Muhammad Hadif / Muhammad Hasif bin Muhammad Razif

Assalamualaikum..

Perihal kelahiran pada buku merah umi.
Rasa terharu sangat sebab pertama kali dlm hidup..lepas bersalin tersusun elok 2 baby cot kat sebelah katil umi. Bersyukur sgt Allah beri peluang kepada umi utk memiliki sepasang kembar..Alhamdulillah.

Alhamdulillah..nama yg diberikan oleh Allah swt. kepada si kembar umi abah setelah sekian lama berpikir2 nak bagi nama apa..akhirnya Allah ilhamkan dan kami sepakat menamakan mereka berdua Muhammad Hadif dan juga Muhammad Hasif..bin Muhammad Razif. Sepadan sekali dengan nama abah ye..dah daftar baru umi perasan.hehe..

Memang banyak senarai nama kami berdua carikan sejak baby2 twin dalam perut umi lagi, tapi langsung tak dapat ilham. Akhirnya dah masuk hari ke 8 dan 9 baru kitorang rancak carikan nama semula (sebelum tu bz dengan urusan jaundis pergi ke klinik, ke hospital..tak berapa rajin nak setelkan register nama.huhu).

Sebelum umi ceritakan pengalaman melahirkan pasangan kembar ni, mari kita bagitau maksud nama mereka berdua dulu ye. Nama abang Muhammad Hadif bermaksud Terpuji dan Yg mempunyai matlamat..adik pula Muhammad Hasif bermaksud Terpuji dan Yg kemas dan rapi. Semoga anak2 umi menjadi seperti maksud nama mereka. Aaminnn...

Pengalaman melahirkan si kembar seiras umi abah ni..Alhamdulillah selamat melahirkan bayi kembar pada Jumaat, 23 September 2016 pada pukul 10.12 pg dan 10.13 pg. Berat bayi pertama 2.47 kg, bayi kedua pulak 2.55 kg. Jom imbas kembali peristiwa minggu lalu.

Pagi Jumaat 23 September 2016, awal2 nurse doctor suruh mandi siap2 bersedia utk ditolak ke dewan bedah bila2 masa saja..siap pakai baju biru utk operate. Tak pasti pukul berapa nak operate..tanya semua doc, cuma cakap bergantung kalo takde emergency kes..jadi sampai petang pun boleh jadi..tp confirm siang hari Jumaat ni la. Maknanya kalo petang pun, terpaksa la berlapar..sebab sedang berpuasa dari makan minum sejak pukul 12 tgh malam td.

Tgh dok rileks2 atas katil dlm pukul 9 lebih camtu, tup2 nurse datang suruh ready, nak psg tiub kencing, nak tolak ke dewan bedah. Haihhh..cepat pulak..ingat lambat lagi. Tanya nurse nak g kencing dulu diorang cakap tak yah, nnt automatik kencing dlm tiub tu..aduhaii..terus rasa tak best sbb masa tu rasa nak terkucil.hihi..

Terus capai phone wasap abah suruh tunggu kat depan dewan bedah. Abah memang awal2 dah datang hospital. Sampai depan dewan bedah jumpa abah..ikut masuk sekali nak amek phone dan spek umi. Abah nnt tunggu kat ruang menunggu sebelah dewan bedah..apa2 nnt nurse cari kat situ je..utk azankan baby dsb.

Salam minta maaf segala ngan abah. Abah pesan suruh positif..InsyaAllah takda apa, semuanya baik2 saja. Aaminn... Pas abah keluar, umi dok terbaring tunggu kat 1 ruang tu..doc mai minta sign borang la hape. Tak lama pastu terus diorang tolak masuk bilik bedah. Ada beberapa orang doc juga la dlm tu. Doc laki 2 orang tak silap, lain semua pompuan.

Tak macam operate bersalinkan Luqman dulu, umi rasa sejuk gigil sungguh..kali ni lama jugak baru rasa sejuk tu. Masa dibius separuh badan tu takde pulak umi rasa sakit sgt..Alhamdulillah dipermudahkan tak perlu bius berkali2..doc tanya rasa kebas kaki tak..cuba angkat kaki..memang tak leh angkat, kebas tak rasa apa.

Pastu rasa diorang dok tolak2 perut umi, tak rasa sakit apa langsung la. Walaupun ada kain diorang tutup tak nak bg umi tgk kat lampu bedah tp rasanya boleh nampak jugak tp tak hingin umi nak tgk.hehe. Umi pandang kiri kanan je la sambil berzikir. Tak lama pastu dgr suara baby nangis. Alala...comei doc cakap..ok pastu sorang lagi suara baby nangis. Alhamdulillah 2 baby kembar umi dah selamat dilahirkan ke dunia.

Masa tu tiba2 umi rasa gatallll sgt kat muka. Haihh..apa kena pulak ni.hehe. Dulu masa Luqman takde pulak rasa gatal..rasa sejuk gigil tak ingat ye la. Tangan dah la kena depang lurus kiri kanan kan..ah, tak kira..tak tahan dah gatal. Angkat tgn kiri terus garu ke muka la.haha. Sorang doc tanya, kenapa gatal ke?. Dia kata tu salah 1 kesan bius tp tak semua la kena..oooo..gitu rupanya. Ok, sambung menggaru.hihi.

Tak lama pastu sorg doc or nurse pompuan dtg bawa baby 2nd dulu..bgtau ni si adik, ada tanda kat tgn. Tunjuk bird, bg cium pastu dia letak mulut baby kat nenen umi nak bg rangsangan isap tu..pandai baby. Pastu bawa baby 1st pulak buat benda sama cam tadi. Alhamdulillah 2 baby kembar yg umi kandungkan selama 9 bulan tu dah selamat lahir ke dunia.

Alhamdulillah dah selesai proses pembedahan caesarian bersalin umi pada pagi Jumaat tu. Pastu umi ditolak kat tempat kuarantin cam sebelum operate td rasanya. Masa tu pening kepala tak ingat..umi nak pejam mata je rasa. Pastu terus termuntah berkali2. Doc ke nurse kat situ sibuk dok tahan bg umi muntah dlm bekas. Lama juga rasa pening muntah tu. Masa Luqman dulu umi cuma pening sampai tak keluar suara..kali ni sampai muntah2.

Abah dah azankan baby kat dewan bedah lagi, nurse panggil abah masa tu. Abah mmg hepi sgt umi dah selamat melahirkan baby kembar yg dia nanti2kan sepanjang mengandung tu lg. Umi masuk ke wad mmg berehat tido je la. Baby2 bawah jagaan nurse dulu kot. Abah temankan umi waktu siang. Bila malam, Maklong Azma take over temankan umi dan baby2.

Malam pertama umi dah bangun turun dari katil dan berjalan..lepas cabut buang tiub kencing. Abah ngan Maknjang Azma yg dok ajar umi berjalan..tu pun lepas dah hilang sakit pening tu. Beza dgn masa kat Luqman dulu, umi terbaring je tak turun katil..tu yg baby meraung pun tak dpt nak amek.huhu. Kali ni umi dah prepare segala ilmu yg ada pasal operate caesarian dari pregnant lagi. Nak cepat baik, cepat2 la berjalan supaya darah tak beku. Memang kali ni umi asyik bergerak je la..dah Allah anugerahkan si kembar kan..jaga sorang pun jenuh, apa lagi jaga 2 orang.hehe. Syukur Alhamdulillah Allah bagi peluang umi abah dapat baby kembar.

Mm..nak ke toilet tp seriau lagi..tak nak kuar hajat pulok.hihi. Nurse cakap kalo tak kencing gak, sok pakai tiub balik..haihh..jangan lerr.. Alhamdulillah esok paginya dah lepas hajat..yg kecil. Yg besar tu tunggu la hari apa tak tau..lagi la seriau.haha (hari ke 4 baru dapat).

Esoknya, hari ke 2, doc cakap baby macam dah kuning, jaundice..so diorang suruh dok bawah lampu. Aduh..letih jugak la umi abah..susu tak de lagi..baby keje nak nyusu kan. Umi sampai sakit montot..sakit pinggang, tak dpt nak baring rest langsung.huhu..dah la baru operate semalam. Atok nenek ngan Maklong Shikin datang jenguk..abah jaga bebudak kat bawah sbb tak boleh naik kecuali Luqman. Rindu umi ngan Najla.

Malam, Maknjang Azma dtg..minta abah belikan susu formula sbb susu tak keluar lagi sbb tu baby lapar..tak leh nak tido lena..sbb tu letih sgt umi sepanjang siang. Nurse bukan amek baby bagi minum pun walaupun tau umi tak kuar susu lagi.huhu. Baru umi tau, kena sorok2 bagi susu bg baby kenyang. Kat hospital pun diorang bagi susu formula jugak. Member Maknjang Azma yg keje nurse kat hospital sendiri bgtau..dan minta belikan susu topup selain menyusukan bg rangsang susu keluar.

Alhamdulillah malam tu umi syukur sgt2 dapat rehat tido lena sebab Maknjang Azma yg berjaga layan baby dok bawah lampu tu..sambil bg susu. Tak tau la kalo umi tak dpt rest lgsg..badan memang letih..sakit tak terkata dah la. Kalo normal takpe..memang dah kuat..ini, kita operate dgn dua baby pulak tu.huhu.

Esoknya, Alhamdulillah tengahari umi dan baby2 dah boleh balik ke rumah. Tok Cik Pah dan Tokcik Zakaria datang, diorang tolong angkat barang, pegang baby sekali la masa discharge. Tok Tokwan pun on the way naik train ke umah kitorang..Paknjang Najib jemput nanti. Maklong Lina gerak lambat sikit, sampai Putrajaya time Maghrib.

Atok Nenek pun datang jugak anta ank2 umi yg lain. Baru la Jannah, Afiq, Najla dapat jumpa baby2 baru diorang. Najla masa mula2 agak sedih cam jauh dari umi..sian kakak Najla. Ada gak dia nangis sedih..hehe. Takpe, pastu umi peluk dia..walaupun dah ada adik, umi sayang jugak kakak Najla.hehe. Comei sgt..dia sayang betul adik2 baby dia. Itulah dia pengalaman melahirkan anak kembar umi abah..anak ke 5 dan 6 kami. InsyaAllah bongsu ye..

Entri macam2 cerita ada..pasal selepas kelahiran si kembar.

Assalamualaikum...

P/S : Entri ni mula2 taip hari ke 8..tak abis..berpanjangan sampai hari ke 10.hehe. Biasa la, tak berapa nak rajin, pastu paham2 je la baby 2 org nak kena urus..tak terhabis..kita sambung je la..asal jalan cerita sampai sudah.

Arini dah masuk hari ke 8 si kembar umi dilahirkan. Setakat ni umi abah belum berkesempatan lagi daftar nama baby2 ni..kali ni tak macam kelahiran anak2 single sebelum ni..dah register nama anak, dah sedia cukur rambut, dah cari ustaz tahnik baby..kali ni slow je..tak dapat lagi nak buat. Nama baby mmg dah cari dari sebelum bersalin sebab mmg dah tau jantina kan..tp satu nama pun belum diilhamkan oleh Allah pada kami. Ada je yg rasa tak kena pasa sesetengah nama.

Lepas tu umi abah dok bz setiap ari bawa twin baby ke klinik amek darah sebab kuning jaundis.huhu. Awat la tinggi sangat jaundis 2 baby twin ni..setiap hari jumpa result jaundis makin meningkat. Stress rasa..mau masuk wad nicu smula kot si adik tu. Aritu lepas keluar dari wad bersalin, esoknya kena masuk nicu sebab jaundis.huhu. Adik dok semalam je..yg si abg dok 2 malam jugak la sebab dehydration sekali.

Ok, sambung hari ke 10.hehe..

Arini rest sekejap tak yah ke klinik sebab ari ke 9 amek darah kat KK Presint 9 turun sket jaundis 2 badik twin. Abg baby daripada 219 turun 193, adik baby daripada 243 turun 209..so rest la sehari. Esok hari ke 11 g KK lagi amek darah. Tunggu je la apa resultnya.

Kitorang ada mandikan air serai, minum halwa kundur, minum anggur hitam tak jalan pun. Pstu mandikan sensei cina pulak, turun sket. Umi pun stop minum susu kambing.

Haa..cam dulu umi susu badan je kat anak2 masa kuning tp kali ni tak dapat nak fully bf sbb tak sempat la ngan keperluan twin ni. Kalo nangis serentak macam mana nak nenen..ada try serentak tp susah..umi pun sakit2 bdn. Susu pun macam tak cukup je.

Sakit kat tempat jahitan operate tak yah cakap la..mmg nyut2 walaupun dah hari ke 10. Umi mmg tak dpt lena sgt..atau baring rest sgt. Harap luka dalaman pun ok bukan setakat kering cantik elok luaran je. Doktor n nurse pun memang suruh umi topup susu formula kat si kembar berdua. Diorang pun paham keperluan anak kembar..tp kena teruskan menyusu badan la, jangan berhenti. Uii..memang umi akan nenen InsyaAllah sampai 2 tahun juga cam abg kakak. Semoga Allah permudahkan.

Ok, ari ke 8 umi cakap belum register nama baby twin kan. Hari ke 9 umi abah sepakat register je la..tak yah pikir2 dan cari lagi. Dah jumpa 2 nama ni, confirm je la terus. Memang Allah dah ilhamkan lah tu. Lepas ni umi umumkan ye..utk entri pengalaman melahirkan si kembar.

Last sebelum stop entri ni..umi nak bagitau jugak..Alhamdulillah umi kat umah ni dibantu oleh Tok Kulim, mak umi yg datang dari Kulim sejak hari Ahad umi dan baby discharge dari wad bersalin tu.

Tokwan pun datang tp dah balik semula dgn Maklong Lina sekeluarga ke Kulim. Tokwan nak uruskan pembelian kete baru Persona Tokwan..semoga Allah permudahkan dari mula sampai ke akhirnya. Hepi utk Tokwan nak beli kete baru..sian seumur hidup menyara keluarga besar kami, tak penah beli kereta baru..ni lah kali pertama di usia 66 tahun..dah lama pencen.

Selain Maklong Lina dan anak2 tido 2malam kat umah kitorang, Pakndak Man ngan Makndak Tikah pun dah datang tgk baby, tido 2 malam jugak..selain family Paknjang Najib dan Maknjang Azma (Maknjang Azma banyak bantu umi sepanjang 2 malam kat hospital lepas bersalin operate..umi berterima kasih sgt2 kat dia). Pastu Maksu Yayah pun dah datang tido umah kitorang 3 malam sebelum balik UTM Skudai siang td.

Tak pasti bila Tok nak balik Kulim..umi pun naik kesian tgk Tok bersengkang mata urus rumahtangga dan baby kembar umi..tak larat Tok pun. Ni kali pertama Tok jaga umi kat umah kitorang..sebelum ni umi balik sekejap dlm pantang selain jaga sendiri je kat umah. Kali ni dpt kembar siap pakej operate, tu yg Tok nak bantu umi. Terhutang budi sgt2 umi abah kat Tok Tokwan.

Umi abah harap Tok tak dok lama la..2 minggu pun dah ok..InsyaAllah umi dah kuat. Anak2 pun boleh umi abah handle. Sebab tu umi minta abah cuti sebulan sbb nak sama2 jaga ngan abah. Ni sampai sekarang abah tak penah lg berjaga malam jaga baby2.hehe. Dah tido atas, umi ngan Tok kat bawah.

Ok, kita korek2 cari gambar apa yg ada ye..

Abang baby memang suka bergaya la. Tgk la ni, kemain hensem..tak padan ngan haluih.hihi. Masa ni g jenguk abg baby kat Nicu..dia kena stay 2 mlm sbb jaundis ngan dehydration. Adik baby dok semalam je. Sampai je tgk dia..sedih umi tgk sbb terpaksa tinggal abg baby kat hospital sorang2. Pastu abg baby hiburkan hati umi dgn buat gaya tgn camni..hensem sungguh. Terus umi snap gambar sambil pangku dia.hihi..
Ni pun gambar abg baby jugak..alahaii..kang jeles adik baby ni.hehe. Ni ngan Maksu Yayah g amek darah baby kat KK Presint 18. Maksu tunjuk tgn baby camtu pulak..haihh..ada gaya betul dia yee..
Tangan abg baby cinonit je atas tapak tangan umi. Haluih ye sebenarnya depa dua ni..tp abg baby mmg kecik sket dari adik baby.
Nampak besarnya kakak Najla tido sebelah adik2 baby dia. Selalu dok main ngan dia je..nampak cinonit je anak gigirl umi tu..bila keluar adik haluih..haa..amek ko..kemain besar kak Najla.
Alololo...comeinya si kembar 2 badik ni tido. Kanan adik baby ye..kiri abang baby.
Ni maksu yang send kat group wasap. Nak tunjuk gambar Najla masa baby sama tak dgn kembar umi.hehe..

Depa ikut abah p antaq maksu Yayah balik UTM Skudai semula kat TBS. Maksu mai umah Putrajaya 3 malam jugak la..tgk baby kembar, sebab Tok Kulim ada kat Putrajaya kan. Pakndak Man dgn Makndak pun lepak tido 2 malam.


Alhamdulillah lahirnya kembar umi abah - 23 September 2016

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..umi panjatkan setinggi2 kesyukuran kepada Allah swt. kerana dengan izinNya, umi telah selamat melahirkan kembar umi abah yg sentiasa kami sekeluarga nantikan.

Alhamdulillah..hari ni dah masuk hari ke 5 usia mereka di bumi Allah ni. Seperti tarikh yg doktor berikan utk umi dioperate caesarian melahirkan bayi2 kembar ni, Allah izinkan tarikh bersejarah itu..maka pada tanggal 23 September 2016, usia kandungan umi 37 minggu 5 hari, lahirlah kedua2 kembar seiras lelaki, umi abah ke dunia di Hospital Putrajaya.. Ya, bersalin secara caesarian..seperti mana kali pertama umi melahirkn anak sulung umi 10 tahun yg lalu..abg Luqman.

Sebelum ceritakan pengalaman bersalin, entri ni umi citerkan peristiwa sebelum bersalin dulu la ye..pengalaman juga semua tu.

Hari Khamis pagi, umi abah dgn Najla dan Afiq ke hospital utk book wad..doktor yg suruh sbb wad kat hospital sentiasa penuh. Sekali pegi, kena amek no. giliran bagai jugak..terpaksa la cari parking tp paham2 saja la..nan ado kalau hari keja..jem tempat parking pun. Abah masuk dlm hospital, umi dgn anak2 tunggu dlm kete.

Gelang hospital pun dah dapat..tunggu nak check in je..

Rupa2nya nama umi mmg dah ada dlm sistem..dah lama dpt tarikh operate dan warded kan.. Ada masa lagi, jom lari ke Kajang pegi KWSP selesaikan urusan umi. Alhamdulillah selesai sebelum umi bersalin..syukur lah.. Pastu, barulah cari makan..kelaparan. Makan roti2 canai n roti telur je.

Balik singgah Mydin Presint Diplomatik, abah belikan barang makanan utk umi bawa ke hospital. Balik umah umi pek segala keperluan yg terakhir la. Baju 4 badik utk dok umah Atok Nenek pun semua dah setelkan. Tunggu Luqman, Jannah balik sekolah dan Atok Nenek datang jemput..dah boleh check in hospital la.

Tp yg bestnya, sampai umah tu umi on tv tgk TV3 Wanita Hari Ini bercakap pasal Kembar..wahh..kebetulan sangat nih..esok InsyaAllah umi nak jumpa kembar umi dah.hehe..

Kebetulan program Wanita Hari Ini pasal kembar..

Anak2 dah selamat ikut Atok Nenek. Najla pun ok..siap babai umi abah..nak jadi kakak dah ye. Lagipun tak risau sgt sbb abang2 kakak dia ada sekali kan. Umi abah pun ke hosital..sampai kat wad bersalin 2A masa azan Asar. Katil penuh, diorang bg masuk sebilik 6 katil dulu..takpe la kat mana pun. Persinggahan sekejap je kan..

Beg2 barang nak pegi hospital. Tgk la, cam nak berkampung lama je kan.hehe.

Tup2 masa sebelum Maghrib umi mandi, nurse mai ketuk pintu cakap nak tolak barang2 umi ke wad sebilik 2 katil (kelas 1 ikut gred abah). Ok..

Malam tu dgn nak demam, selsema bagai la pulak. Risau jgn la demam..nak operate esok nihh.. Tak makan apa jugak maybe nama tak masuk sistem ke macam mana tah. Minta abah belikan buger je..lapar kang..lepas pukul 12 tgh malam umi kena puasa dah..tak leh makan minum langsung sampai operate esoknya.

Alhamdulillah tak berpanjangan demam selsema tu..cuma ada sakit tekak sket la..nak minum tak leh.

Buat CTG berkali asyik masalah sbb dapat graf sama je utk si kembar ni..sepatutnya beza. Kena turun scan kat dewan bersalin utk dpt fetal heart je..2x. Sekali naik wheelchair, sekali berjalan2 je..jenuh usung perut dgn sakit kaki bengkak besarnya.haha.

Umi ni nampak je perut kecik tak cam twin, tp usung perut 5kg lebih jugak kat dlm tu..kaki membengkak bagai juara..dah macam kaki gajah si Jannah kata.haha. Pengalaman mengandung kali ni mmg lain macam sket..twin katakan.

Apa2 pun bersyukur sebab Allah izinkan bersalin pada waktu yg sesuai..bukan pramatang. Berat baby pun ok, tak perlu tahan di Nicu, tempat baby kecik2 tak cukup berat tu. Segala checkup umi pun semuanya normal takde masalah. Alhamdulillah atas nikmat kurniaanMu, Ya Allah..

Salah satu makanan hospital lepas bersalin. Makan ngan bubur nasi. Abah cakap atu ayam upin ipin.
Tag baby cot si kembar umi.
Si kembar umi..pakai selimut lain2 sbb selimut baby sorang lg terkena muntah..tak dapat la nak sedondon sama ye..
Abah hepi dgn kelahiran si kembar dia.
Tokcik Pah berdua datang ziarah umi dan baby kat hospital..tolong bawa baby dgn barang discharge hospital balik ke umah sekali. Kebetulan Tok Tokwan pun datang dari Kulim. Atok Nenek lak nak datang hantar 4 badik ke umah. Lagi..Maklong Lina sekeluarga pun nak datang tido umah kitorang selama 2 malam. Pastu sorang lg member abah dtg ziarah.



Anak buah baru - Baby Hari Malaysia..

Assalamualaikum..

Selamat Hari Malaysia, 16 September 2016. Pagi2 Subuh dah dikejutkan panggilan dari kampung bagitau Alang Ti, kakak umi dah bersalin. Alhamdulillah.. Yeayyy..baby Hari Malaysia rupanya ye. Aritu anak buah belah Keramat baby Hari Merdeka, arini anak buah belah Kulim pulak baby Hari Malaysia..hihihi..

Semalamnya dok berwasap kat group family pasal Alang g hospital tp tak sakit contraction lg, cuma turun darah tiap hari..doktor suruh balik dulu sampai sakit setiap 5 minit. Tak sangka dekat Subuh dah bersalin. Lega Alang bila dah bersalin..baby depan mata kan..

Tinggal la umi yg masih dalam keadaan mengandung lagi ni.hihi. Lagi seminggu je lagi nak operate ye..baby Alang nak kuar dulu. Semua pakat nak tgk baby twin umi keluar la ni.hehe.. Ya Allah, permudahkan la. Amin..

Baby Alang Ti, anak ke 3, baby girl juga..takde rezki nak dapat boy..takpe la..Allah dah susun cantik dah, ada la hikmahnya tu kan. Baby seberat 3.08kg. Syok kuar besar.. Umi yg tak penah dapat baby besar lg ni..twin umi berdua ni berapa agaknya berat diorang..hehe..

Comei tgk baby Alang Ti..putih..mata pun sepet..lain sket kot daripada kakak2 dia, Aliya ngan Syazwani.

Jom tgk gambar baby..

Ala..tomei2...baby girl ni. Aduii..tak sabarnya jumpa baby twin umi ni..hehe..
Achik Azah dah pegi melawat baby Malaysia kat Hospital Kulim..syok la dia peluk cium baby..



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform