2 badik peneman setia umi..

Assalamualaikum..

Sekarang ni asyik snap gambar 2 badik ni je..mana taknya, diorang ni peneman setia umi tiap ari kalo hari sekolah tu. Pagi Luqman, Jannah dan Afiq pegi sekolah, adik Najla manja umi la..dah dia takde kawan.

Nanti tengahari jemput abg Afiq balik, kemain hepi dia ada kawan. Ikut dan, kadang umi balik umah dulu sebelum kuar semula jemput Jannah. Luqman tahun ni 4 hari dia mandi kat sekolah je sbb balik lambat dari Jannah.

Ikut mood kalo rajin, umi bawa beg baju Jannah semua mandi kat sekolah. Tahun ni umi tak amek transit Qistina lagi. Umi rasa lega sebenarnya sebab tak yah nak pikir pasal anak orang lagi. Ngan anak2 sendiri pun dah riuh rendah nak handle. Anak2 orang tak boleh nak marah2, tak berapa syok la kan. Sebenarnya, ada je jiran2 tanya utk hantat transit anak2 diorang tp mmg awal2 lagi umi tolak sebab umi yakin umi tak mampu. Anak sendiri pun dah ramai..dok usung kuar masuk umah berkali. Jadi tahun ni dah tak perlu jaga anak orang, umi rasa lega sgt2.

Ok lah, lepas abg kakak pegi sekolah agama kafa, tinggal lah 2 badik ni peneman setia umi. Layan la gambar diorang berdua.

Kat warta bangi bawa diorang jenjalan survey kedai spek. Nampak menan token pakat nak naik. Hepi Najla sampai ternganga mulut.hehe..
Kat surau apartment kuning depan sekolah. Ingat lepak situ jap sementara tunggu kakak Jannah keluar, malas nak balik umah lepas jemput Afiq..tp rasa lama la pulak masa berjalan. Tak tunggu dah la pastu..balik umah je.hehe..



Alhamdulillah..rumah dalam pembinaan..

Assalamualaikum..

InsyaAllah jika Allah izinkan, kami sekeluarga tak selamanya menginap kat umah kuartes kerajaan Putrajaya ni..maksudnya, takde la duduk umah ni sampai abah pencen.

Jika takde aral, umah PPA1M abah dpt tu akan siap tak lama lagi. Mungkin tahun ni..mungkin tahun dpn..mungkin jugak tahun selepas tu..wallahu'alam. Apa2 pun kawasan perumahan tu sedang dlm pembinaan.

Pasal umah kat mana, tingkat berapa tu kemudian cerita la.. Sebenarnya, umah ni ialah Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia di Putrajaya. Umah apartment, maknanya kitorang akan berpindah ke umah apartment lepas ni.

Dari berkahwin 10 tahun lepas, kitorang berpindah randah dari umah flat PKNS milik abah kat Kota Damansara, pastu menyewa di apartment Bangi..lepas tu masuk ke teres kuartes Putrajaya. Dah merasa semua rumah..banglo je belum.hihi. InsyaAllah mudah-mudahan ada rezeki nnt. Amin.

Bila dah duduk macam2 umah ni, akhirnya umi rasa lebih selesa duduk umah setingkat je. Senang nak berjalan..nak kemas umah, tak payah turun naik. Kalo ada rezki buat umah atas tanah sendiri pun, akan bina umah setingkat yg besar aje..senang.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan Allah murahkan rezeki kami sekeluarga. Amin..

Dalam proses pembinaan..
Pelan lantai selepas perumahan dlm pembinaan. Dah boleh plan konsep umah kan..
Pelan lantai asal semasa dilancarkan. Ada sedikit perubahan pada entrance.



Belajar gunting rambut di Kolej Komuniti

Assalamualaikum..

Minggu lepas, hari Sabtu umi join kursus gunting rambut (layer) kat Kolej Komuniti Selayang. Tengok kat web yuran murah je RM10, best kalo dapat belajar..tak payah nak anta anak2 ke kedai gunting rambut, kan.

Sekali, pegi la sorang2 dari Putrajaya ke Selayang..8.15 pg gerak..sampai sana tepat kul 9 pagi. Tercari2 gak kat mana la kolej ni. Alhamdulillah sampai elok2..tak cepat, tak lambat.

Masuk kelas, sekali kena bayar lagi RM50 kauuu..mujur umi bawa duit. Kalo tak bawa macam mana? Sia2 la datang jauh2 nak tuntut ilmu..tinggal anak2 kat abah (Luqman Jannah start tuisyen pagi tu gak).

Nape kolej tak tulis awal2 kat web pendaftaran harga lain, kos belajar harga lain. Kan dah rasa tertipu..walaupun nak menuntut ilmu tp sekurang2nya bagitau la awal2 kan. Umi daftar utk 2 kelas (2 minggu) pulak..nampaknya burn la yg minggu depan tu.

Tp takpe la, ada gak ilmu umi belajar pegang gunting, nak potong rambut layer..nnt umi try kat rambut jannah ye. Kena cari gunting dulu. Haa..ni pun satu hal. Dah cakap yuran RM50 utk kos bahan, sekurang2nya bagi la gunting ke, sikat ke bawa balik kan..tp apa pun tak dapat, semata2 sijil je. Umi rasa tak patut camtu, kalo orang lain yg bekerja memang duit banyak mungkin tak rasa apa. Tp umi yg tak keje ni, RM50 tu terlalu banyak..sangat..titik.huhu.

Dulu umi pegi belajar menjahit ngan Giat Mara..part time..sesen pun umi tak kuar duit. Dapat ilmu menjahit yg sgt berharga. Terima kasih banyak2 pada Cikgu Fetri..guru yg terbaik. Apa2 pun, umi dpt sket ilmu psl gunting rambut..tima kasih juga pada cikgu kat Kolej Komuniti tu..baik juga orangnya, cuma umi yg terkejut tiba2 sampai sana kena bayar yuran lagi..hehe..

Umi tgk signbod Kolej Komuniti..Kementerian Pendidikan Tinggi. Amboi..suami sendiri (abah), keje kat kementerian induk KPT, Putrajaya..tp isteri rasa terbeban kena bayar yuran RM50..camne tu abah??kihkihkih..

Cikgu tunjuk ajar. Tima kasih cikgu Ana bg ilmu serba sedikit pada umi.
Nak sepit rambut pun takde skill umi ni..haha..
Cehh..konon pro..padahal gigil..kihkihh.. Eh, lupa habaq, umi terpaksa korek contact lens yg dah beli 2 tahun lepas, pagi tu spek buat hal. Mujur lens belum expired..dan mujur tak pening kepala. Tak boleh la jalan, drive, belajar tanpa spek dan lens..mmg tak nampak jawabnya. Pandai spek tu, Jannah kena buat spek, dia pun minta buat baru..huhu..
Done..layer cara umi.haha. Nanti umi try kat rambut Jannah ye.
Dah abis kelas..bergambar dgn sijil masing2. Minggu dpn ada kelas gunting rambut pendek, umi tak join dah la walaupun dah bayar pendaftaran RM10. 
Percubaan pertama potong rambut Jannah..layer cara umi.hehe. Ikutkan nak potong pendek lagi tapi tak berani..kena ada kepala patung gak ni. Rambut Afiq pun umi potong gak. Jimat 2 kepala.hihi..

Jannah rabun?

Assalamualaikum..

Tahun lepas masa Darjah 1, Jannah ada bawa balik surat kena appointment check mata kat Klinik Kesihatan Presint 11 pada 15 Januari, so umi pun bawa la dia. Sehari sebelum tu, appointment check up Najla 1 thn setengah pun umi bawakan..abah bz mmg tak yah harap la dia teman.

Jumpa gak akhirnya klinik check mata tu walaupun 1st time jejak kaki situ..terus masuk jumpa doktor dari Hospital Putrajaya, dia cakap rabun silau mata kiri Jannah tinggi. Alahaiii..turun umi ke Jannah ni. Umi pun mmg rabun silau n rabun jauh tinggi gak.

Tp umi ok la jugak, sekolah menengah baru start pakai spek. Jannah ni baru masuk Darjah 2 kottt..huhu. Memang kena buat spek doktor kata, sebab Jannah tak nampak.

Haii..budak ni tak penah lak mengadu tak nampak tau. Mujur gak la nurse yg dtg sekolah buat checkup mata sekali..tak cam zaman umi dulu, takde rasanya. Setakat check gigi je la kan.

Doktor cakap yg rabun jauh dekat tu sikit je, cuma rabun silau yg tinggi. Tp tak mustahil akan naik power dia. Cam umi jugak la. Last check power mata umi tak silap rabun jauh kanan 450, kiri 375 camtu. Silau tak ingat tp tinggi jugak la.

Nampaknya kena buat spek la kat budak ni. Umi pun dah lama tak buat spek. Elok Jannah check mata tu, esoknya spek umi buat hal. Saje je kan..nak suruh umi buat spek baru sekali. Tu yg kelam kabut korek balik contact lens yg beli 2 tahun sudah..ada 4 psg lg belum guna. Mujur belum expired.

Nampaknya kena cari kedai spek la utk buat spek umi dan Jannah. Alhamdulillah Allah permudahkan, ongkosnya pun dah ada..tinggal survey cari kedai spek je la.

Check mata Jannah. Umi masuk dalam bilik sekali, pastu tanya doktor boleh tak nak snap gambar ni. Dia senyum cakap boleh..
Result kerabunan mata Jannah. Silau kiri tinggi.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform