Hepi Besday Luqman (di sekolah)

Assalamualaikum..

Ni lak sambungan entri besday Luqman. Luqman dah lama cakap dia tak penah bawa kek g sekolah pun, sejak sekolah dari umur 4 tahun lg. Besday dia 18 Nov lak mmg time cuti sekolah dah. Biasa kitorang bawakan goodies je pas kat kawan kelas camtu.

Aritu besday Jannah, abah bermurah hati nak bawakan kek ke sekolah termasuk goodies, so umi sian kat Luqman ni tak dapat potong kek ngan kawan2 sekolah. Dah la Darjah 1, lagi la takde budak2 celebrate besday kat sekolah. Dah tak sama cam tadika lg kan bila masuk sekolah kebangsaan ni. Luqman penah bawa blk sekali dua je goodies besday kawan, so dia cam jeles sket Jannah selalu sgt bawa blk goodies dari sekolah.hehe.

Umi awal2 dah plan nak belikan goodies nak bawakan ke sekolah Luqman pd hari Khamis sebelum cuti sekolah..tup2 dia bawa balik nota kecik dari guru kelas die, Cikgu Nurul yg kelas diorg nak wat farewell n birthday party pada ari Khamis. Kira kalo ada budak nak bawa kek besday pun boleh la. Wah...!! Ini peluang yg ditunggu2. Boleh la Luqman potong kek ngan kawan2 kelas camni. Umi pun tanya abah, ada tak bajet kalo beli kek utk celebrate kat kelas? Abah cakap ok boleh je. Nnt celebrate ngan family Keramat, org lain yg belikan kek.. Pandai abah, kan..hehe.

So, seperti yg dijanjikan kitorang tempah kek kat Giat Mara Putrajaya je. Tanya cikgu majlis start kul bape sume. Cikgu minta tolong bawakan pinggan kertas m tisu sbb die tertinggal kat umah. So, kitorg bawakan sekali pinggan, cawan, sudu garpu n tisu. Benda mmg dah ada kat umah, tak yah beli pun.

Sampai sekolah ropenya Cikgu Nurul bz ngan Hari Penyampaian Anugerah Cemerlang..so budak2 dijaga oleh pengawas je la. Kelaparan sekejap budak2 ni. Umi abah anta kek, goodies n barang2 td, terus blk umah la. Ropenya mmg Cikgu Nurul tak dpt join diorg, dia msk kelas sekejap je. Cikgu lain yg gantikan majlis tu. Kalo tak, umi yakin dia akan snap gambar n send kat whatsap cam majlis raya aritu.  So, mmg takde la gambar suasana dlm kelas.

Luqman cakap ada sorg budak lg potong kek besday gak. Tersipu2 la depa 2 orang bila kawan2 nyanyikan 'hepi besday to you' masa potong kek tu. Ok, dah tercapai hasrat Luqman nak potong kek ngan kawan2 kat sekolah ye.

goodies utk 34 org pelajar kelas dia termasuk Luqman, tp yg peliknya Luqman tak dapat.hehe


Hepi Besday Luqman - 7 tahun

Assalamualaikum

Semalam 18 November genap la umur Luqman 7 tahun. Walaupun dlm mood pas bersunat, kami sekeluarga termasuk family Keramat tetap meraikan besday dia. Hepi la dia kan, dapat potong kek 2x (sekali kat sekolah..nnt ada entri lain), pastu dapat hadiah banyak. Sebab nak meraikan besday dan 'pengorbanan' die bersunat.hehe.

Ok, leh layan gambar dia potong kek n hadiah. Makan2 family je, snap gambar die je la.hehe
Minion ke apa nama kartun ni.. Maklong Shikin yg belikan ni.





Ok, bab hadiah lak. Memang banyak la hadiah Luqman dapat kali ni. Sebab hadiah bersunat sekali kan.hehe. Abah dia yg sebelum ni tak penah belikan hadiah besday anak2 siap beli 2 hadiah tu. Sian Luqman katanya..sakit oo..sunat.

skuter daripada abah
walkie talkie dari atuk nenek, transformer dari abah
buku muqadam, set alat tulis n kaler pjg besar dari atuk nenek

sepasang suar kemeja dari atuk nenek




Dah abis sekolah

Assalamualaikum..

Dah bulan 11 pun kan. Budak2 pun dah bercuti sekolah. Bg budak2 ni yg mak tak keja cam umi ni, dok melepak kat umah je la. Tp dok menunggu hari gak nak balik kampung. Semalam genap umur Luqman 7 tahun. Nnt umi wat entri psl besday dia. Dan arini dah masuk ari ke 4 Luqman dah jadi budak besar sebab dah bersunat.hehe. Entri tu pun akan menyusul kemudian.. InsyaAllah. Kenangan utk depa bila besar nnt kan.

Sempena dah abis sekolah sesi 2013 ni, umi upload gambar Jannah dulu la. Umi jemput Jannah ari last sekolah tu. Nak bersalam2 ngan cikgu2..ucap tima kasih ajar Jannah selama setahun ni. Tahun depan InsyaAllah Jannah tuko sekolah lain lak. Die dapat Prasekolah di sekolah Luqman. Dekat ngan umah..n senang, sekali harung anta Luqman sekali kan. Alhamdulillah.

Masa jemput tu, Jannah mai tunjuk kat umi trofi dia. Umi ingat sume dapat, tp cikgu yg kebetulan ada kat luar pintu kelas bgtau 6 orang je dapat tu. Pilih budak2 yg bagus dlm akademik dan Iqra'. Jadi, Jannah terpilih utk Iqra' la ni. Cikgu cakap akademik pun Jannah ok gak. Alhamdulillah. Semoga semakin baik bila belajar di Prasekolah tahun dpn. InsyaAllah..


Dapat hadiah beg sekolah ni. Ok la kan. Tahniah Jannah..semoga lebih berjaya pada masa akan datang ye.

Pencapaian Luqman lak. Untuk sekolah kebangsaan dia, Darjah 1..umi tak bape paham sgt sebab sekarang penilaian berdasarkan Band. Kira takde exam bermarkah cam zaman kita dulu2. So, tak bape tau sgt tahap pencapaian dia. Tgk keputusan Darjah 1 yg cikgu kelas dia bg dl..sume mata pelajaran Band 5 daripada keseluruhan Band 6. Cuma Bahasa Inggeris dia dapat Band 3 je. Cikgu cakap maybe Darjah 3 baru ada exam, nak tentukan naik kelas ikut pencapaian masing2 masa Darjah 4 tu.

Utk sekolah KAFA lak. Ada exam bermarkah jadi ada la kedudukan dlm kelas. Alhamdulillah Luqman dpt no. 8 daripada 30 pelajar. Masih boleh diperbaiki..InsyaAllah. Dia belajar sendiri je pun. Setiap hari penat belajar dari pagi sekolah kebangsaan sambung ke petang sekolah KAFA, seterusnya sambung ke malam utk Iqra' di Masjid Besi. Tahniah juga kepada Luqman ye..

Setiap gambar ada ceritanya..

Assalamualaikum..

Entri ni umi nak upload masuk gambar2 lama yg tersimpan je. So, tak yah citer panjang, just add caption sket2.. Layann..

Kakak pimpin adik kesayangan die..singgah solat di RnR Sungai Buloh pas bertolak balik dari Kulim.
Lepak di buaian umah Tokwan Kulim masa raya pose aritu..
Lepak makan2 di gerai dalam umah..jgn tak cayee..hehe.
Majlis sambutan raya posa utk kelas belajar Iqra' dan Al Quran di Masjid Besi. Nyum nyumm..
Budak pompuan nak kawan ngan Afiq, tp Afiq maluu..hehe..
Kakak n adik dah siap nak kuar jalan-jalan.
Kenduri akikah bb member sekolah abah kat Bangi.
Afiq ngan sepupunya Ahmad Al Fateh.
Afiq merasmikan baju n suar jeans Spiderman beli kat Mydin..sepasang tu rega rm5. Percaya ke idok?
Kakak Jannah sempat posing kat skuter dulu sebelum kuar jalan.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform