Ni citer Isnin mlm aritu..umi dah booking awal2 ngan jurukamera melalui online..dari fb group Putrajaya. Dah lama tanya dari promosi raya RM30 lg tp tak berkesempatan nak buat..full booking dan kitorang pun ada hal. Abah pun masa tu cam malas nak join sbb kena pakai baju raya sebelum raya.hihi. So, tak jadi la.
Umi yg nak pakai baju raya sbb tahun ni sedondon baju sama je semua..nampak cantik kemas sket kan. Tup tup aritu Ulangtahun Perkahwinan umi abah 10 Tahun, abah cakap jom shoot gambar studio. Umi mmg ada terpikir tp ingat abah malas lagi, so tak suarakan la. Sekali..dia yg ajak. Jom la booking cepat2 sebelum abah ubah fikiran.heheee..
Umi mmg dah plan bila dah ada anak ke 4 nak shoot gambar studio lagi. Dulu anak ke 2 dah shoot. Saja buat kenangan. Akhirnya..tercapai gak. Alhamdulillah.
Kitorang amek shoot gambar saja, takde print cuci gambar. Biasa kalo print ni, aksi shoot sama je kan. Ada umi tanya kat bangi pakej 5 shoot sampai beratus siap cuci gambar dan frame, tak yah la. Jadi, kat sini kitorang just shoot macam2 aksi atau gambar, lepas tu dpt CD. Nanti kita cuci la sendiri nak saiz bape R ke..pilih la gambar mana nak cuci.. Puas hati.
Dulu umi penah tanya, shoot dalam 20 aksi gitu..so ingat dia bagi byk tu je la..sekaliii..check CD kat umah 107 shoot fotog (jurukamera) tu snap..ha kau..puas ati nak cuci semua kan. Sangat la best camni. Kitorang bayar kat fotog tu RM50 utk sekali shooting lebih 30 minit tu.
Fotog tu buat part time je..cari rezeki tambahan kan. Jadi, week day malam..weekend siang dia berkerja. Terpaksa la kitorang amek sesi malam. Ok sket kan..abah pun rilex je berbaju melayu malam2.hehe..
Jom tgk aksi bebudak ni lepas sesi shooting tu. Gambar shoot pun dah ada..tgk la nnt umi pilih sket2 mana leh masuk. Sampai 107 fotog snap..pandai la pilih sendiri.hehe..
Lepas shoot je terus jadi hyper bebudak ni. Masa shooting kemain baik la haii.. |
Adik Najla suka dapat belon. Tp muka dari mula sampai abis, masam je. Tak berani ngan orang luar katakan..hehe.. |
Umi snap gambar abah..abah snap gambar anak2. Nampak umi kecik dlm cermin tu? |
Kemain suka lepak atas bean bag ni..tul ke tah sebut camtu.. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.