Cerita Raya 2015

Assalamualaikum..

Jom citer throwback raya..hihi. Benda dh lama berlalu katakan..gambar ada, kita korek balik sikit2 citernya.

Tahun ni kitorang raya pertama di Kulim. Kitorang balik kampung ari Rabu tul2 pas solat Subuh. Kena gerak awal sebab confirm jem..semalamnya pun dah jem teruk. Tp seawal2 kitorang, awal lagi Pakndak Man kuar..haha. Die drive sorang2 dari Putrajaya..kul 5 dah gerak. Kitorang lak gerak sebelum kul 7. Budak2 lena, usung masuk kete je la..tak mandi pun.hihi.

Masa masuk highway mula2 tu ok lg tak jem, tp on the way tu dgr berita n tgk google map..mak aii..Tapah jem gile. Pakndak yg dpn 2 jam dari kitorang pun dah sampai tempat jem. Nak jadi citer, umi abah sakit perut cirit birit lak..semalamnya lagi umi dah membuang dekat 10x kot. Abah ok lg, sekali dua je. Dah sakit perut sepasal, dgn jem lagi..jom kita masuk jalan dalam/jln kampung/jalan lama.

Jalan lama byk gak kete tp still berjalan..so ok la kan. Bila dah tak jem, so masuk la highway balik. Sampai mana tah, abah ngantuk so umi ganti drive. Sakit perut pun tahan je. Tp masuk je tol Jawi, perut meragam tak sesabar g toilet.haha. Kira total membuang 2 hari tu 14x. Pecah rekod..haha.

Ari rabu yg balik kampung..kitorang, Pakndak Man ngan Achik Azah. Pakngah Nizam dari Ganu blk Kulim esoknya sebab diorang blk Perak dulu semalam..turn raya Kulim kali ni. Yg tak best Paknjang Najib kt KL nun tak leh blk beraya lak sebab kena bertugas raya pertama. Beraya di KL la diorang..sian. Dah la takde sape..family kan..tak cukup korum la.huhu..

Baru masuk highway, lengang lagi..
Dah masuk jalan dalam/jalan lama..kete banyak

Jumaat 17 Julai, raya pertama bersamaan dengan genap Nur Najla umur 1 tahun..raya 1st lak besday adik ye..hehe. Tp takde potong kek ape la. Nnt buat kat Keramat je. Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Lahir Najla setahun la ye..

Kitorang sekeluarga ke Masjid Keladi bersembahyang sunat raya, menziarahi kubur ahli keluarga dan bersalaman raya bersama keluarga. Alhamdulillah. Anak2 hepi kutip duit raya la.hehe. Lupa pulak..Jannah tahun ni darjah 1 berjaya puasa penuh, walaupun penghujung Ramadhan tiba2 demam dan batuk melanda. Si abg Luqman yg darjah 3 tu pulak tinggal 3 hari. Tak tahan lapar..huhu. Sehari tu sebab demam. Ada la upah utk Jannah. Tahun lps baru belajar puasa, dpt dlm 6 hari gitu..tahun ni puasa penuh. Alhamdulillah.

Hari pertama Jumaat, lelaki kena solat jemaah 2x kan..so aktiviti menziarahi saudara mara tu agak lewat sket la sebab sibuk layan tetamu yg dtg. Memang ramai. Jgn tak tau, beraya dijamu durian dan pulut..fuhhh memang terangkat.haha.

Petang tu baru beraya 2 buah umah di Kampung Dusun dan Taman Nuri. Raya tahun ni tak dpt berjalan raya sgt sebab raya ke 3 dah kena gerak balik Putrajaya. Beramai2..bersama semua ahli keluarga sebab raya ke 4 Pakndak Man akan bertunang di Melaka. So, raya pertama dan ke 2 je la nak ziarah beraya pun.

Salam raya ngan Tok Tokwan
Anak2, anak buah beratur nak kutip duit raya..hehe..
Kami family Kulim. Yang takde dalam ni family Alang Tie dan family Paknjang Najib

Comei..comeii..
Kutip duit raya..budak2 yg paling hepi
Tokwan dan Tok
Family Maklong Lina
Family Pakngah Nizam
Family Achik Azah
Dua badik yg lum kawen..Pakndak Man dan Maksu Yayah bersama Tokwan dan Tok
Kami anak, menantu dan cucu Hj Ahmad dah Hjh Halijah
Bergambar reramai dengan pakcik makcik, sepupu sepapat..


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Assalamualaikum..

Baru sempat nak update citer raya..dah lama tingin nak buat tp tah la..tak update gk kan. Jom rajinkan sket.. Masih dlm mood raya, sempat lg kalo umi ucapkan Selamat Hari Raya pd umat Islam seluruh dunia..

Kat Malaysia ni raya sebulan. Weekend je, jemputan open house berderet kan..ari keje lak..jamuan raya kat ofis. Sekolah pun ada gk..sakan sungguh raya noo..

Bulan syawal masih berbaki beberapa hari lg, jgn lupa amek peluang berpuasa sunat Syawal 6 hari ye. Alhamdulillah saat ni umi abah dah setel 5 hari.

Jom masuk sket gambar dulu..


Dah potong rambut..

Assalamualaikum..

Sebelum raya ni memang umi dah plan nak potong rambut Afiq dan Najla. Masing2 rambut panjang dah rope apa..tak kemas. Najla sampai rambut tutup mata, rambut dia jenis cepat panjang dan lebat cam kak Jannah gak. Afiq lak rambut jenis nipis dan panjang..lain daripada rambut abah n Luqman.

Mujur umi diorang ni boleh berdikari, boleh drive..jadi banyak benda tak perlu tunggu abah, semua umi buat sendiri je. Pergi shopping cari kasut raya, pergi potong rambut, pergi bank, pergi Mydin..umi sendiri je usung anak2, tp masih dalam pengetahuan abah la. Memang takde istilah 'me-time' la kat umi sekarang ni. Takpe, tak kisah asalkan umi hepi dapat buat benda yg umi dah plan.

Ari khamis aritu, umi bawa Afiq dan Najla g potong rambut kat Presint 8, atas pasar. Kedai gunting rambut ni unisex..laki pompuan pun boleh sebab ada 2, 3 orang tukang gunting laki dan perempuan. Nak suruh orang laki potong rambut Afiq tp customer dia ramai menunggu lak, so boleh la potong rambut Afiq kat akak tu. Asal pendek sudah.

Mula2 Najla dulu, dah ngantuk sepasal pastu memang idak ler nak kat orang kan..so potong la rambut sambil dok atas dukungan umi. Abis la rambut kat baju umi. Takpe, asal dapat buat. Tp tak dapat la nak snap gambar Najla kena potong rambut, kan. Lepas tu baru sambung ngan Afiq. Akak tu tak guna mesin, just potong pendek gitu je, kalo mesin hensem la sket kan. Takpe la, Afiq memang dah hensem pun..hehe..

Diam je Afiq. Dia nak orang laki potong rambut dia sebenarnya, tp takpe la Afiq..ok je. Afiq hensem jugak!
Rambut saya dah pendek laa..baru tak rimas rambut tutup mata.

Gambar kat bawah ni sebelum diorang potong rambut..takde kena mengena ngan tajuk kat atas. Gambar menumpang entri ni je.hihi..

Saya suka makan snek, biskut sampai comot2 abis..
Baru bangun tido..kadang2 still sumbat buai nak bagi tido lama.
Penat sampai terlena, ikut umi shopping di Warta Bangi
Terlena 2 badik. Bape minit lagi nak antar Afiq g sekolah, dia bantai lena lak..bangun awal sgt, dari sebelum Subuh..mai tengahari ngantuk la. So, biar dia tido puas dulu..dah jaga baru bawa g sekolah. Baru 4 tahun, takde umi nak straight sgt nak paksa dia ke sekolah.

Budak2 di masjid lagi..

Assalamualaikum..

Selagi masih dalam bulan Ramadhan, akan ada la aksi budak2 ni semua kat Masjid Besi. Bukan lah tiap2 hari sepanjang bulan puasa kitorang ke sana, ada juga la berbuka puasa di rumah dan bertarawih di surau lain, bergantung kepada sesuatu keadaan la.

Ada sekali aritu, abah balik lambat dari ofis, terpaksa berbuka di sana..server problem ke hapa..umi pun tak tau. So, umi dan anak2 di rumah saja. Penah aritu Luqman tiba2 demam, dok terbaring tido je..memang wajib la kat umah, kan.

Walaupun komen orang ramai tak nak datang Masjid Besi sebab panas, takde aircond..tp kitorang sekeluarga lebih serasi dengan masjid ni juga. Dapat dengar lagi suara imam tarawih dari Mesir, Dr. Samy yang tahun lepas telah mentahnikkan adik Najla masa hari ke 7 kelahiran tu..

Orang dok solat, umi snap gambar bebudak lak ye..hihi. Masa ni dah lepas tarawih 8 rakaat, umi pun stop la. Kitorang biasa lepak kat tingkat atas..selesa sket bebudak ni nak duduk..
Si dara tencik umi tu, sejak dapat kaki memang berjalan je la kejenya. Memang berubah 100% dari kat umah, tak leh umi tinggal. Kat sini, dia yg tinggal umi. Mujur ada abg kakak leh tengokkan adik.
Satu-satunya gambar Luqman kat sini, tu pun umi terjumpa die ngan kawan2 tengah sibuk berurut mesin..buat keje apa yg sampai nak berurut tu, Luqman..hehe..
Jalan-jalan si comei sorang ni..
Gambar memang tak clear la, pakat tak dok diam. Dah la phone umi cap ayam. Bila la orang nak hadiahkan phone canggih ni..haha..
3 sekawan..






Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform