Last Day Muhammad Luqman di Nursery...

Hai semua, sepatutnya umi nak update citer terbaru Muhammad Luqman smlm, tp tibe2 je ada keja bertimbun2. Terpaksa dahulukan keja la..

Mm..kali ni umi nak cite psl arini adalah ari terakhir MLuqman di Nursery AU5 Lembah Keramat. Ini kerana nursery ni akan tutup start 1st July (minggu dpn je). Mmg umi & semua parents baby2 terkejut dgn berita ni, tp nak buat camna, ni lah hakikat yg kitorg kena terima. Smlm, on the way umi nak g ofis, pengurus HQ taska/nursery ni call umi bgtau diorg nak tutup & die suruh cari tempat baru sbb ada pblm susah nak cari cikgu tetap. Umi tak tanya byk la sbb sblm tu cikgu2 die dah inform umi tp arini br umi call pengurus tu bgtau betapa tak puas ati umi & parents lain sbb diorg buat kitorg camni kan. Kalau nak tutup pun takkan tak bg notis dulu, ini isnin minggu depan je nak letak baby kat tempat lain. Bukan senang nak cari nursery baru gitu-gitu je. Kalau tak sayang anak takpe la, antar je kat mana2..tp kite mesti nak tgk keadaan tempat dulu dsb..sbb kite semua sayangkan anak kite.

Pengurus tu pun ckp die paham, n die bg jaminan selagi parent tak jumpa tempat baru, boleh letak baby sekejap kat salah sorg cikgu yg ada di situ smtara dapat tempat baru & tak perlu bayar duit yuran. Die juga ada offer suruh antar kat nursery HQ kat Kemensah. Mm..takpela, malas umi nak ckp byk2 lg..kat Kemensah pun umi tau tak berapa ok sgt nursery die, lgpun bibik2 Indon yg jaga..umi ingat nak cari tempat lain je. Nampaknya, Muhammad Luqman sempat tinggal kat nursery ni selama 5 bulan saja la..

Smlm, umi ngan abah terus survey kat Jalan Duta kot2 ada nursery berdekatan. Time lunch kitorg kluar sama2..mmg umi rasa pressure gak la sbb isnin depan je nak antar tempat baru. Sian MLuqman nak kena biasakan diri dgn suasana baru lak. Dkt ngan Jalan Duta mmg ada 1 tmpat tp dah penuh utk baby2, so, diorg taknak lg.

Ptg lak lps balik keje, umi ajak abah survey dekat Kota Damansara lak. Memang banyak taska tp ada yg takde nursery. Kalau ada nursery lak, baby2 dah ramai, diorg tak sanggup nak jaga ramai2, takut tak menang tgn. Umi ngan abah tak survey semua tempat..dah tak larat nak teruskan..kitorg akan survey lg nnt. Mudah2an jumpe la nursery yg ok untuk anak umi & abah ni. Nenek & atuk MLuqman pun risau gak nak letak die kat nursery mana pula lps ni.

Skrg ni boleh dikatakan setiap saat umi memikirkan psl benda ni, harap2 migrain umi tak menyerang lg la. Umi rasa sian sgt nak tinggalkan MLuqman kat tempat lain lak. Dlm usia 7 bln ni die dah la suke pada org yg dikenali saja, kalau tak mmg dia taknak..siap pusing kepala ngadap belakang lg. Sampai ke satu tahap, umi pikir cam nak benti keja je..nak jaga MLuqman sampai die besar sket..bile die dah pandai berdikari baru umi cari keja lain. Lagipun, umi masih menaruh harapan smoga satu hari nnt umi akan diterima bekerja dgn kerajaan, so umi pikir kalau tinggalkan keja skrg ni umi tak rasa menyesal sgt. Tp bile pikirkan pendapatan isi rumah umi sekeluarga pun cukup2 makan je, umi batalkan niat tu.

Ya Allah Ya Tuhanku, berilah petunjukmu pada hambamu ini.. Pelihara & lindungilah anakku Muhammad Luqman walau di mana saja anakku berada, Ya Allah.. Aminnn...

1 comment:

  1. Salam...pn dh dpt cari nursery yg elok kt lembah keramat?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform