Hepi Besday Luqman (di sekolah)

Assalamualaikum..

Ni lak sambungan entri besday Luqman. Luqman dah lama cakap dia tak penah bawa kek g sekolah pun, sejak sekolah dari umur 4 tahun lg. Besday dia 18 Nov lak mmg time cuti sekolah dah. Biasa kitorang bawakan goodies je pas kat kawan kelas camtu.

Aritu besday Jannah, abah bermurah hati nak bawakan kek ke sekolah termasuk goodies, so umi sian kat Luqman ni tak dapat potong kek ngan kawan2 sekolah. Dah la Darjah 1, lagi la takde budak2 celebrate besday kat sekolah. Dah tak sama cam tadika lg kan bila masuk sekolah kebangsaan ni. Luqman penah bawa blk sekali dua je goodies besday kawan, so dia cam jeles sket Jannah selalu sgt bawa blk goodies dari sekolah.hehe.

Umi awal2 dah plan nak belikan goodies nak bawakan ke sekolah Luqman pd hari Khamis sebelum cuti sekolah..tup2 dia bawa balik nota kecik dari guru kelas die, Cikgu Nurul yg kelas diorg nak wat farewell n birthday party pada ari Khamis. Kira kalo ada budak nak bawa kek besday pun boleh la. Wah...!! Ini peluang yg ditunggu2. Boleh la Luqman potong kek ngan kawan2 kelas camni. Umi pun tanya abah, ada tak bajet kalo beli kek utk celebrate kat kelas? Abah cakap ok boleh je. Nnt celebrate ngan family Keramat, org lain yg belikan kek.. Pandai abah, kan..hehe.

So, seperti yg dijanjikan kitorang tempah kek kat Giat Mara Putrajaya je. Tanya cikgu majlis start kul bape sume. Cikgu minta tolong bawakan pinggan kertas m tisu sbb die tertinggal kat umah. So, kitorg bawakan sekali pinggan, cawan, sudu garpu n tisu. Benda mmg dah ada kat umah, tak yah beli pun.

Sampai sekolah ropenya Cikgu Nurul bz ngan Hari Penyampaian Anugerah Cemerlang..so budak2 dijaga oleh pengawas je la. Kelaparan sekejap budak2 ni. Umi abah anta kek, goodies n barang2 td, terus blk umah la. Ropenya mmg Cikgu Nurul tak dpt join diorg, dia msk kelas sekejap je. Cikgu lain yg gantikan majlis tu. Kalo tak, umi yakin dia akan snap gambar n send kat whatsap cam majlis raya aritu.  So, mmg takde la gambar suasana dlm kelas.

Luqman cakap ada sorg budak lg potong kek besday gak. Tersipu2 la depa 2 orang bila kawan2 nyanyikan 'hepi besday to you' masa potong kek tu. Ok, dah tercapai hasrat Luqman nak potong kek ngan kawan2 kat sekolah ye.

goodies utk 34 org pelajar kelas dia termasuk Luqman, tp yg peliknya Luqman tak dapat.hehe


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform