Hohoho..Balik Kampung!!

Assalamualaikum..lamanya tak update blog anak umi ni.
Mm..hari jumaat lps (1/6)..umi, abah, MLuqman n acik die, Azah bertolak ke kampung sbb nak meraikan perkahwinan alang & paknjang MLuqman kawin serentak pd 3 Jun. Dah lama kitorg tak blk kmpg, last 4 bulan yg lps..tak sabar nak smpai kampung, tp yg tak bestnya masuk je highway kat sg buloh hingga ke rawang jalan jammed sampai lebih sejam. MLuqman ape lg, tido je la kejenya..lenguh tangan umi dok ampu kepala die tu. Kitorg bertolak dr Kota Damansara kul 8.45mlm & smpai ke Kulim kul 3.15pg camtu.

Kat kmpg MLuqman ni hepi betul bila ada kawan ramai (meleset sangkaan umi takut die tak nak kat org lain, nak umi dukung je). Tambah bile sepupu2 die cam Danish, Is, Nurin n auntie2 kecik die cam maksu Yayah, maksu Atiqah, maksu Siti dok usik die, die ketawa terkekek..kuat betul, nmpak sgt anak umi ni suke ati.









Semua org kat kmpg cakap MLuqman dah berubah. Dulu masa baru lahir die la juara nangis, kulit pun gelap..tp dlm masa 6 bulan ni MLuqman jd baby periang, kulit makin cerah, comel, cerdik..hehehe. Sbb tu ramai org nak dukung, pegang dia..nak usik dia bg ketawa kuat tu la..

Lupe nak bgtau, masa blk kmpg ni umi pinjam kamera kawan ofis umi, Kak g..sbb tu dpt snap sekeping 2 gmbr MLuqman. Masa ari kenduri tu umi ada tangkap gmbar MLuqman ngan sepupu sebaya die..Alisa, anak akak sulung umi, Kak Lina. Comei sgt MLuqman n Alisa kongsi bakul..heheh. Diorg dok dlm bakul tu, n pandang ke arah umi..so, nampak cantik sgt..gmbr yg umi paling suke la ni..hehe. Nak tgk? Jom...

Camne? Comei tak budak kecik umi tu..hihihihi..

Mm..masa kenduri tu, nenek ngan atuk MLuqman pun dtg ditemani paksu Amat die. Sblm lupe lg, sempena kenduri ni juga, abah MLuqman dah buat akikah utk MLuqman ni..Alhamdulillah..
Hari isnin lak, kenduri belah pengantin lelaki (suami Alang MLuqman lak kat Kmpg Dusun, Kulim)..tp lupe lak nk snap gmbr MLuqman yg siap pakai cap tu. Petang tu juga kitorg bertolak balik ke KL sbb esoknya abah MLuqman berkursus sehari. On the way tu sempat umi suapkan bubur nasi kat MLuqman..sbb kat umah tak sempat td.

Umi upload kan skali gmbr2 kenangan masa kenduri tu untuk pembaca blog MLuqman :)



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform