Bercuti - Hari 2

Assalamualaikum..

Bukit Bendera..kenapa dalam english jadi Penang Hill ye??
Bukit Bendera..kami datang!! Tu bukit menghijau kat belakang tu akan kami daki. Guna train..hihi.
Dalam train..nak naik atas 2 badik ni dok ngan umi. 
Pemandangan dalam train. Sebenarnya sekarang dah guna train baru, kaler biru. Laju..sekejap je sampai. Last tahun bila tah umi datang, still train lama kaler merah..slow motion je naik turun. Luqman Jannah cakap umi ni tipu, cakap ketapi slow je. Mana ler umi tau dah tuko baru, berkurun dah tak mai sini.hehe..
Sampai je atas terus lepak duduk alas perut makan roti dulu. Belum sarapan apa lagi sebelum tu kan..
My love and me
Pemandangan Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera. Umi letak sekeping ni dah lerr..
Kat sini gian amek gambar dengan ada buih2 belon yg Luqman tiup. Beli kat Padang Kota semalam, dia bawa jalan2 lak. Konon perasan lawa la bila bergambar dgn belon2 berterbangan tu..hehe..
Nampak tak belon2 berterbangan itu??
Wahhh..cantiknya..
Abang dan adik yg comei ni..
Naik 1 stroller/buggy kongsi berdua..jimat. Buggy ni yg beli masa bercuti kat Sabah April 2014 dulu nun..utk Afiq. Masa tu Najla still dalam perut umi. Masih berkhidmat pada tuan asal la walaupun dah umur 4 tahun.hihi.
Rumah salji frozen. Ingat salji tu best la kan..sekali masuk salji tah ape2, melekit2 kaki nak jalan pun susah, nangis2 si Afiq dan Najla.haha. Buang duit je, abah terus turun lepak bawah. Mujur Luqman ngan Jannah suka je.
Sempat gak la wefie 1 keluarga sebelum abah dan Afiq cabut turun bawah.
Ni Elsa ngan Anna umi. Bukti Najla tidak suka tempat itu ye..meraung dia sebab salji tu melekat kat kaki. Jalan pun nak jatuh.
2 badik ni je suka dalam ni..dok main kepal2 salji, baling2 la hape.
Ni dah ok..pujuk dia elok2. Rambut adik awat panjang sgt tah..tak sabar umi nak potong balik umah nnt tu.
Permata kesayangan umi abah ni..
Surau atas puncak Bukit Bendera
Sempat main taman menan seround
Kami..
Belon lagi..
Kunci mangga cinta ke hape tah la. Orang dok letak mangga penuh kat besi tu. Nak tiru luar negara jugak semua.hihi..
Keretapi lamak kot ni..
Gambar kitorang ada kat bawah tu..dapat la beli walaupun duit cukup2 je kat tangan..haha. Memang percutian bajet betul ni..

Seperti plan asal, pagi2 hari ke 2 kitorang nak ke Bukit Bendera. Google dan pengantin baru cakap kena p awal, kalo tak, memang ramai la kan.. So, Subuh kejut bebudak mandi bersiap. Bebudak pantang bab mandi tub, jenuh tunggu..last2 tepat pukul 8.30 pagi kitorang keluar dari hotel. Tgk map dalam setengah jam je nak ke Bukit Bendera so elok la kan sampai dalam pukul 9. Tapiiiiii....

Hampeh punya google map, dia bawa kitorang ke Taman Botani.haha. Nak cepat, terus jadi lambat, ok!. Tanya pekerja Taman Botani, dia cakap mmg ramai yg sesat sampai ke sini sebab google map tu guna jalan lama ke apa tah la dia cakap. Lorr..gitu ke ceritanya.. Kitorang salah sorang yg kena tipu ngan google map la jawabnya. So, tanya dia jalan apa dekat ngan Bukit Bendera..dia jawab Air Itam..akan lalu Masjid Negeri dulu.. Ok, jom set. Alhamdulillah setengah jam kemudian kitorang pun sampai..dlm 9.30 la. Mujur awal lagi, kan. Orang pun belum beratur beli tiket lagi. Elok kitorang dah masuk ke dalam dekat tempat tunggu train, terus ramai panjanggg mai beratur belakang kami.hehe. Selamatttt...

Wahh..bila last naik train Bukit Bendera ni ek? Tak ingat dah la..masa tu train merah yg naik slow tu je. Sekarang dah tuko train baru..biru..dan lajuuu..hehe. Terus Luqman cakap "Umi tipu, kata ketapi naik slow je".. Lorr, bukan umi tipu, umi pun tak tau dah tuko train baru.hihi. Budak2 excited..suka..memang sesuai bawa depa mai sini.

Kat atas, jalan2 je. Pastu tanya budak2 nak naik tram rega RM30 atau nak masuk rumah salji dan rumah 3D RM30 lebih..kena pilih ye..bukan amek dua2..kena bajet.hihi. So, depa pilih main salji..mentang2 nampak ada gambar Frozen kan..pandai je Bukit Bendera ni kann.. Sebelum masuk umah salji kena pakai plastik balut kasut..ingat betul2 salji buatan yg best..sekaliii..hampeh..tak syok salji gitu. Nyesal lak rasa masuk.hihi. Sebab anak2 kecikku, Afiq dan Najla tak suka..licin pastu tercabut2 plastik kasut tu. Abah terus usung Afiq kuar..bazir je bayar tiket. Umi jaga Luqman Jannah dan Najla la kat dalam. Mujur Luqman Jannah hepi je..main baling2 salji tipu tu..buat dari apa tah. Dah setel, masuk umah 3D lak. Boleh laaa.. Najla peluk umi la..takut dalam gelap2 bergoyang roller coaster kerusi kitorang tu kan.hehe. Luqman, Jannah, Afiq suka..ok takpe.

Jalan2 sket lagi, pastu turun bawah la. Dari atas lagi dah beratur panjang..ni confirm kat bawah lagiiii panjang. Sebab tu kena datang awal. Bagus gak umi google dulu, kan. Sampai bawah tgk tah ke mana hala diorang beratur..masa kitorang datang pagi tu, lengang lagi. Kebetulan kat galeri foto terpilih tu ada gambar kitorang. Tau aje pekerja Bangla tu ye..nampak je kitorang terus dia tercari2 gambar kitorang. Memang nak tapi umi abah tak de duit.haha. Belum cucuk lagi..bertuah betul. Rega RM37 je padahal. Umi ni dah abis langsung cash kat tgn sebab abah keje dok pinjam dulu. Kat situ takde mesin ATM lak. Cakap kat dia, kitorang bayar parking dulu, ada lebih baru dtg semula.hahaha.. Memang rezeki la, dapat gak kenangan gambar tu sebab ada cukup2 duit rega tu..aduhaiii..

Kuar dari Bukit Bendera singgah solat kat Masjid Negeri. Dah berkurun tahun umi tak jejakkan kaki ke sini..last masa zaman sekolah dulu. Ujung tahun kitorang reramai sedara mara Kulim turun Penang, berkelah di Pantai Batu Ferengghi pastu malam terus ke Pesta Penang. Kenangan dulu2.. Lepas solat baru la withdraw duit kat ATM..beli KFC utk bebudak. Lapar dah diorang. Umi abah tahan perut dulu ye..kita ke Georgetown cari nasi kandar je..dekat sket ngan hotel.

Ikut google maps ada gak sesat..awat rasa jauh lak nak sampai dekat ngan hotel ni? Slow2 jalan..biasa la Penang memang jem sana sini. Tiba2 umi terperasan sebelah kiri kitorang.."Eh, transformer!!!". Alhamdulillah...tercapai gak hasrat nak bergambar ngan replika robot transformer ni. Rupanya kat sebelah shopping mall. Umi tak pasti mall apa..tp kalo tak silap The Summit. So, sape2 nak pegi..sila lah ke sana ye. Jangan cari kat Padang Kota, mmg takde. Hepi sgt rasa sebab mmg impian nak tgk transformer tu.hehe..

Sampai kat Restoran Mamak apa ye..ala lupa lak, nnt tanya abah. Terus tapau makan kat bilik hotel. Abah ajak makan situ, tp umi tak sanggup dah ngan peel anak2 terutama si Afiq yg suka meragam, Luqman lak menambah perisa, bertanya soalan yg buat umi lagi panass..hihi. Rasa tapau makan kat hotel lagi selesa dari makan kat kedai. Balik hotel, umi abah makan ngan selesa sebab depa 4 orang relax tgk kartun disney sambil baring katil. Tu la anak2, lg suka dok hotel sebab leh baring2 layan kartun, pastu mandi kolam. Tu la keutamaan diorang sebenarnya.

Dalam kul 5.30 ajak bebudak turun mandi kolam. Kali ni jom umi abah pun nak join berendam. Tak penah2 umi mandi kolam, arini tingin nak merasa.hehe. Wahh..sekali masuk kolam dah rasa cam tak nak naik..kahkah. Patut la bebudak hepi sangat mandi kolam ye. Kalo duit banyak leh bawa bebudak mandi pool dalam bilik kat Lexus PD kan..tp tak mampu la nak buang duit ke situ. Banyak lagi keperluan lain yg lebih penting. Yg bestnya, si Najla ni bila umi abah masuk air dia terus jadi berani tp kita kena sentiasa pegang dia la kan.. Bebudak tak puas mandi kolam mandi kat bawah, terus sambung mandi kat bath tub di bilik pulak.

Panjangnya lah citer umi entri2 bercuti ni ye.. Ada lagi nak bercerita ni. Malam kedua di Penang tu dah masuk malam Maulidur Rasul. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.. Lepas solat jamak Maghrib Isyak, ajak abah berselawat dulu. Lebih syahdu dan mengharukan perasaan sebab kat sekeliling kitorang yg berada di tingkat 16 ni dengar jelas masjid apa umi tak pasti (mungkin Masjid Kapitan), mengalunkan selawat dan zikir memuji Allah dan RasulNya. Jelas sangat2! Terpikir di tengah bandar Georgetown yg ramai orang Cina ni, boleh dengar jelas alunan dari masjid.

Mula2 kitorang kuar cari makan dulu. Masuk ke Restoran Kapitan yg terkenal wajib orang singgah. Tp masuk tunggu kat atas takde pun org layan. ramai sangat kot. Malas la nak tunggu, kita dah la nak ke lain pulak. Takde rezki kat situ la. Kuar terus jalan kaki ke restoran mamak tak jauh dari Kapitan. Pekena nan cheese tandori, dah kenyang. Alhamdulillah. Jom kita ke Pesta Penang Sungai Nibong!.

Cam biasa set google maps, memang percaya 100% ni, harap jgn bawa ke lain pulak..hehe. Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak kitorang ke sana. Sampai sana terus tingat bila kali terakhir umi jejakkan kaki kat situ..10 tahun yg lepas la..masih dalam mood pengantin baru lagi. Abis je majlis kenduri kawen 2 Disember 2015 tu, terus sedara mara yg still berkumpul kat kampung ajak jalan2 Pesta Penang. Dulu berdua, sekarang umi abah datang 6 beranak ye. Alhamdulillah atas nikmat kurniaan Allah S.W.T. ni.

Jalan2 tak beli apa sgt pun, lebih kepada nak bagi bebudak main menan roller coaster bagai tu je. Umi kecik2 dulu syok mai Pesta Penang nak main benda alah ni semua la.haha. Tokwan dalam gaji tak berapa besar, anak ramai ni layankan je. So, bila tgk tiket 1 kepala pun kemain mahai..pejamkan mata je la ye abah. Sekali ni je kita mai bawa bebudak, lepas ni tah bila lagi. Kata pun bercuti nak bg bebudak hepi kan. Umi abah hadkan main 3 menan je la. Tu pun rega tiket dah RM50 lebih. Zaman umi kecik2 dulu murah lagi la kan.. Sekarang paling murah menan 1 kepala RM6.huhuhu. Tingin nak join macam2 lagi, tp bila tgk rega tiket tu, minta maaf je la. Kitorang kuar dari situ dekat kul 12 malam. Tengok kat pintu masuk dah tak kena bayar tiket. Syok la sapa dok dekat situ, mai lepas kul 12 je la camtu kan..masuk free.

Balik bilik, jom tidoq. Sebab tu umi plan g Pesta Penang malam ke 2 sebab esoknya leh tido semula lepas Subuh.kui kui.. Nanti terus check out je kul 12 tghari kan.. Bijak..bijak..hihi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform