Jom jalan2..si comei Najla nak pakai tudung jugak.

Assalamualaikum..

Hari Ahad lepas, abah ada kat umah..so ajak abah kuar jalan2 cari baju baby sebenarnya. Hoihh..umi dah masuk 30 minggu tau, baju baby ke hapa langsung tak beli lagi. Kata risiko bersalin pra matang kan, kena la prepare awal.

Ajak g tgk kat Giant..kata ada sale..tp tak syok pun..selai baju pun tak beli. Jawabnya umi g cari kat kedai baby je la. Tak sabar nak shopping baju baby sebenarnya..kecik2 comei..yg paling best kali ni kena beli berganda tak macam sebelum ni.hehe. Walaupun kena kuar duit pun berganda, tp takpe..ni rezki Allah dah bagi buat insan terpilih. Alhamdulillah..

Sebelum keluar, umi suruh Jannah pakai tudung, kang budak ni kalo tak suruh, dia kuar umah cmtu je..dgn rambut serabai tak sikatnya. Entah bila nak berubah tak tau. Si adik Najla, bila tgk kakak pakai tudung, dia pun minta tudung adik jugak. Kakak shawl, adik pun nak shawl.hehe..

Comei gila adik pakai tudung.hihi. Tp sekejap ajo la..masuk dlm kete sekejap..pastu dah buang.

Jom tgk dia pakai shawl. Ayu pilu gituu.. Umi berkenan tul baju Jannah. Fishtail..kecik2 ada blous cantik. Nenek pilih, atuk bayarkan masa bulan pose dulu tu.

Comei kannn.. Sape cakap tak comei, dia yg tak comei n jeles ngan budak kecik.wakakakak..
Wah..sukanya adik.. Tgk baju kakak..cantikkan.
Ni lah 2 orang puteri umi abah. 

Hepi Besday Nur Najla 2 Tahun

Assalamualaikum..

Haihh..dah masuk bulan Ogos dah pun, baru nak update pasal besday Najla. Dok tunggu kerajinan la tu sebenarnya.huhu. Jom la update..

Alhamdulillah, anak ke 4 umi, Nur Najla dah berusia 2 tahun pada 17 Julai 2016 yg lalu. Dalam usia 2 tahun ni Najla dah pandai cakap..dah banyak berkomunikasi ngan kitorang semua..takde bahasa yg tak paham la walaupun dia sebut agak pelat.

Si comei ni tak sabar nak tunggu adik baby dia yg 2 orang ni keluar dari perut umi. Selalu dok cium, pegang perut umi panggil baby2. Bila tanya baby Najla ada berapa? Duaaa..dia jawab sambil tunjuk 2 jari.hehe. Tah paham ke tak baby dia mmg ada 2, tak tau la.

Nak cite gak pasal Najla yg dah tak menyusu badan..dia tak macam abag kakak, umi bentikan masa umur 2 tahun kan. Najla pulak umi terpaksa bentikan lebih awal sket.huhu. Kesian sgt..tp apa nak buat, mmg umi terpaksa lakukan. Tp kira ok la dia menyusu lama banding abg Luqman, 6 bulan pun tak sampai..umi keje waktu tu.

Najla umi bentikan 2 bulan sebelum dia masuk 2 tahun..sebab atas nasihat doktor disebabkan umi mengandung kembar. Ada risiko rahim mengecut, risau bersalin pra matang kan. Tak pe la..umi abah cuba bg susu sustagen dan susu lain walaupun dia tak berapa suka sgt. Minum tapi selalu tak habis. Najla sgt senang umi bentikan. Hanya guna psikologi saja..cakap2 ngan dia bgtau adik dah besar, nanti nenen nak bagi baby2 pulak. Dia ok je benti sendiri..tak perlu guna bahan cam Jannah dan Afiq dulu terpaksa sapu asam jawa.hehe.. Sekarang, umi doakan semoga Allah permudahkan umi utk ajar dia free pampes macam abg kakak dulu.. Amin..

Ok, balik cerita besday 2 tahun Najla. Masa hari besday tak sambut apa pun sebab family Keramat pakat beraya di Johor, jadi kita postpon minggu depannya. Janji hari Sabtu la..sebab Ahad nak jalan raya lagi. Ok set. Atok Nenek dah siap belikan hadiah beskal ke apa yg leh kayuh2 tu utk dia. Hepi la tu..

Sampai hari kejadian, kitorang sampai lewat sket sebab pegi open house kat Putrajaya dulu..sampai Keramat dah pukul 5 lebih. Family Paksu Amat je takde. Tgk nenek dah ready wat shellout betui ke tak nama dia tah. Selalu dok tgk kat FB je, tak penah dok try pun kat kedai.hihi..

Potong kek dulu pastu baru makan shellout tu. Najla ni still malu n takut kat family Keramat, nak potong kek pun takmo sebab semua dok tgk dia. Nanti dah jadi kakak baru ok kot. Amin.. Umi kena masuk wad 3,4 hari nanti, dik.. Adik kena dok ngan Atok Nenek kan..bertabahlah.hehe..

Semoga Najla akan menjadi anak yg solehah, cerdik, baik. Jadi, adik dan kakak yg terbaik buat adik beradik ok. Semoga Najla sihat2 saja, happy, ceria..pandai bergaul dgn orang ramai nanti. Aminn..

K, jom layan gambar..

Taraaa...shellout kan
Kek besday Najla 2 tahun dari Pistachio
Masa ni semua dah tak pandang dia, nak la dia potong kek..
Pujuk la suruh pegang pisau pun tak mau. Semua mata dok pandang dia.
Kami sekeluarga
Hadiah dari Atok Nenek. Suka suka suka..





Kami..dalam kete.

Assalamualaikum..

Kami masa nak kuar jalan2 raya weekend lepas. Bebudak ni dok dalam kete besar pun kadang nak bergaduh berebut tempat duduk jugak..duduk kete kecik pun bergaduh..

Anak ramai katakan..kecik2 jenuh dok bertempik je kat diorang..nanti dah besar sunyi je dok tunggu diorang kan. Moga anak2 umi abah yg ramai ni akan menjadi anak2 yg terbaik pada masa hadapan ye.

Adik Najla baru terjatuh kat tangga. Benjol kat dahi dan dagu akibat jatuh semalam dan kelmarin kat umah Putrajaya pun tak ilang lagi, dah terjatuh pulak.huhu..
Nak duduk belakang ngan abg kakak. Nenek ada sebelah kat seat tengah, mana dia nak main..senyap je. Dok belakang baru dengar suara.
3 Badik kat belakang
Luqman cakap tak aci la gambar Luqman takde..dia tolong snap gambar adik2 di belakang. So dia kata nak bergambar ngan umi la..

Masih dalam mood beraya..

Assalamualaikum..

Selagi bulan Syawal belum habis, selagi tu la kita berjalan raya ke rumah sanak saudara kan..utk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.

Weekend yg lepas ni kitorang ada dapat beberapa jemputan open house jugak la..tapi tak semua dapat dipenuhi.. Mana yg sempat dan dekat saja la boleh join. Sabtu kitorang plan nak ke open house kawan sekolah abah di Sungai Buloh tp Luqman dok ajak ke umah teacher tuisyen dia..dari bulan posa lagi sibuk ingatkan..so ikut je la dia. Dah jumpa teacher baru tau peel si Luqman ni macam mana kan..

Nak ke Sg Buloh tak sempat dah sebab dah janji nak celebrate besday Najla kat umah Atok, Keramat. Janji kul 4ptg tp kul 5 pun kitorang belum sampai..jem jalan hari Sabtu orang beraya kan.. Nanti pasal besday Najla umi buat entri baru. Sini pasal jalan2 raya je dulu.

Malam Sabtu tu kitorang ke umah Paknjang Najib, geng2 kem diorang buat open house..tak snap gambar la pulak..kira tak dapat la nak join open house KRT kitorang kat Putrajaya, dah jauh kan..malas nak pusing2 blk. Umah sepupu kat Sepang pun tak dpt join..maaf sgt2.

Esoknya kitorang dah ada plan nak jalan raya ke rumah mak sedara abah (kakak Atok), Nenek Jamilah kat Sungai Buloh. Pegi beraya dgn Atok Nenek dan Pakcik Latiff dan Makcik Anne je. Paksu tak dpt join sbb jaga anak2 kat umah, Maksu keje.

Petangnya pulak mmg dah plan ke umah Tokcik Pah sebab diorang buat open house, so ajak Atok Nenek semua sekali la lepas tu. Pagi ada majlis raya taman perumahan Atok kat dewan depan umah pun tak rajin nak pegi..takut perut penuh sgt..tak termakan dah nanti bila nak jalan tengahari dan petang.

Budak2 purple ni buat perbincangan apa..duduk sekelompok kat hall tu?
Nenek Jamilah tgh bercerita pasal salasilah keturunan Atok sekeluarga..hihi. Baru la nampak sket bila dah citer tu kan..
Awat Pakcik dgr cite sambil tutup muka ni..hihi.. Kitorang dijamu mee sup aritu..
Arwah Mohd Amin, ayah kepada Atok dan 8 adik badiknya. Atok sorang lelaki tunggal dlm keluarga. Moyang Mohd Amin ni la yg ada kembar tak seiras..
Ni arwah Mak Itam dan suaminya..yg menjaga anak2 moyang selepas kematian ibu dan ayah. Orang kaya Kampung Baru kalo tak salah.
Kat umah Tokcik Pah, Batu Caves pulak.. Kat sini umi makan laksa dan bubur kacang. Ada nasi dagang juga..



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform