Kembali kepada fitrah - Jam Tawaf

Assalamualaikum..

Jam tawaf..bergerak ikut arah tawaf sekeliling Kaabah di Mekah
Alhamdulillah. Umi hepi sgt2.. Tima kasih byk2 abah..umi sgt2 menghargai. Hadiah Anniversary advance la ye..ikut Kalendar Islam Hijrah, pada 1 Zulkaedah yg lalu, dah 10 tahun usia pernikahan kita. Ikut kalendar Masihi pula, 2 Disember nanti. InsyaAllah.. I love u so much!..

Sejak tahun bila umi pun tak pasan, kat negara kita diperkenalkan dengan jam tawaf iaitu jam yang berpusing ikut arah tawaf sekeliling kaabah di Mekah. Sepatutnya kita sebagai umat Islam perlu tau akan kepentingan pakai jam ikut arah tawaf ni kan. Bumi pun berputar dan mengelilingi matahari mengikut arah lawan jam sebagaimana tawaf sekeliling Kaabah. Sejak tu umi sangat tingin memiliki jam tangan atau jam dinding tawaf ni tp bila tgk harga yg sgt mahal maka pendamkan lah dulu. Ada rezki satu hari nanti mungkin dpt memiliki. InsyaAllah..

Umi pun dah lama sangat tak pakai jam tangan..dah beberapa tahun tak ingat la. Jam couple yang umi abah beli masa hantaran kawen 10 tahun dulu dah pecah, retak seribu. Jadi, dah lama tak pakai jam tangan la. Abah pun dah terbiasa tak pakai, dah malas nak pakai lagi.

Baru2 ni umi ternampak kat web ada iklan jam tawaf promosi setengah harga tak sampai RM100 pun. Selalu harga sgt la mahal kan.. Tanya abah nak tak kita beli jam tawaf couple tp dia tak nak..malas pakai jam katanya. Tp umi beli la..abah hadiahkan. Eh, betul ke ni?? Yerr..abah cakap. Kat ofis orang jual RM200 lebih, ni lagi murah boleh la order.

Apa lagiii..marilah kita order di page Al Isra Watch HQ Jam Tawaf harga promosi RM89 free pos. Kedai diorang ni bertempat di Tanah Merah, Kelantan. Jauh nau..so kita pos je la ye.. Mungkin selepas ni ada rezki, umi memiliki jam tawaf dinding pula. InsyaAllah.. Boleh la umi anggap jam tangan ni hadiah Ulangtahun Perkahwinan daripada abah utk umi..yg dah masuk 10 tahun, 1 Zulkaedah yg lepas ikut tahun Hijrah, dan 2 Disember akan datang ikut tahun Masihi.

Alhamdulillah hari Jumaat 6 Nov, jam tawaf umi telah selamat sampai kat tangan umi. Hepi sangat2..dapat jam tangan baru. Jam tawaf pulak tu.. Sepatutnya dari dulu2 lagi kita pakai jam ikut arah tawaf tp dari dulu2 kita diperkenalkan dgn jam lawan arah tawaf. Ayuh, marilah kita kembali kepada fitrah.

Sedih

Assalamualaikum..

Dukacita dimaklumkan bahawa handphone Samsung Galaxy J7 kesayangan umi tidak dapat meneruskan khidmat pada umi "buat masa ini" (tak pasti la dapat berkhidmat lagi ke tak.huhu). Kitorang dah masukkan dalam beras, tak boleh on, skrin gelap je..tp still vibrate. Siap abah boleh call umi dan boleh cakap ngan abah, cumanya skrin gelap la.

Kitorang dah antar ke Samsung Customer Service kat Mines, diorang cakap motherboard rosak..data2 sebelum ni semua hilang la.huhu.. Sangat sedih. Kalo nak ganti motherboard baru, kena bayar RM600 lebih dan dapat warranty baru. Phone masih dalam warranty sebab baru 3 bulan guna tu, tak boleh claim sebab 'water damage', kecuaian pengguna, kan. Bincang ngan abah..rasanya tak nak la buat kat situ..nanti repair kat mana2 yg murah..sekarang beli phone baru kot..yg murah2 kan. Masih dalam proses survey, tp cam berkenan ASUS, apa kata korang??hihi..

End of July - 1st Nov 2015..huhu
Ace to J7..hadiah daripada abah utk umi
2 housing / cover kesayangan..kenangan..

Bercuti di Port Dickson

Assalamualaikum..

Walaupun tak dapat upload gambar2 yg umi snap sebelum dan semasa ke Port Dickson, umi masih dapat upload gambar2 lain yg dapat dari phone abah dan isteri2 member abah. Tp semestinya umi sgt2 terkilan tak dapat simpan gambar2 kenangan kat phone kesayangan umi tu. Teringat2 je..takpe la, takde rezeki umi kan..redha je la.

Umi upload gambar mana yg ada je la. Citer sket pasal bercuti ke PD tu. Abah dah bgtau awal2 lagi..sebulan awal tak silap, yang abah dan 2 orang geng biz diorang nak wat retreat kat Avillion Admiral Cove Hotel di PD. Diorang nak meeting, ada keje sket la nak buat pasal biz part time diorang tu. So, sesekali bawa la family sekali kan. Dah lama kitorang tak berkumpul lepak makan sesama. Tahun lepas, ada diorang buat retreat ke Langkawi, tp kami sekeluarga tak dapat join sebab clash dengan kenduri kawen Pakcik Latif kat Muar, Johor tu. So burn gitu je la..lebih RM1k..tiket flight dan hotel segala tu. Berkorban utk family, kan..

Selain tu, kitorang berkumpul makan2 gitu la..tp memang dah lama tak berkumpul ramai2. Tak silap last jumpa ramai2 tu masa open house raya umah Atuk bulan Ogos aritu. Budak2 ni pulak memang excited la dapat bercuti, tido hotel, mandi kolam. Benda yg jarang diorang dapat join, kan. Paham aje lah, abah bukan berharta, umi tak berkerja..macam orang lain juga..gaji cukup2 je setiap bulan, mana la nak bercuti bagai kan. Jadi, bila dapat peluang bercuti camni, diorang sangat la hepi. Tak sabar tunggu tarikh tu sampai.hehe..

Umi pun agaknya terlebih excited kot, sampai phone baru masuk air tu..hihi.. Benda di luar jangkaan..benda dah jadi. Let it gooo..

Jom tgk gambar la..umi takde gambar daripada phone sendiri, tak reti nak cite camne dah..hehehe..

3 sekawan ni..Luqman, Jannah dan Aina sibuk dok main kumpul lidi otak2. Syok main sgt sampai makan pun tak berapa nak. Mak pak depa je la yg pulun makan sampai gemokk..
Breakfast di hotel sebelum phone umi masuk kolam mandi..huhu.. Breakfast ni kanak2 free. Alhamdulillah.. Depa tak sabar nak mandi kolam sebab petang semalam tak dapat, hujan. Breakfast yg banyak makanan pun tak nampak menarik bg depa.

Sempat bergambar di luar kafe hotel. Abah nak mai bayar breakfast budak2 tp free diorang cakap.
Tgk tu Afiq berebut nak dok ngan adik..nak bergaduh la tu..banyak lg tempat kosong.
Dengan anak2 dara umi
Gambar2 kat bawah ni kat Muzium Tentera..mai singgah jalan2 sini sat..
Mula2 takut nak turun tangga masuk dlm gua atau jalan bawah tanah ni, tp abah masuk jom la ikut..hehe..
Umi suruh abah snap gambar jet ke kapal terbang tentera ni sebab sapa2 yg nak melawat akan nampak benda ni dulu la kat pintu masuk muzium.
Usung Najla yg sedap je lena sepanjang jalan kat sini
3 badik keletihan balik bercuti..lena on the way balik Putrajaya
Adik Najla dah puas lena masa abg2 kakak tido, dia test drive sat..hehe..
Danish Saifullah anak Pakcik Sairul..sebaya Najla tp debab besaq ngat aih..berat lebih dari Abg Afiq lagi kot nihh..haha..
3 sekawan.. Aina ni anak Pakcik Azanni
Aina takut masa jalan dlm laluan bawah tanah ni..kuat pegang baju abah kat depan tu..hihi..
Abah snap gambar kolam mandi petang kitorang check in tu..ujan renyai tak dapat bagi bebudak mandi kolam. Kolam yg telah menamatkan riwayat J7 umi.haha
Kat lobi hotel sebelum kuar dinner . Awat rambut bebudak kaler putih dah cam uban nampaknya..haha.
Ni apa kes makan sorang sana sorang sini..hihi. Sebenarnya, abah dok layan suap Afiq makan tu. Makan sungguh sampai penuh perut. Gambar2 kat phone umi abis ilang tak dapat disimpan..sayang tul la.
Pakcik Sairul dan Acik Mas/Yana
Mandi kolam..masa ni phone umi dah terkorban. Budak2 hepi takpe la. Najla je yg tak nak berendam..takut air sungguh. Umi peluk adik yg sampai tak pasan beg silang dah terendam dalam air. Afiq dah berani mandi tp dia lg selesa sebab ada pelampung aeroplane dia tu la.

Kena tangguh update blog dulu.huhu..

Assalamualaikum..

Umi ada banyak gambar nak upload masuk blog kenangan keluarga ni, tp umi tak pasti boleh ke tak umi upload..huhu. Sebabnyaa...handphone kesayangan umi (Samsung Galaxy J7 yg baru berkhidmat pada umi selama 3 bulan.huhu) yg telah bantu umi up banyak citer dan gambar kat blog sejak akhir2 ni ada kat 'hospital beras' sekarang.huhuhu..

Tak tau lah phone tu dapat diselamatkan atau tak leh guna langsung dah. Kalo ada rezeki, boleh la guna lagi..dan gambar2 dapat diupload masuk sini. Kalo takde rezeki, tak pe la. Anggap jodoh umi ngan phone tu sampai setakat ni je la.

Semuanya bermula bila phone umi terendam dalam kolam mandi di PD semalam (1 November 2015). Kitorang ikut abah meeting dan kerja ngan geng2 biz dia kat hotel di PD..bila hari last tu dapat teman anak2 nak mandi kolam, baru je masuk kaki dalam kolam..nak peluk Najla yg takut masuk dlm air, terpasan beg silang kain umi yg ada phone dan dompet dah terendam dalam air.huhu.

Umi terus bawa phone kat abah yg tgh meeting kat Kafe. Abah la yg keluarkan bateri dan lap. Kat bilik sebelum check out, abah keringkan lagi guna hair dryer..tak tau la boleh ke tak sebab on the way balik dok google cakap tak leh guna, Wallahu'alam..

Sampai umah, umi terus masukkan phone dalam hospital beras la jawabnya. Kita tunggu sehari dua lagi, phone dah boleh keluar wad..tengok camne keadaannya.

Tapi, ada juga beberapa gambar yg disnap oleh isteri2 Director Biz yg lain..yg diorang share ngan abah. Nanti kita upload ye.


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform