Alhamdulillah..syukur umi panjatkan ke hadrat Allah swt. kerana masih memberikan peluang kepada umi menyedut udara muka bumi ni kerana pada tarikh ini, 2 Disember 2012, umi dan abah menyambut ulangtahun perkahwinan kami yg ke 7 tahun..dan syukur kerana kebahagiaan sentiasa mengiringi kehidupan seharian kami. Alhamdulillah.
Mengimbas kembali kenangan saat perkenalan umi n abah..andaikata anak2 dah besar nnt dan berpeluang membaca blog umi ni, sekurang2nya diorang tau camne umi n abah bertemu buat kali pertama..dan bertemu jodoh.. :). Entri ni adalah panjang sebab nak mengimbas kembali saat2 manis pertemuan umi n abah. Redha je la.hehe.
Untuk pengetahuan anak2, umi n abah bertemu di Majlis Makan Malam Pelajar Tahun Akhir Kolej Kediaman Ke 12 & 14, Universiti Putra Malaysia pada 10 Januari 2003 yg diadakan bertempat di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan. Sebulan daripada sekarang, maka genap lah 10 tahun usia perkenalan umi n abah. Alhamdulillah.
Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor
Umi masih ingat malam tu, telah ditakdirkan tempat duduk umi n abah di meja makan bulat tu adalah bersebelahan je. Setiap meja makan ada 10 orang sumenya, meja kitorang 8 perempuan, 2 lelaki..salah sorang tu abah la, ngan kawan sebilik die, Milin. Umi lak bertiga ngan kawan sebilik, Kak Asma n Leen, member baik umi tu. Serius cakap, masa makan2 malam tu umi langsung takde perasaan kat abah. Anggap cam kawan-kawan lelaki yg lain je. Cuma, abah ada citer waktu bergambar reramai kat pentas ikut setiap meja..umi dok sebelah abah lagi (dah nak jadi jodoh, kan..hehe), tak sangka tersentuh bahu sket je, abah terus rasa cam karen letrik menangkap ke badan die.. Kelakar je bila dengar..konon ada jodoh ler tu.hihi. Abah cakap gak masa malam tu die macam suka sket kat umi sbb umi tak mekap sgt. Tak mcm orang lain, dah nama dinner hotel kan, sure nak melaram sakan..mekap pun tebal sana sini. Umi yg malas sket nak mekap bagai, pas abis solat Maghrib tu terus sapu bedak, calit lipstik sket..sudah. Ok la tu, janji tak pucat sudah. Nak balik tu, tak sangka abah ajak umi bertiga join die n member balik kolej naik kete die. Kitorang tadi datang naik bas beramai2. So, ok..sampai kolej..stop di situ perhubungan. Takde tuko2 no. phone ke ape.
Kenangan...10 Januari 2003
Nak jadi citer, esoknya umi n Kak Asma terlebih rajin pulak..berjoging kat Stadium UPM. Balik tu singgah kat kafe..biasa la, dah berlari kena la isi perut, kan..hehe. Kat situ kebetulan ada pertandingan silat, so lepak la sat. Tup2 terjumpa ngan member kuliah umi, Wadi yg mmg aktif silat. Tak sangka ada gak la abah, yg juga aktif silat dan merupakan kawan baik Wadi. Jodoh..jodoh.. Kat situ pun just tegur2..takde perasaan apa gak.
Tp, yg membuatkan perhubungan yg takde ape2 tu menjadi ada..sebenarnya Allah swt. dah permudahkan melalui Wadi. Satu ari kat kelas, Wadi bgtau umi yg ada kawan die minat kat umi. Kawan die tu baik sgt. Kalo nak tau, kat depan umi, Wadi citer sume yg baik2 pasal abah..langsung takde sebarang keburukan. Abah ni baik la..tawaduk la, tak kedekut la, pandai la..tah hape2 lagi. Kite ni yg mmg tengah mencari Mr. Right yg cam diimpikan, sure lemah la sat kan..ehem ehemmm.. Pastu, kat abah lak..Wadi citer sume yg baik2 pasal umi. Sama la, takde yg tak baik..padahal die tak tau umi ni tak baik..haha. Amboi..sesedap je sebut diri tak baik, ye. Dari situ la hati masing2 terpaut sudahhh. Tima kasih jugak la pada kawan kami berdua, Wadi kerana menjadi perantara yg baik dalam membina jodoh ni. Allah memilih sebaik2 orang dlm hal ni. Alhamdulillah.
Sebenarnya, terus terang umi nak bgtau nape umi suke kat abah ni masa mula2 kenal tu..sebabnya abah ni lain sgt dari kawan lelaki kat sekeliling umi sebelum ni. Kalo nak tau, lepas dah ada hint2 masing2 dah terpaut tu, umi akan catat nota kecik..konon cam diari la, kat buku kecik umi pasal perasaan umi kat abah. Siap ada tarikh sekali. Sampai sekarang buku ni still umi simpan bersama dengan kad2 ucapan yg kami berdua penah bagi sesama sendiri dari saat berkawan sampai dah berkahwin ni. Sweet, kan?..hehe.
Surat, kad ucapan, nota kecik..zaman sebelum kawen dolu..
Sambung balik psl abah.. Mmg abah baik sgt..masa tu umi dah terlebih yakin, andaikata ditakdirkan mmg bercouple ngan abah, sure Tokwan akan restu sgt2 sbb mmg abah seorang yg baik. Sebelum ni Tokwan mmg kontrol umi sgt2 bab kawan ngan lelaki ni. Takut bergaul ngan lelaki yg tak baik, kan. Abah ni sgt menjaga solat, jaga pergaulan antara kami berdua, sket pun tak pernah bersentuh, berpegang tgn. Umi suke sgt2..mmg salah satu yg menjadi impian lelaki idaman la tu. Bila pas jumpa tu sure die cakap rasa bersalah sbb jumpa dlm keadaan takde ikatan sah..tp dah nama pun anak muda, kan..ada perasaan dah masa tu. Tak jumpa rindu lak. Nak kawen, gilerr..awak baru abis blajar, duit pun tadak lg. So, jumpa tu ada la gak tp takde kerap sgt. Biasanya kalo ada hal, baru jumpa. Kalo bulan puasa, serius cakap..langsung tak kuar jumpa or buka pose sama cam pasangan lain..kecuali pada tahun terakhir sebelum kawen tu, umi dijemput oleh satu keluarga abah buka pose di Dewan Perdana Felda. Itu pun beramai2..ngan family die.
Akhirnya, setelah keluarga kedua belah pihak merestui dan mengambil kata sepakat, kami bertunang pada bulan Jun 2004..dlm masa setahun setengah berkawan..dan juga dalam masa setahun setengah seterusnya (abah dah cukup kumpul duit hantaran.hehe..), kami diijabkabulkan di dalam ikatan yg sah..sebuah pernikahan yg indah pada hari Jumaat, 2 Disember 2005..pada pukul 9 mlm bersamaan 1 Zulkaedah 1426 Hijrah. Alhamdulillah.
Kad jemputan kawen..walimatulurus kitorang..share 1 kad. Sape yg still simpan kad kawen die??
Batal air sembahyang..kitorang tuko cincin je.
Pada malam pernikahan tu la, buat bertama kalinya tangan umi n abah bersentuh..saat menyarungkan cincin untuk membatalkan air sembahyang (bertempat di Masjid Rahman Putra, Kg. Keladi, Kulim)..mmg mengundang ketawa sume ahli keluarga yg ada kat masjid tu sebab..serius cakap..abah mmg kekok, tgn abah tul2 menggigil masa nak pegang tgn umi, nak sarungkan cincin di jari manis umi tu..banyak mata menjadi saksi, kan..awat tak menggigil..hehe.
Ok la..ini lah kenangan saat manis pertemuan pertama umi n abah sampai akhirnya bertemu jodoh menjadi sepasang suami isteri yg sah. Sememangnya kenangan yg amat indah. Syukur Alhamdulillah, dlm usia 7 tahun perkahwinan kami ni, kami dikurniakan 3 orang anak yg comel dan bijak, InsyaAllah. Semoga hubungan dan kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke syurga. Aminn..
selamat ulangtahun perkahwinan ke 7 jiha...semoga terus bahagia sampai ke akhirnya ye!
ReplyDeleteselamat ulangtahun perkahwinan ke 7 ye kak , moga bahagia hingga akhirnye:)
ReplyDeleteAminnn.. Tima kasih, yati n farah :)
ReplyDeleteselamat ulang tahun perkahwinan. dah 7 tahun dah yea
ReplyDeleteTima kasih, nik..ye dah cukup 7 thn..syukur
Delete