Sebelum raya ni memang umi dah plan nak potong rambut Afiq dan Najla. Masing2 rambut panjang dah rope apa..tak kemas. Najla sampai rambut tutup mata, rambut dia jenis cepat panjang dan lebat cam kak Jannah gak. Afiq lak rambut jenis nipis dan panjang..lain daripada rambut abah n Luqman.
Mujur umi diorang ni boleh berdikari, boleh drive..jadi banyak benda tak perlu tunggu abah, semua umi buat sendiri je. Pergi shopping cari kasut raya, pergi potong rambut, pergi bank, pergi Mydin..umi sendiri je usung anak2, tp masih dalam pengetahuan abah la. Memang takde istilah 'me-time' la kat umi sekarang ni. Takpe, tak kisah asalkan umi hepi dapat buat benda yg umi dah plan.
Ari khamis aritu, umi bawa Afiq dan Najla g potong rambut kat Presint 8, atas pasar. Kedai gunting rambut ni unisex..laki pompuan pun boleh sebab ada 2, 3 orang tukang gunting laki dan perempuan. Nak suruh orang laki potong rambut Afiq tp customer dia ramai menunggu lak, so boleh la potong rambut Afiq kat akak tu. Asal pendek sudah.
Mula2 Najla dulu, dah ngantuk sepasal pastu memang idak ler nak kat orang kan..so potong la rambut sambil dok atas dukungan umi. Abis la rambut kat baju umi. Takpe, asal dapat buat. Tp tak dapat la nak snap gambar Najla kena potong rambut, kan. Lepas tu baru sambung ngan Afiq. Akak tu tak guna mesin, just potong pendek gitu je, kalo mesin hensem la sket kan. Takpe la, Afiq memang dah hensem pun..hehe..
Diam je Afiq. Dia nak orang laki potong rambut dia sebenarnya, tp takpe la Afiq..ok je. Afiq hensem jugak! |
Rambut saya dah pendek laa..baru tak rimas rambut tutup mata. |
Gambar kat bawah ni sebelum diorang potong rambut..takde kena mengena ngan tajuk kat atas. Gambar menumpang entri ni je.hihi..
Saya suka makan snek, biskut sampai comot2 abis.. |
Baru bangun tido..kadang2 still sumbat buai nak bagi tido lama. |
Penat sampai terlena, ikut umi shopping di Warta Bangi |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.