Dah abis sekolah

Assalamualaikum..

Dah bulan 11 pun kan. Budak2 pun dah bercuti sekolah. Bg budak2 ni yg mak tak keja cam umi ni, dok melepak kat umah je la. Tp dok menunggu hari gak nak balik kampung. Semalam genap umur Luqman 7 tahun. Nnt umi wat entri psl besday dia. Dan arini dah masuk ari ke 4 Luqman dah jadi budak besar sebab dah bersunat.hehe. Entri tu pun akan menyusul kemudian.. InsyaAllah. Kenangan utk depa bila besar nnt kan.

Sempena dah abis sekolah sesi 2013 ni, umi upload gambar Jannah dulu la. Umi jemput Jannah ari last sekolah tu. Nak bersalam2 ngan cikgu2..ucap tima kasih ajar Jannah selama setahun ni. Tahun depan InsyaAllah Jannah tuko sekolah lain lak. Die dapat Prasekolah di sekolah Luqman. Dekat ngan umah..n senang, sekali harung anta Luqman sekali kan. Alhamdulillah.

Masa jemput tu, Jannah mai tunjuk kat umi trofi dia. Umi ingat sume dapat, tp cikgu yg kebetulan ada kat luar pintu kelas bgtau 6 orang je dapat tu. Pilih budak2 yg bagus dlm akademik dan Iqra'. Jadi, Jannah terpilih utk Iqra' la ni. Cikgu cakap akademik pun Jannah ok gak. Alhamdulillah. Semoga semakin baik bila belajar di Prasekolah tahun dpn. InsyaAllah..


Dapat hadiah beg sekolah ni. Ok la kan. Tahniah Jannah..semoga lebih berjaya pada masa akan datang ye.

Pencapaian Luqman lak. Untuk sekolah kebangsaan dia, Darjah 1..umi tak bape paham sgt sebab sekarang penilaian berdasarkan Band. Kira takde exam bermarkah cam zaman kita dulu2. So, tak bape tau sgt tahap pencapaian dia. Tgk keputusan Darjah 1 yg cikgu kelas dia bg dl..sume mata pelajaran Band 5 daripada keseluruhan Band 6. Cuma Bahasa Inggeris dia dapat Band 3 je. Cikgu cakap maybe Darjah 3 baru ada exam, nak tentukan naik kelas ikut pencapaian masing2 masa Darjah 4 tu.

Utk sekolah KAFA lak. Ada exam bermarkah jadi ada la kedudukan dlm kelas. Alhamdulillah Luqman dpt no. 8 daripada 30 pelajar. Masih boleh diperbaiki..InsyaAllah. Dia belajar sendiri je pun. Setiap hari penat belajar dari pagi sekolah kebangsaan sambung ke petang sekolah KAFA, seterusnya sambung ke malam utk Iqra' di Masjid Besi. Tahniah juga kepada Luqman ye..

2 comments:

  1. tahniah tuk anak2 jiha, moga tahun depan lebih cemerlang lagi ye...
    betul kata jiha tak berapa reti sangat pasal band2 ni..

    ReplyDelete
  2. Tima kasih yati.. Tu la, bukan kita je, mak pak lain pun dok konfius gak.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform