke sana sini, jadi ramai orang kampung yg datang join marhaban kali ni.. Biasanya tak seramai ni. Abah kalo balik kampung, confirm Tokwan usung bawa pegi marhaban sekali.hehe..
Suasana hari kenduri..memang meriah. Ramai tetamu yg hadir. Antara sebabnya..Tokwan memang orang kenal..sampai ke mana hala nun Tokwan tak lupa nak eratkan silaturrahim.. Alhamdulillah..
Geng buat cucur udang..sedara mara umi lah semua.
Kumpulan berzanji, qasidah..Yahanana..buat sudut khas utk diorang..

Tengok anak buah umi si Angah Nurin ngan kawan dengan kawan dia tu..dalam ramai orang datang, depa siap baring cam berkelah tepi pantai..hahahaha..mana nak tgk suasana camni kat tempat lain.
Sepupu umi..Alang Mira ngan Maksu Tiqah handle bab cucur udang..maveless sedap cucur udang Toknjang
Tokcik Pah,Pakngah Nizam,  Paknjang Najib dan Pakngah Matnot
Ni cucu2 Tokwan..kalo berkumpul camni la..meriah..
Qasidah..
Ni masa pagi orang belum datang sangat lagi. Atok Nenek tu ha..dok melepak kat meja makantu. Pagi tu abah dah bawa Atok Nenek g breakfast dan cari barang nak bawa balik KL kat market Kulim..
Meja santapan pengantin..hasil tangan Paknjang Najib dan Maknjang Azma..mmg bab meja pengantin je serah kat depa la..
Biru di mana2..cucu2 Tokwan semua ni..nak tolong bagi goodies kat tetamu..
Ni pakat tolong Maklong Lina buat penanda di meja makan keluarga pengantin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform