Assalamualaikum..
Nak citer pasal raya haji yg baru lepas ni. Raya pertama tu kitorang kat KL..beraya di Kampung Baru..cam biasa umah Moyang Teh. Pastu petang g umah Tokcik Pah kat Batu Caves. Luqman Jannah ada gak g ikut Paksu Amat n Maksu Tira tgk orang sembelih lembu korban kat surau. Ari 1st raya wat korban kambing yg atuk wat kat Masjid As Sobirin, Lembah Keramat.
Esoknya raya ke 2 ada korban lembu yg abah n nenek wat lak. Tp kitorang tak tunggu pun sbb katanya sembelih tu wat kat pusat penyembelihan awal pagi.
Kitorang lak dah gerak nak blk Kulim pd 10.30 pagi. Pastu, sempat g Datuk Keramat beli 2 batang lemang n rendang untuk famili kampung.
Kat RnR Tapah tak sangka umi terjumpa ngan kawan sebilik umi masa Matriks UPM dulu, Huda. Die orang Alor Setar. Umi yg nampak die dari jauh pastu terus kejar..tak kira la salah orang ke, janji try tegur..kalo salah cakap je sori, kan.. Tgk2 mmg tul die..lama dah kitorang tak jumpa, rasanya last masa die datang kenduri kawen umi 7 tahun lps kot..
Kitorang sampai kampung dlm kul 5 petang la. Ari pertama lepak umah je, ari kedua umi bawa Tok ngan Achik Azah ke pekan Kulim..nak g beli barang basah n barang keperluan umah kat market (jgn tak tau kami sebut pasar tu market..omputih la.haha).
Petangnya abah n umi bawa Tok anta Maksu Yayah ke sekolah die balik..pas bercuti raya kan. Maksu sekolah kat Sekolah Asrama Penuh Sultan Mohd Jiwa, Sg Petani. Sume pelajar asrama kena masuk sekolah balik sebelum kul 6.30 petang. Kat umah, maksu dok watpe tah lambat sgt. So, dlm kul 5 ptg kitorang bertolak..ikut arah panduan Tok la. Kalo harap kitorang yg setahun sekali nak blk kampung ni, pakai sesat barat la kot.hehe. Syukur Alhamdulillah kitorang sampai sekolah tepat kul 6.25..elok sangat la kan. Yg kelakar, Ustaz warden asrama sempat tegur maksu "Ha, ketaq dah la tu..."..nak sampai time dah kan.hehe.
Esoknya ari Isnin kitorang nak bertolak balik ke KL dah. Achik Azah n anak, Damia tumpang sbb aritu diorang balik naik ketapi. Kitorang gerak lewat sket sbb abah g anta Tok Wan kat Hospital Kulim dulu..appointment tokwan yg jatuh motor aritu. Tu pun tokwan suruh abah n tok balik umah dulu sbb abis lambat kes abah sbb ramai orang..leh balik setelkan ape yg patut kat umah dulu. Tokwan tunggu sana borak2 ngan pesakit lain la. Teruk tul la servis spital ni..lambat sungguh nak siap. Appointment kul 10 pg, so kul 9 diorang dah g daftar..tp nak tau kul bape siap? Kul 3 ptg ok.!! So, kitorang bertolak balik kul 3 lah jawabnya. Penah dolu mak sedara umi appointment patah kaki tunggu dari kul 8 pg sampai kul 5 ptg..gila ke hapa??
Sementara tnggu tokwan setel, budak2 dok wat aksi kat spital lak dah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.