Tahukah anak-anak umi #5

Assalamualaikum..

Dah lama stop wat tajuk ni..so kite sambung. Kali ni citer..

* Darjah 4

Anak2 umi nak tau, masa umi Darjah 4 kat Sekolah Kebangsaan Keladi, Kulim..member kelas umi sorang ni kena chicken pox..so die pun bercuti panjang la. Dalam ramai2 kawan kelas 4 Merah tu, umi rasa yg dpt penyakit berjangkit tu adalah umi..kalo tak silap la.

So, umi pun bercuti panjang la pulop. Yg tak bestnya..kata ahli keluargaku..abis sume adik badik kat umah berjangkit virus ini.wahaha. Kena masa dah besar, confirm parut berlubang cam permukaan bulan.hehe.

Ok..citer seterusnya masa umi Darjah 4 ni..guru kelas bernama Cikgu Akbar..beliau ni dok kat kampung sama la cam umi n kengkawan..mak pak kitorang pun kenal la Cikgu Akbar ni.

Umi n kawan2 pun suka dia sebab dia ajar sume masuk je dlm kepala..tak suka tido cam sorang cikgu tu.hehe.

Nak habaq sebenarnya Cikgu Akbar ni suka panggil kami dgn nama panggilan lain..bukan nama sendiri la. Nak tau apa dia??

Dia panggil nama kami dgn nama bapak kami.hehe. Kan dah kata sume kenal die. Nama panggilan umi...Mat Letrik. Cuba bayangkan tgk situasi camni.."Mat Letrik, baca perenggan atas!"..Wah, Tokwan pulak disuruh baca.haha. Nape nama Mat Letrik? Sbb Tokwan bernama Ahmad..bekerja dgn TNB atau dolu LLN.

Umi tak ingat sgt nama panggilan kawan2 yg lain..ada bapak keje jual tong gas disebut nama bapak ngan gas la. Kenangan..kenangan.. Dah lama tak jumpa Cikgu Akbar. Still ada kat kampung..dah pencen.

1 comment:

  1. Kepada Anak2 90-an Sekolah Kebangsaan Keladi ,

    Cikgu Akbar telah menghadap Ilahi pada malam 9hb Disember 2013. Kehilangan yang besar bagi saya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah

    Raziken
    Darjah 6, 1996

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform