Makan-makan BBQ - Besday Luqman

Assalamualaikum..

Semalam seperti yg telah dirancang sejak awal lagi..maka berkumpul la sume ahli keluarga belah Keramat kat umah kitorang. Umi abis kelas awal daripada biasa semalam..dapat la sepasang baju kurung baru..tehhehe. Pas abis kelas terus jemput budak2 kat Keramat, abah drive Iswara..umi n anak2 naik Exora ikut belakang sampai Putrajaya la. Nak elak jem kena ikut abah.hehe.

Sampai je kat umah, abah terus prepare barang2 BBQ kat space tak berbumbung dalam umah kitorang tu. Syukur ujan pun dah benti..kalo tak camne nak membakar ayam segala kan..tak kan dlm oven kott. Tak lama pastu, Atuk, Nenek n Maklong Shikin datang..then Paksu Amat n Maksu Tira pun sampai. Pakcik Latif je yg tak muncul2 walaupun pada mulanya die kata nak join. Ada hal kot.

Paksu n abah je yg beria membakar..yg lain wat keje dlm umah n rest.. Dah siap sesi membakar, maka tibalah sesi makannnn. Majlis dimulakan dengan acara potong kek besday oleh Luqman. Alhamdulillah, petang ni die dah semakin kuat..takde la dok terbaring kan. Senyum meleret je die..ramai orang meraikan besday die. Besar dah anak umi n abah, ye.. Dah 6 tahun pun.

Pas setel potong kek, kite blasah makan ape yg ada la. Menu..ayam, daging, kambing, sotong, udang bakar. Coleslaw (betui ke eja camni ni?) n sos BBQ nenek wat gak. Buah betik n rambutan sebagai pemanis mulut. Air lak umi wat sirap, laici n teh o panas. Kek besday jangan lupa..daripada kedai Pistachio, sponge ceklat berkrim. Dah kenyang pakat lepak hall tgk tv katun.hehe. Dah tv hak budak2, kan. Orang dewasa sambil borak la..time camni la nak sembang mengeratkan silaturrahim pun kan. Ok, dah selesai besday ahli keluarga umi abah tahun ni. Sambung tahun dpn lak. Tp, 2 Disember ni genap la 7 tahun usia perkahwinan umi abah.. Syukur Alhamdulillah..


5 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform