* Perhatian : Entri ni panjang. Umi taip je terus, malas nak pisahkan entri..hihi..
Minggu lepas, Ahad 24 - 28 Mei, kitorang sekeluarga bercuti, jalan2 ke Kuantan Pahang dan Terengganu. Semuanya sebab ikut abah g berkursus. Bulan 5 ni abah banyak sangat kursus..lepas satu2. Start ke Perlis, pastu Janda Baik..pastu Terengganu..nanti sambung kursus 3, 4 hari di KL lak tp tak boleh ulang alik ke umah.
So, abah saje la ajak kitorang join ke Terengganu sebab yg lain kitorang dah kena tinggal. Yang Ganu ni seminggu lebih umi punya pikir nak ikut ke tak, sebab budak kena ponteng sekolah..sangat tak syiok. Sampai buat solat sunat Istikharah minta petunjuk..hehe.. Luqman Jannah dah abis exam pagi petang, so akhirnya confirm la ikut abah. Sebenarnya bukan ikut betul2 pun..semalam dua je ngan abah, pastu kitorang lepak umah Pakngah Nizam kat Wakaf Tapai sebab abah punya aktiviti di Pulau Bidong, tak boleh join.
Saat akhir plan berubah juga, kitorang akan gerak pada Ahad, bukannya Isnin seperti plan asal terus ke Kuala Terengganu. Kali ni ubah, kitorang ke Kuantan dulu, bermalam di umah Cik Leen.. Akhirnya...siap tido umah diorang lagi.haha.. Langsung tak penah terpikir. Abah lak memang jenis segan sket nak tido umah orang ni, tp setel la..bermalam di sana juga.
Kitorang gerak dari Putrajaya pun dah lambat..kul 5 lebih camtu la..sampai sana dah malam. Cik Leen ngan suami, Pakcik Mie belanja kitorang makan ikan bakar dulu..balik terus tidoo..keletihan. Esoknya, anak2 Cik Leen nak sekolah. Budak2 ni je ponteng sekolah.huhu. Budak sini 4 badik selang bunga dengan budak2 sana 4 badik selang bunga gak..sesekali berjumpa. Luqman Jannah ngan Darwisy Delisha je main berlari sakan. Danish yg sebaya Afiq pun aktif lasak..banding Afiq yg dok diam je.hehe. Najla n Aisy kecik lagi..tak pandai berkawan lg kann..
Yang tak bestnya..dah la jarang jumpa, tp sorang pun tak teringat nak snap gambar kenangan..huhu. Sayang sangat..dah gerak balik baru tingat. Bila lagi nak jumpa tak tau la.
Ni anak2 Cik Leen..dah tak snap langsung pun gambar sepanjang kat sana.. Umi amek gambar yg Cik Leen bg je la. Delisha, Aisy, Darwisy dan Danish
Gerak dari Kuantan ke KT ikut highway baru LPT, lalu Marang dulu..so umi ajak abah singgah umah Pakngah Nizam dulu. Plan asal, esoknya la akan datang..tu pun minta Pakngah Nizam jemput sebab pagi2 lagi dah kena pisah ngan abah..die nak ke pulau. Dah pikir abah tak dapat jumpa diorang, jom la singgah dulu. Yg bestnya masa sampai umah diorang, Kuarters FRU Wakaf Tapai..kitroang ingat dah sampai depan umah diorang sbb penah datang umah tu dulu tp diorang lum pindah situ lagi la..puas dok bagi salam n ketuk pintu takde orang respon padahal kete ada je kat luar..
Rupanya salah umah..hahaha. Memang kelakar. Umah sebelah tu sebenarnya..yg kitorang ketuk tu umah orang lain tp kosong la..tuan umah dah pindah. Pakngah Nizam parking kete situ. Konon nak surprise, diri sendiri kena surprise.hahaha.. Lepak seround situ, tunggu Pakngah Nizam balik dr checkup spital, dah lewat sebenarnya. Diorang cakap nak anta kitorang ke hotel di KT. So, ok la. Sepatutnya lapor diri di hotel dari kul 3-6 ptg, tp abah call urusetia diorang cakap takpe lewat sket..diorang ada je kat hotel. Esok pagi pun boleh lapor. So, selamattt..
Ni hotel Quinara yg boring..hehee.. Dekat Kuala Nerus tempat ni.. Hotel baru bina agaknya, takde apa pun. Parking pun kat luar je. Kolam mandi apa pun tarak..dlm pembinaan rasanya..ada hutan dan kampung je. Tido semalam je kat situ, teman abah..sok pagi2 die dah nak gerak naik bot ke seberang pulau.
2 gambar ni je yg sempat snap.. |
Lepas antar beg ke bilik hotel, kitorang kuar reramai ke Mydin baru kat mana..apa nama tempat dia, umi pun lupa. Dekat ngan airport tu. Sampai dekat Maghrib, jom solat dulu, baru lepak makan n jalan2. Makngah Lynn pegang Najla tolong jagakan sementara umi solat. Aik, mesra alam lak budak ni..biasa takmo kat orang lain, ini diam lak die. Masa kat umah Cik Leen Kuantan tu pun die diam bila Cik Leen amek dukung. Memilih ye dik..
Ada cite gak kat Mydin ni.hehe. K jom citer..
Pastu Pakngah Nizam snap gambar ni pulak dan send ke group. "Mak budak ni lak sama cam G-ha..". Alang Tie reply "A'ah la, sebijik muka G-ha"..hahaha. Tergelak sakan kitorang kat Mydin tu.. |
Ni pulak lepak di umah Pakngah Nizam n Makngah Lynn di Kuartes FRU, Wakaf Tapai. Pakngah Nizam jemput kitorang tghari Selasa tu.. Kete tinggal kat hotel, nanti senang abah nak datang jemput kitorang.
Kat umah Pakngah Nizam kawan ramai..main sakan juga la ye..kecuali Afiq dan Najla main ngan umi je la.hehe. Luqman main ngan Abg Is, Jannah lak main ngan 3 sepupu pompuan (Angah Nurin, Aina dan Ayein). Main sakan, makan pun sakan ye..makan sungguh depa kat sini. Bertambah2 sampai umi yg naik takut tgk makan gitu. Umi pun makan bertambah, kata orang ye..hahaha. Kalo lama lagi kat sini, memang bulat la umi gamaknya..
Tak tau bila lagi nak bercuti lepak kat umah diorang sebab Pakngah Nizam tengah tunggu surat utk berpindah ke tempat keje baru..atas kenaikan pangkat ke ASP baru2 ni. Tak tau la bila surat akan dapat..dan kat mana akan ditukarkan. Diorang dok kat Terengganu dah berbelas tahun..15 tahun kalo umi tak silap.
2 badik yg kawan ngan umi je.hehe. Najla tak leh berenggang la. Umi ilang je, dia punya meraung sakan.. |
Kakak comei..pakai tudung baru beli kat KT ke apa..lupa dah nama kedai. Pakngah Nizam bawa. Suka tgk dia pakai tudung ni..awning lembut, lum ada lagi koleksi. Boleh beli lagi pasni. |
2 badik pompuan.. |
Kitorang gerak balik Putrajaya pada Khamis, lepas solat Maghrib. Tunggu abah sampai lambat sgt, dekat kul 7 mlm baru sampai. Balik gak Khamis sebab budak2 nak sekolah esoknya, ada sambutan Hari Guru pagi dan petang. Umi pun ada nak pos 2, 3 baju biz..dapat jual masa outstation, stok lak tak bawa..lama pulak customer tunggu..tak elok la kan. So, Jumaat wajib pos. Sampai Putrajaya tepat kul 2 pagi. Budak lena dalam perjalanan terus sambung tido sampai ke pagi la. Selesai percutian kitorang selama 5 hari 4 malam. Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.