13hb Jumaat lepas ada appmt follow up check kaki Hadif kat hospital, dulu masa lahir, kaki dia sebelah agak ke dlm sket..tak elok la kalo dah jalan nnt..ni kat unit cara kerja tak silap..tp biasa org sebut fisio..padahal fisio tu unit lain pulak.
Dulu appointment pertama umi dah masuk blog..umur baru tak sampai sebulan kot..tak ingat dah. Kaki Hasif ok, cuma abg Hadif je la yg kaki cam bengkok ke dlm tu. Pakar kata sebab sempit dlm perut kan..terbiasa bengkok dlm perut..keluar bengkok la..tp boleh betulkan..tak teruk la. Umi ni sebab kembar, memang boleh jadi..tp yg pregnant single pun ada je jadi gak.
Bila dah 3bulan appointment semula nk tgk ok tak kaki dia. Umi perhati dah ok..tp tgk apa kata pakar. Umi urut usap cam pakar ajar masa dlm pantang je pun..pastu tak buat dah.
Alhamdulillah pakar cakap ok dah kaki dia..tak yah appointment lagi. Dia ada suruh usap2 urut lagi yg lain cara pulak..kalo ingat umi buat la ye..
Pakar ni dok sebut kuatnya kepala..tinggi angkap kepala. Memang la doc, dari lahir kat hospital lagi nurse dah tegur kepala dah boleh angkat ubah kiri kanan masa tiarap dok bawah lampu tu.hihi. Lagipun diorang tdo meniarap sama..dah biasa la kot kan.
Pastu doc kata.."amboi..tgk ni kaki dia siap bersilang, macam orang besar.."hihi. Si abg Hadif tu la. Mak sorang lagi yg join checkup anak dia pun iyakan gak. Last sekali pakar tu kata.."mai semua kat saya (sambil buat gaya tangan ambil dan peluk ke bdn dia), saya belum rezki dpt anak lg, moga lps ni ada rezki saya".. Laaa..terharu pulak dgr dia cakap camtu..selalu dok layan baby, rupanya belum berpeluang pegang baby sendiri. InsyaAllah doc..kami doakan lepas ni doc dan isteri akan dapat baby..Aminn... Jom layan video.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.