Bercuti di Hotel Bangi-Putrajaya

Assalamualaikum..

Aktiviti di bilik..tgk tv
Masa utk mandi kolam..dpt la 3x mandi
Najla lepas terlemas dalam kolam kanak2 yg cetek tu. Dok depan umi elok je leh terlemas..tak nak mandi dah. Sebelum tu kemain hepi.
Afiq nangis..dia dok sembang ngan abg kakak psl Boboiboy..dia sebut boboiboy daun kot..pastu budak laki dpn dia cakap kuat..haishhh mana ada boboiboy daun. Sibuk je nyampuk ye. Afiq dah senyap..tiba2 cebik terus nangis kuat..hahaha..manjanya anak laki umi ni. Kebetulan ptg last abah mai join teman..sebelum ni umi je melayan. Budak laki tu nak pujuk tanya kenapa nangis..terus Afiq kuar kolam.hahaha..

Awal bulan 4 aritu..abah ada event Kem. Pend. Tinggi buat kat UKM, Bangi..selama 3 hari. Diorang dapat bilik hotel kat Hotel Bangi-Putrajaya..abah share dengan bos dia..tp bos dia tak nak dok hotel pun..so, abah pun ajak la family dia ni lepak hotel 1 malam. Sepatutnya 3 malam tp memandangkan Jumaat malam abah bgtau pun dah lewat, bebudak dah lena..malas la nak bberangkut pek baju bagai..walaupun dekat je kan..tunggu je sok siang kita join. Pastu, Isnin pulak dah sekolah dan keje..so Ahad malam kitorang pun balik umah la..jadi la dapat tdo hotel semalam je. Bebudak dapat mandi kolam 3x mmg dah cukup hepi gilerr.. Kat bilik berkurung tgk tv Disney channel..sejuk econ..suka la depa kan.

Bukan senang nak bercuti kat hotel ni kan..sesekali ada peluang camni, jom la join..bebudak pun hepi. Sabtu petang lepas abah setel buat keje kat UKM, abah balik jemput kitorang..Luqman Jannah pun pagi Sabtu pegi tuisyen dulu.

Bebudak hepi..Ahad malam kitorang check out..masuk kete pakat lena keletihan bebudak..sampai umah sambung tido sampai esok pagi pegi sekolah.hehe..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform