JDT Part 6

Assalamualaikum..

Najla sampai terlena kat lantai..umi dok sembanh2 ngan Tok Tokwan n Maknjang Azma, dia dok atas umi pastu melorot ke lantai terus lena.hehe
Ni pulak dalam kete..dok kat lantai makan biskut..adik..adik.
Rania Zahra leh kawan ngan Najla dalam kete. Yg lain sume kat Exora
Wefie kat belakang
Ni depa dok bergambar dlm Exora..kecoh la penuh budak dalam ni kan.hehe
Tunggu Tokwan beli tikar. Tok tak sabar nak jalan tempat tudung lak nun..hihi
Syok Tokwan..bape banyak kedai Tokwan masuk survey dapatkan harga yg paling murah
Nin diaaa..tikar2 kami semua, Tokwan borong. Silap tak pi beli tambah noo..dah murah sepatutnya kena beli lg. Tanya kat Putrajaya sekeping RM40..ni dpt sekeping RM25 sapa nak bagi??
Bebudak2 lepak kat buai Marrybrown
Najla nak gak. Umi mai masuk Marrybrown cari bebudak, abis tak sempat nak beli tudung. Awat semua Bangla ke Pakistan tah la..penuh kat Nilai 3 ni.huhu. Marrybrown pun langsung takda Melayu..aduhaii..
Taraaa...bebudak ni rasmi tikar yg Tokwan belikan utk umah kami. Umi amek kaler lebih kurang ngan tikar lama tu la. Sebab tema umah kaler ceklat. Sesuai sgt la tu kan. Malam tu Tokwan tido atas tikar tu la. Boleh guna dua belah atas bawah. Bawah kaler lain lak. Tima kasih bebanyak Tokwan. Tikar sebelah tu kitorang beli sebelum raya. Hampeh..tipu kot karpet kat Bangi. RM100 dia jual kat kami. Tanya kat kedai lain RM60 je.

Ok, last ye..Part 6. Terpaksa juga asingkan sebab gambar banyak. Nak masukkan gak sume gambar yg ada..kenangan bercuti di Johor.

Hari terakhir di Johor. Bangun pagi bersembang sekejap dgn Tok, Tokwan dan Maknjang Azma. Bukan selalu pun dapat lepak sembang sama2..pastu berkemas..bersiap nak gerak balik la.

Maksu dah kat UTM, so umi naik kete Almera ngan Tokwan Tok. Exora biar Paknjang Najib ngan bebudak semua la..anak ramai depa tu.hihi.. Kitorang gerak ke Giant dulu, belikan Maksu Yayah kettle jug..senang nak masak minum air nnt. Terus breakfast+lunch sekali kat medan selera Giant. Pastu masuk ke UTM semula nak anta kettle, tikar, penyapu tah hape lagi la..beli semalam utk maksu.

Maksu kat masjid masa tu. Kitorang nak ke masjid pun sesat barat la.haha. Berpusing2 kot dalam UTM ni. Umi memang penah pergi masjid UTM dulu masa abah konvo sebab dewan konvo sebelah je ngan masjid tp jalan lain kan..memang tak tau la nak ke sana. Last..jumpa juga. Bawa maksu ke bilik dia pastu anta ke masjid semula. Nak ke masjid sesat barat lagi..hahaha. Kenangan betul la. Pastu nak kuar UTM pun sesat barat juga. Jadi U sesat la camni.haha.. Aduhaii.

Kitorang gerak balik ke Putrajaya dalam kul 2.30 ptg camtu. Dah lewat, so Tokwan cakap tak larat la nak teruskan perjalanan ke Ipoh, umah Achik. Kena rest tido semalam lagi kat umah Putrajaya kitorang. Lagipun kalo drive malam Tokwan tak bape reti cari jalan. Ikutkan sampai Putrajaya pun dalam kul 6 petang dah kan. Tanya Tokwan, dah tak jadi balik Ipoh arini..kita singgah Nilai 3 dulu la ye..sebab Tokwan plan nak beli tikar.

Dah lama Tokwan Tok tak datang Nilai 3. Tokwan berkenan tgk tikar kat umah buat marhaban bentang tikar beli kat Nilai 3.hehe. So ok la..dalam kul 6 camtu la kitorang sampai Nilai 3. Solat jamak pastu berjalan la cari kedai tikar yg tawarkan harga tikar paling murah pada Tokwan.hehe. Hepi betul Tokwan..

Akhirnya, selepas tawar menawar dapat la beli 5, tikar dengan harga sekeping RM25 daripada harga asal RM35-40. Tokwan plan nak belikan umah kitorang sekeping, umah Paknjang Najib sekeping, umah Achik Azah sekeping. Lagi 3 keping bawa balik Kulim. Alang2 dapat free pilih la yg sesuai kaler dengan tema umah ye.hehe. Sekarang ni rasa rugi tak amek sekeping lagi alang2 dah dapat murah tu kan. Kalo beli sekeping dah la mahai..huhu.. Tok beli syok berjalan tgk tudung..dapat la membeli selai dua tudung. Umi tak sempat dah la..dekat nak Maghrib dah..tak boleh lama2. Ikut ati nak gak rembat selai dua kan.hihi

Sampai umah Putrajaya time Maghrib. Abah dah belikan lauk tomyam, paprik, sayur kailan dan ikan kembung 3 rasa. Umi masak nasi je la. Alhamdulillah setel dinner, Paknjang Najib sekeluarga pun gerak balik. Tinggal la Tokwan, Tok dan Damia Rania bermalam di Putrajaya semalam lagi.

Esoknya, breakfast di kedai mamak Presint Diplomatik. Masa nak antar Afiq sekolah kul 12 lebih tu, umi antar Tokwan Tok kat tol UPM sebab diorang nak gerak balik ke Ipoh pulak. Berpisah dah semua..huhu. Bila nak berkumpul reramai lagi ni?? Rindu Tokwan ngan Tok.huhu..

JDT Part 5

Assalamualaikum..

Amboi..sampai part 5 kauu..hihi.. Nak stop kan kat entri ni ke?? Kita tgk dulu camne.

Umi nak masuk gambar2 yg berlambak kat Istana Johor..ada replika mahkota besar depan istana tu. Johor memang sinonim dengan mahkota kan..istana yg rapat dengan rakyat jelata. Itu yg umi baca.

Sampai situ kitorang semua sakan bergambar la. Kat phone umi lagi banyak gambar ikutkan..sebab minta Luqman tolong snap gambar. 1 aksi tu dia leh snap sampai 30 keping..mau tak banyakk..jenuh umi delete.haha. Luqman..Luqman.

Pakat bergambar dengan replika mahkota besar tu konon pakai mahkota atas kepala la.hihi. Jom layan gambar2 dulu.

Mula2 sampai dah hepi berlari sakan dah sepupu sepapat ni
Jenuh Tok dok kawal cucu2 takut jatuh kolam..cucu2 Tok Tokwan mmg suka bikin havoc kat mana saja.hihi
Puteri Jannah dgn mahkotanya
Putera Luqman pun dgn mahkotanya
Minta Luqman tolong snap gambar umi ngan Tok
Afiq lak nak join
Sape pasan ada orang tgh duduk belakang umi ngan Tok?? Si Jannah tu awat nyorok gitu..hehe
Masa ni dah tau Luqman snap berkali2 gambar kitorang..dok tersengih2 elok je
Apa lagii..kejarrrr. Tok pun sampai tergelak tgk aksi Luqman. Gambar kitorang berlambak umi delete.hihi
Kitorang semua..Paknjang Najib kameraman
Dah mula gelap..kul 7 malam, lampu di replika mahkota pun menyala. Cantikkk..
Mula2 tersusun elok je bebudak, pastu mula la gelongsor jalan tu menuruni bukit..termasuk si kecik Najla.
Tokwan panggil Jannah nak ikat tali belakang baju yg dah terlerai
Tokwan ikatkan reben tali dress Jannah
Tokwan dan Tokwan. Abah dan mak umi tersayang..abah mak terbaik dunia akhirat..
Najla suka berjalan
2 badik Damia dan Rania. Permata hati Achik Azah..
Umi dan Tok..sayang mak ketat2.. Sama tak muka umi ngan Tok? Ke umi ikut Tokwan ek?..hihi..
Bergambar berlatarbelakangkan Istana Johor
Besarnya mahkota umi..haha
Budak2 tabik hormat sebelah abang/pakcik askar pengawal pintu istana. Serius je pengawal ni..hehe
Amboii..sukanya Najla selfie ngan umi..
Pakai mahkota lagi
Ni pun sama
Tok pun pakai mahkota gak
Mahkota Istana Johor pada waktu malam. Sangat cantik..bila lagi akan menjejakkan kaki ke sini?

JDT Part 4

Assalamualaikum..

Bersedia nak kuar jalan2..naik 1 kete je semua..senang takde yg tertinggal ke apa
Wefie 4 beranak..Afiq dah terlentok lena. 2 badik atas riba umi..uihhh sakit pinggang umi
Singapore jelas di seberang laut sana..sgt dekat. 
Kawan baru Tokwan..punya lama bersembang tah apa yg diceritakan tak tau la. Pakcik tu tunggu isterinya balik keje..
Puteri kecik umi yg suka berjalan
Najla meronta nak turun
Sepupu sepapat

Fun fair
1st sekali naik ketapi
Naik cawan..penin pala umi teman bebudak naik
2 badik..Rania ngan Damia..tanpa ummi dan abah. Tokwan ngan Tok yg bawa diorang dari Kulim pastu nak anta ke umah diorang di Ipoh..sebab ummi berkursus.

Layan aje la ye part by part..hihi. Senang umi asingkan sebab nak susun ikut gambar2 yang ada.

Ok, confirm kitorang semua akan tambah percutian di JDT ni sehari lagi. Bila lagi kan..dah dapat berkumpul reramai camni, boleh gak jalan2 tengok tempat orang kat selatan semenanjung ni. Bab baju pun dah setel..mujur dah biasa dok dry baju kat Putrajaya kan, itu pun mujur abah ingatkan..kalo tak, umi dok berfikir gak..kering ke tak la baju2 aku ni..nak pakai malam kang takde baju pulak.hehe..

Ok, destinasi pertama kitorang..berjalan2 kat Johor Bahru..apa nama tempat lagi umi pun lupa. Maknjang Azma yang dok guide jalan sebab dia penah 3, 4 tahun juga la bermastautin di Johor sebelum kawen dulu. Masih ingat sket2 jalan kat sana. Dia kata dulu kat tepi pantai Danga Bay boleh lepak2 rileks beriadah..tapi sekarang langsung tak boleh.sepanjang pantai tu semuanya sedang buat pembangunan. Ha..sebelum lupa..aritu 1st time kitorang datang UTM tu memang tak lalu langsung tepi laut tu sebab memang tak tau menahu jalan. Tu yang kitorang hanya berjalan ke Legoland, balik tu singgah JPO..itu je la.

Jadi, datang kali ni..ada orang tunjuk jalan pulak..dapatlah kitorang semua tengok laut dan negara kecik Singapura yang gah di seberang lautan tu..dekat sangat. Selalu tengok di Penang punya jauh..sayup2 je nampak bangunan kan, ini Singapore sangat dekat rupanya. Sayang pulak rasa Singapore kuar dari Malaysia.kihkih..

Sebelum lupa sekali lagi, kena kabor la jugak..umi penah dah melawat negara kecik Singapore tu..tahun bila ye..2003 atau 2004 camtu la. Masa keje kat JB Jurunilai Bersekutu Sdn. Bhd. dulu. Syarikat tu setiap tahun akan buat lawatan ke merata tempat, jadi berpeluang la juga menjejakkan kaki ke sana. Naik bas aje nak ke seberang tambak nun. Umi ingat2 lupa mata wang dolar masa tu dalam RM1 bersamaan Dolar 1.50. Sekarang ni..alahaiii.. Dolar 4.00 kott.huhu..

Ok, sambung bab berjalan tepi laut tu. Umi ingat nama Danga Bay, Lido dengan Stulang kot..lain tak ingat.. Kitorang berjalan2 tengok pemandangan dari atas kete je..naik semua orang termasuk Tokwan dan Tok dlm 1 kete Exora. Almera berehat di umah dulu ye.. Muat la sebab barang2 takde, maksu pun dah orientasi kat UTM. Tokwan ajak singgah cari makan petang..minum2 sket. Terjumpa kedai goreng pisang yg dah nak tutup. Takpe, lepak la sekejap.. Nanti malam baru nak bawa anak2 main kat fun fair dekat Danga Bay kalo tak silap.

Lepak kat gerai tu, Tokwan dapat kawan berborak lak..sembang punya lama macam dah kenal lama.hihi. Kitorang yg lain melepak2 je la situ. Umi sempat g kedai depan tu beli pampes utk Najla..tak cukup la sebab sambung percutian semalam lg kan.

Lepas tu kitorang gerak ke Istana Johor..tak tau la nak sebut apa..yg ada mahkota besar depannya tu. Bergambar, berselfie bagai..gambar2 sangatlah banyak, kita kumpul kat entri seterusnya ye.. Entri ni kita masukkan gambar main kat fun fair malam tu. Hepi sangat anak2 umi dapat main fun fair. Ni pertama kali la diorang main fn fair..sebelum ni tak penah lagi rasanya. Dapat lak main beramai2 ngan kengkawan, lagiiii la hepi.

Tiket setiap mainan fun fair tu berharga start dari RM4 seorang rasanya. Umi belikan utk bebudak ni bape mainan tah..tp rezeki..Maknjang Azma ada belanja juga beberapa mainan. Adik Najla yg kecik lg ni dapat naik gak..tp dia tak bape paham sangat lg. Eh, kalo ikut mainan camni, kat Legoland tu dikira fun fair ke tak ek??hihi.. Lebih kurang la kan.. Penah la kalo camtu.hahaha.. Tp fun fair sebenar belum penah lg la.

Sebelum stop entri ni dan bersambung ke entri seterusnya..Part 5, umi nak habaq la jugak..masa dok tanya2 kat kaunter tiket sempat jugak la umi kamu ni sound pekerja kaunter tiket tu..layan cakap ngan orang acuh tak acuh je..dgn muka serius bosan tak senyum langsung..mmg mau kena sound la jawabnya kan. Nampak je umi hangpa camni (konon lembut la..), sekali keluar sound jangan terkejut beruk ye..haha.

Umi cakap kat dia "cakap elok2 tak boleh ke? Orang tanya elok2, jawab la elok2.. dari jauh orang datang sini, dapat layanan camni pulak!".. Ha, ambik ko! Tak kuasa umi nak ngadap dia beli tiket lagi. Maknjang Azma la yg belikan pastu. Budak tu sempat la minta maaf melalui Maknjang Azma.

Ok, sambung..




Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform