Jom Bercuti!!!

Assalamualaikum..

Signbod susur masuk jambatan kedua. Luqman yg besar sket tu pun tak pasan exit yg biasa kitorang nak ke Kulim iaitu Jawi dah lepas tp dia ada cakap nnt sampai tol masuk kanan. Tol Jawi la tu.hehe..
Masa ni Luqman dah pelik..tak penah pun balik kampung ikut jalan ni. Umi jawab kali ni kita cuba ikut jalan lain pulak..hehehe..
Dapat gak snap view dari atas Jambatan ke 2 Penang. Dulu lalu ngan Tokwan waktu malam..mana nampak ape..budak2 semua bantai lena je.haha..
Abah check in..budak2 dah mula hepi tp tak tau nape abah bawa mai hotel.
Tempat bermalam selama 2 malam..Hotel Royal.
Ni antara aksi anak2 umi abah hepi dapat bercuti tido hotel..macam2 aksi ada.haha.
Budak2 suka tido hotel..yg pertama sejuk econ, pastu dapat tgk kartun sambil baring atas katil..pastu dapat mandi kolam. Ni bilik kami yg pertama..sebijik katil king je. Jenuh tido berhimpit..anak2 dah la ramai.
Adik Najla ni, orang nak snap gambar dia hepi tido hotel cam abg kakak..dia  nangis lak..sebab abg dukung. Biar la saye jalan sendiri, dia kata.. Cantik tul la rambut adik, nampak muka coet je kan..hehe..
Ni view bilik pertama..nampak laut.
Wefie depan cermin adalah perkara wajib bercuti hotel..hihi.. Tp cermin ni mmg tak syok tul, dia letak depan toilet bowl, apa kejadah ko membuang sambil tgk cermin. Tak feel langsung. Letak la kat luar pintu nun..senang sket nak bersiap mekap bagai.
Amboihhh..
Nak letak gak 2 gambar ni sebab comei tgk muka Najla..atas serius, bawah senyum simpul..comei kan.. Rambut kakak tak yah cakap, memang comei sentiasa. Bila la umi nak belajar potong rambut ni..


Tahun 2015 dah hampir ke penghujungnya. Lusa, kita akan masuk ke tahun baru 2016. Budak2 ni nak start sekolah tak berapa hari lagi ye..sekejap je..pejam celik pejam celik, dah nak abis cuti panjang ujung tahun diorang.

Sepanjang sebulan lebih bercuti ni, kitorang lepak kat umah je..budak2 cam biasa tengok tv, sepahkan umah..main kaler, lukis la hape. Pastu berkumpul dgn family Kulim sekejap masa majlis kenduri kawen anak Tokcik Pah tu. Dan..akhirnya, dah sampai ke penghujung cuti, marilah kita bercutiii..yeayyyyy!!! Bercuti ke mana? Jom tengok..banyak sgt koleksi gambar nak share ni.

Abah amek cuti seminggu bermula daripada Selasa, 22-29hb Disember 2015, so kitorang plan 2 malam pertama bawa anak2 jalan makan angin kat Penang dulu, lepas tu malam2 seterusnya kita lepak2 di Kampung Kulim..yeaayyyy sekali lagiii..hihihi..

Umi abah buat perancangan bercuti ke Penang ni tak bagitau kat anak2 pun, saja nak surprise kat diorang. Kitorang just bagitau kita nak balik kampung saja. Sian bebudak dah lama minta nak tido hotel, tido homestay..aritu sempat la Luqman Jannah merasa tido homestay semalam ngan sepupu sepapat dia masa majlis kawen tu, tak plan pun, baju apa tak bawa. Tu yg umi ngan abah bincang2, dah ada rezeki lebih ujung tahun ni, jom la bawa budak2 berjalan kan. Sure hepi sgt anak2 umi abah.

Awal2 abah dah book Hotel Royal di Georgetown utk 2 malam. Cari yg murah je la, kami bukan jenis selalu bercuti tido hotel ni. Seboleh mungkin cuba cari ikut bajet je. Kita lebihkan kepada cari makan dan jalan2 nanti. So, Selasa pagi dlm kul 9 camtu, kitorang dah gerak dari umah Putrajaya ke utara. Budak2 confirm ingat nak terus balik kampung lah ye..hehe..

Sepanjang perjalanan kat highway Utara Selatan, kitorang benti utk ke toilet je. Makan apa semua dalam kete je, umi dah beli roti, jajan, air semalam kat Mydin masa kitorang kuar dry baju kat dobi. Kebetulan abah demam malam tu, Alhamdulillah esoknya abah sihat..dapat bercuti dgn aman bahagia.. Demam excited nak bercuti namanya tu.hihi.

Masa nampak signbod nak exit jambatan ke 2 Penang, umi abah dah senyum2 nak tgk reaksi budak2 ni kot perasan kita masuk jalan lain. Snap gambar signbod sekeping. Luqman memang perasan kenapa kita tak masuk ikut Jawi, yg akan jumpa tol pastu belok ke kanan..hihi. Dia tanya kenapa kita ikut jalan lain. Adik2 pun dok tgk pemandangan laut dari atas jambatan. Tak penah lalu ikut sini ni. Dulu penah sekali lalu ngan Tokwan Tok, tp waktu mlm memang tak nampak apa la.. Umi abah cakap, kali ni kita lalu ikut sini pulak. Bagi korang tgk laut dulu.hehe..

Dari atas jambatan dah set google maps utk ke Hotel Royal. Alhamdulillah..tepat pukul ptg, 5 jam perjalanan kitorang pun sampai ke hotel. Masa check in, umi tanya budak2 kenapa abah bawa kita datang sini..tak tau diorang jawab. Dok hepi2 jalan tgk pemandangan dlm hotel ada hiasan sempena Krismas tu. pastu bawa naik beg barang semua ke bilik tingkat 16, masuk je pintu, umi abah pun jerit 'surpriseeeee!!!!"..hahaha. Hepi la bebudak ni kan, dapat dok hotel 2 malam. Nanti kita survey kolam mandi, katanya ada kat tingkat 4. Wahhh..mmg hepi sgt la bebudak ni dpt mandi kolam jugak, walaupun tak besar mana pun. Kat toilet lak ada bath tub, lagi la suka diorang..dapat sambung mandi kat atas lak lepas mandi kolam bawah. Budak2 suka, umi abah pun suka la dapat menggembirakan hati anak2 kesayangan ni. Kitorang amek bilik deluxe katil king je..jenuh berhimpit la ye.hihi..dah namanya bajet, camni la. (Lepas tu bertukar bilik lain atas masalah air cond, 2 katil single dirapatkan..lagi besar dari king la maknany). Takpe, asalkan semua hepi sudah. Ok, rega bilik kitorang amek paling murah la RM151 semalam tak termasuk GST..breakfast pun takde.

Sebelum keluar makan, kita solat jamak Zohor Asar siap2. Nak jalan2 kat Penang ni memang umi abah guna Google Maps je. Sebelum tu umi dah google tempat mana nak jalan, pastu ada minta bantuan pengantin baru, sepupu umi yg baru kawen tu, Alfee dan Fairuz, kebetulan diorang honeymoon kat Penang minggu lepas, so kena tanya diorang juga la kan. Dapat tempat2 makan best juga. Alhamdulillah Allah permudahkan percutian kitorang.

Umi dah plan nak bawa budak2 ke Bukit Bendera, Padang Kota Lama, bergambar dgn replika Transformer, Pesta Penang, Pantai Batu Ferengghi (tak sempat nak pegi, budak2 meragam so balik mandi kolam je..lg diorang hepi..hehe..), Muzium 3D Trick Arts dan lain2 yg sempat.

Ok, sambung entri seterusnya. Gambar adalah sgt banyak..jadi, sedang dipilih mana yg elok.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform