Lanjutan kisah minggu lps..

Hai pembaca blog Muhammad Luqman, jumpe lg.. Kali ni umi nak sambung cite minggu lps yg mana cam2 problem berlaku pd keluarga MLuqman.

Pd hari khamis 21/6 tu, rupa2nya MLuqman masih belum sihat sepenuhnya. Di sekolah, die dah mula batuk, badan pun mula panas membahang..demam. Jadi, tido pun tak lena..sekejap2 terjaga sbb batuk. Sian anak umi ni..

Masa umi jemput die lps balik keje ptg tu, atuk & nenek die pun dah ckp MLuqman ni batuk..umi pikir tak teruk sgt la sbb umi belum dgr cite dr cikgu die lg aritu. Di rumah, baru la umi ngan abah sedar MLuqman ni dah demam disamping batuk yg berkahak sbb badan die dah terasa panas sgt. Die pun asyik meragam je. Sejak lps maghrib umi tidokan die sampaila ke pukul 10.30 mlm die tak dpt tido lena, skejap2 menangis. So, mlm tu juga umi & abah bawakan MLuqman jumpe doktor di Klinik Seksyen 6, Kota Damansara.

Menurut kata doktor, demam anak umi ni tinggi juga, pastu sakit mata die pun macam ada blk..so, doktor suruh teruskan bagi ubat sakit mata la. Ubat batuk doktor tak bg sbb dah terlalu banyak ubat (sakit mata, demam, antibiotik) yg baby umur 7 bulan ni kena makan. Di klinik, doktor masukkan satu ubat ke punggung MLuqman..meraung sekejap anak kecik umi ni..sedih umi tgk die.. Doktor pesan, esoknya MLuqman tak boleh pergi sekolah die sbb takut berjangkit dgn baby lain plk. So, abah MLuqman offer diri nak jaga die, lgpun umi br je cuti kan.. Balik dr klinik, umi bg susu & ubat pd MLuqman..tak lama lps tu..dia batuk2 & kemudian terus muntah semua yg diminum sblm tu kat die & umi. Sian sgt2..dapat umi bayangkan macam mana MLuqman sakit. Ya Allah, sembuhkanlah penyakit anakku ni..

Esoknya, 22/6.. awal2 lg Muhammad Luqman dah bgn..mmg smlm die tido tak lena..begitu jg umi & abah. Mula2 call nenek MLuqman nk tanya keje pg, ptg @ mlm..rupenya2 nenek die keje pg..mm..umi risau nak biarkan abah die jaga sorg2, so umi amek keputusan bercuti juga.. Tak kisahla cuti sikit pun, yg penting jaga keperluan anak yg tgh sakit tu. Alhamdulillah seharian nampak MLuqman semakin sihat..maybe seronok abah & umi dpt jaga die kot..hehehe.

Pd sabtu & ahad, MLuqman semakin sihat walaupun masih batuk2..sakit mata pun semakin kurang. Umi & abah tetap bg juga ubat pd die. Cuma, bila malam je demam MLuqman menjadi2 lak. Panas betul seluruh badan die. Mmg tido pun tak lena jg. Mm..umi ingat lg mlm Ahad tu MLuqman taknak tido atas katil, nak tido atas riba umi je..

Sampai arini Muhammad Luqman masih belum sihat sepenuhnya. Umi & abah masih bekalkan ubat pada nenek die sbb Alhamdulillah arini & esok nenek die cuti..dpt la jaga MLuqman ni. Nampaknya banyak ari la MLuqman ponteng sekolah ye.. Kepada semua, doakanlah semoga MLuqman kembali sembuh seperti sediakala & membesar sihat sempurna. (Ye ke Muhammad Luqman tak sihat ni sebab beralih umur, nak tumbuh gigi @ nak dapat buat benda baru? Wallahua'lam...)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform