Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Assalamualaikum..

Baru sempat nak update citer raya..dah lama tingin nak buat tp tah la..tak update gk kan. Jom rajinkan sket.. Masih dlm mood raya, sempat lg kalo umi ucapkan Selamat Hari Raya pd umat Islam seluruh dunia..

Kat Malaysia ni raya sebulan. Weekend je, jemputan open house berderet kan..ari keje lak..jamuan raya kat ofis. Sekolah pun ada gk..sakan sungguh raya noo..

Bulan syawal masih berbaki beberapa hari lg, jgn lupa amek peluang berpuasa sunat Syawal 6 hari ye. Alhamdulillah saat ni umi abah dah setel 5 hari.

Jom masuk sket gambar dulu..


Dah potong rambut..

Assalamualaikum..

Sebelum raya ni memang umi dah plan nak potong rambut Afiq dan Najla. Masing2 rambut panjang dah rope apa..tak kemas. Najla sampai rambut tutup mata, rambut dia jenis cepat panjang dan lebat cam kak Jannah gak. Afiq lak rambut jenis nipis dan panjang..lain daripada rambut abah n Luqman.

Mujur umi diorang ni boleh berdikari, boleh drive..jadi banyak benda tak perlu tunggu abah, semua umi buat sendiri je. Pergi shopping cari kasut raya, pergi potong rambut, pergi bank, pergi Mydin..umi sendiri je usung anak2, tp masih dalam pengetahuan abah la. Memang takde istilah 'me-time' la kat umi sekarang ni. Takpe, tak kisah asalkan umi hepi dapat buat benda yg umi dah plan.

Ari khamis aritu, umi bawa Afiq dan Najla g potong rambut kat Presint 8, atas pasar. Kedai gunting rambut ni unisex..laki pompuan pun boleh sebab ada 2, 3 orang tukang gunting laki dan perempuan. Nak suruh orang laki potong rambut Afiq tp customer dia ramai menunggu lak, so boleh la potong rambut Afiq kat akak tu. Asal pendek sudah.

Mula2 Najla dulu, dah ngantuk sepasal pastu memang idak ler nak kat orang kan..so potong la rambut sambil dok atas dukungan umi. Abis la rambut kat baju umi. Takpe, asal dapat buat. Tp tak dapat la nak snap gambar Najla kena potong rambut, kan. Lepas tu baru sambung ngan Afiq. Akak tu tak guna mesin, just potong pendek gitu je, kalo mesin hensem la sket kan. Takpe la, Afiq memang dah hensem pun..hehe..

Diam je Afiq. Dia nak orang laki potong rambut dia sebenarnya, tp takpe la Afiq..ok je. Afiq hensem jugak!
Rambut saya dah pendek laa..baru tak rimas rambut tutup mata.

Gambar kat bawah ni sebelum diorang potong rambut..takde kena mengena ngan tajuk kat atas. Gambar menumpang entri ni je.hihi..

Saya suka makan snek, biskut sampai comot2 abis..
Baru bangun tido..kadang2 still sumbat buai nak bagi tido lama.
Penat sampai terlena, ikut umi shopping di Warta Bangi
Terlena 2 badik. Bape minit lagi nak antar Afiq g sekolah, dia bantai lena lak..bangun awal sgt, dari sebelum Subuh..mai tengahari ngantuk la. So, biar dia tido puas dulu..dah jaga baru bawa g sekolah. Baru 4 tahun, takde umi nak straight sgt nak paksa dia ke sekolah.

Budak2 di masjid lagi..

Assalamualaikum..

Selagi masih dalam bulan Ramadhan, akan ada la aksi budak2 ni semua kat Masjid Besi. Bukan lah tiap2 hari sepanjang bulan puasa kitorang ke sana, ada juga la berbuka puasa di rumah dan bertarawih di surau lain, bergantung kepada sesuatu keadaan la.

Ada sekali aritu, abah balik lambat dari ofis, terpaksa berbuka di sana..server problem ke hapa..umi pun tak tau. So, umi dan anak2 di rumah saja. Penah aritu Luqman tiba2 demam, dok terbaring tido je..memang wajib la kat umah, kan.

Walaupun komen orang ramai tak nak datang Masjid Besi sebab panas, takde aircond..tp kitorang sekeluarga lebih serasi dengan masjid ni juga. Dapat dengar lagi suara imam tarawih dari Mesir, Dr. Samy yang tahun lepas telah mentahnikkan adik Najla masa hari ke 7 kelahiran tu..

Orang dok solat, umi snap gambar bebudak lak ye..hihi. Masa ni dah lepas tarawih 8 rakaat, umi pun stop la. Kitorang biasa lepak kat tingkat atas..selesa sket bebudak ni nak duduk..
Si dara tencik umi tu, sejak dapat kaki memang berjalan je la kejenya. Memang berubah 100% dari kat umah, tak leh umi tinggal. Kat sini, dia yg tinggal umi. Mujur ada abg kakak leh tengokkan adik.
Satu-satunya gambar Luqman kat sini, tu pun umi terjumpa die ngan kawan2 tengah sibuk berurut mesin..buat keje apa yg sampai nak berurut tu, Luqman..hehe..
Jalan-jalan si comei sorang ni..
Gambar memang tak clear la, pakat tak dok diam. Dah la phone umi cap ayam. Bila la orang nak hadiahkan phone canggih ni..haha..
3 sekawan..




Kasut dan Dress Raya

Assalamualaikum..

Lagi seminggu je lagi kita umat bakal menyambut ketibaan Syawal..Hari Raya Aidilfitri. Persiapan raya setakat ni Alhamdulillah kitorang dah prepare 90% la. Tak sampai seminggu lagi nak balik kampung Kulim..tahun ni 1st day raya kitorang sambut di kampung. Itupun sekejap saja sebab raya ke 3 dah nak gerak balik ke KL bersama2 dengan warga Kulim..ceeaaa cam ramai nau nak ikut yee..hehe..

InsyaAllah raya ke 4, Pakndak Man akan bertunang di Melaka, so ahli keluarga semua akan berkumpul di umah kitorang la nnt..untuk perjalanan lancar dan cepat ke Melaka.

Baju2 raya budak2 ni dah setel, tp tak yah la snap gambar baju2 tu sume. Cuma nak update gambar kasut raya diorang.hehe..

Pastu ada sehelai dress Jannah, umi beli ngan harga murah RM30 (susah jumpa baju harga murah camtu, sume rm50 ke atas je)..tapi saiz dia besar daripada Jannah..kain labuh meleret ke lantai, bahu jatuh, ketiak besar..hihi, so terpaksa lah umi alter semula. Kalo tak, memang tak terpakai kot kan..

Kasut budak lelaki
Kasut budak perempuan
Umi paksa dia try dress yg dah alter..ok la sket kan..

Budak2 teman Atuk Nenek tengok rumah contoh..

Assalamualaikum..

Ni cerita semalam..awal pulak update status ye. Dah bosan tak tau nak buat apa, nak gerak balik dari Keramat dah ni tp tunggu Jannah balik dengan Atuk Nenek ni. Diorang bawa die g beli kasut raya. Aritu nak belikan dah tp takde saiz pulak. So balik Keramat kali ni dia tuntut la.hehe.

Semalam Atuk Nenek nak pergi tgk rumah contoh kat Bandar Puteri, Bandar Seri Putera..diorang cadang nak beli umah baru, service apartment (Paksu Amat dah beli umah ni). Ajak la kitorang join sekali, tp jumpa di sana la. So, dah sampai sana..tgk umah contoh, model umah segala..dah dapat penerangan dari agen perumahan dan banker, bebudak ni lepak main kat satu tempat khas utk kanak2 main dan baca buku (mini library) la. Najla ni suka la die, dah dapat kaki..berjalan sana sini. Umi apa lagi, snap gambar la kan..kenangan gitu.





Budak comei..hihi

Assalamualaikum..

Oitttt!!.. Apa ni, dikk??
Hahahaa...

Awat rope itu muka adik oii..hhihi.. Dok tunggu umi masuk kete lambat sangat ye..

Kakak, Abg dan Adik yg setia menemani umi bertarawih..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..dah masuk separuh bulan kita berpuasa, tinggal lagi separuh bulan sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.huhu. Semoga kita masih lagi diberi kekuatan meneruskan amalam bertarawih di masjid. Biasa la, kalo dah masuk tengah2 Ramadhan, makin kurang orang yg datang.

Kitorang masih lagi ke Masjid Besi. Ada juga pergi sekali ke surau dekat umah, ada juga di surau Presint 16, sebab abah nak dengar tazkirah ustaz2 yg best (boleh pula ada ustaz best ye.hihi). Umi pun kadang pening juga dgr peel si abg sulung Luqman ni, main kuat sangat, kadang tu solat pun tak buat. Dah jumpa kawan abis lebur..berpeluh2 bila jumpa masa nak balik tu. Geram juga rasa. Kita bawa datang ke surau, masjid biar dekat sikit dengan masjid tu. Dianya baik, bagus..umi tau. Tp bila dah bermain mmg tak ingat dunia. Umi abah memang niat sangat dia tu bakal jadi hafiz..Amin. InsyaAllah memang plan nak hantar ke Pusat Tahfiz bila sekolah menengah nanti. Tp, nak sampai ke masa tu lambat lagi, macam2 peel dia sekarang ni buat umi, abah asyik bising je kat dia.

Aihh..umi meluahkan kat sini pulak ye. Kalo Luqman berpeluang membaca ayat3 umi ni, semoga Luqman tau umi, abah bising2 marah tu sebab nak Luqman jadi anak yg berguna, yg baik. Anak yg soleh. Luqman anak sulung, yang nak jaga adik2 bila umi, abah takde nnt. Umi, abah sayang sangat kat Luqman ni..

Tgk gambar umi snap sementara tunggu azan Isyak. Luqman memang tak muncul la lepas solat Maghrib, sanggup dia berbuka ngan kawan2 lagi. Sebab tu gambar dia memang takde. Adik Najla lak, sejak 'dapat kaki' ni memang berjalan je la kejenya. Dah tak minat merangkak lagi. Memang ikut kakak dia sket, cumanya adik gelap, kakak cerah.hihi. Jangan bergaduh ye dah besar nanti, kakak sayang sangat kat adik tu.

Nak cite pasal budak kecik ni gak. Kalau pergi masjid. surau terus berubah ye.. Kat umah melekat ngan umi, umi ilang sket, bangun g dapur ke..punya nangis nak ikut gak. Tp kalo kat masjid..hah, umi pun dia tak pandang (eh, tak la..pandang juga.hihi). Suka betul main ye..ke sana sini berjalan. Jenuh kakak mengejar adik dia. Sebab tu kakak tak dapat nak solat. Sian kakak. Hepi sungguh dia tau, memang beza sungguh banding masa kat umah. Tp nanti kalo mai time ngantuk nak tido, baru tau nak cari umi. Comei sungguh budak tencik ni la.hehe. Abg Afiq main gak ngan adik, tp tak pandai nak dukung atau jaga adik lagi. Nampak adik jauh sket, dia pun mai la report kat kakak suruh amek adik. Adik kesayangan dia la tu.











Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform