Alhamdulillah..dah masuk separuh bulan kita berpuasa, tinggal lagi separuh bulan sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.huhu. Semoga kita masih lagi diberi kekuatan meneruskan amalam bertarawih di masjid. Biasa la, kalo dah masuk tengah2 Ramadhan, makin kurang orang yg datang.
Kitorang masih lagi ke Masjid Besi. Ada juga pergi sekali ke surau dekat umah, ada juga di surau Presint 16, sebab abah nak dengar tazkirah ustaz2 yg best (boleh pula ada ustaz best ye.hihi). Umi pun kadang pening juga dgr peel si abg sulung Luqman ni, main kuat sangat, kadang tu solat pun tak buat. Dah jumpa kawan abis lebur..berpeluh2 bila jumpa masa nak balik tu. Geram juga rasa. Kita bawa datang ke surau, masjid biar dekat sikit dengan masjid tu. Dianya baik, bagus..umi tau. Tp bila dah bermain mmg tak ingat dunia. Umi abah memang niat sangat dia tu bakal jadi hafiz..Amin. InsyaAllah memang plan nak hantar ke Pusat Tahfiz bila sekolah menengah nanti. Tp, nak sampai ke masa tu lambat lagi, macam2 peel dia sekarang ni buat umi, abah asyik bising je kat dia.
Aihh..umi meluahkan kat sini pulak ye. Kalo Luqman berpeluang membaca ayat3 umi ni, semoga Luqman tau umi, abah bising2 marah tu sebab nak Luqman jadi anak yg berguna, yg baik. Anak yg soleh. Luqman anak sulung, yang nak jaga adik2 bila umi, abah takde nnt. Umi, abah sayang sangat kat Luqman ni..
Tgk gambar umi snap sementara tunggu azan Isyak. Luqman memang tak muncul la lepas solat Maghrib, sanggup dia berbuka ngan kawan2 lagi. Sebab tu gambar dia memang takde. Adik Najla lak, sejak 'dapat kaki' ni memang berjalan je la kejenya. Dah tak minat merangkak lagi. Memang ikut kakak dia sket, cumanya adik gelap, kakak cerah.hihi. Jangan bergaduh ye dah besar nanti, kakak sayang sangat kat adik tu.
Nak cite pasal budak kecik ni gak. Kalau pergi masjid. surau terus berubah ye.. Kat umah melekat ngan umi, umi ilang sket, bangun g dapur ke..punya nangis nak ikut gak. Tp kalo kat masjid..hah, umi pun dia tak pandang (eh, tak la..pandang juga.hihi). Suka betul main ye..ke sana sini berjalan. Jenuh kakak mengejar adik dia. Sebab tu kakak tak dapat nak solat. Sian kakak. Hepi sungguh dia tau, memang beza sungguh banding masa kat umah. Tp nanti kalo mai time ngantuk nak tido, baru tau nak cari umi. Comei sungguh budak tencik ni la.hehe. Abg Afiq main gak ngan adik, tp tak pandai nak dukung atau jaga adik lagi. Nampak adik jauh sket, dia pun mai la report kat kakak suruh amek adik. Adik kesayangan dia la tu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.