Jom g library..

Assalamualaikum..

Alang2 tengah rajin update, jom teruskan je. Ada 1 lagi entri masa hari sukan hari tu dok hold dulu sebab gambar banyak sket..pasni ye.

Ni kita cerita pasal umi bawa bebudak ni pegi library..baru lagi..siang td la..dah bosan bebudak 4 hari cuti dok umah je kan..suruh belajar, kadang belajar pastu lebih kepada nak main dan tgk tv la. Umi pun stress..hihi. Rasa nak cepat je setelkan final exam diorang tu..tp nak buat camne, dah jerebu..sekolah tutup..exam tangguh.

Abah cakap bawa bebudak g library kat Pusat kejiranan Presint 16 nun. Haii..bertahun dok Putrajaya ni awat abah tak ajak pun..ni jerebu baru abah suruh pegi..hihi. Kitorang pun tak tau kewujudan library kat situ. Sibuk aritu g Perpustakaan Negara padahal kat Putrajaya sendiri ada library. Abah cakap die tau sebab penah pegi time belajar master dulu..lama dah abah oii..awat kitorang baru tau ni???kuikuikui..

Ok, jom la bawa bebudak. Gerak dari umah dah kul 11 lebih..jumpa perpustakaannya..masuk dlm pun terus jumpa tempat kanak2..tak ramai lak tu. Cantik sgt lerr.. Wahh..best je bawa bebudak study sini..awat la baru tau ni..huhu. Rugi tul. Sabtu Ahad buka lak tu. Belajar sekejap..pastu kul 1 camtu abah call dah sampai kat luar..parking takde..jom solat zohor dulu abah cakap. So, g solat dan makan kat Parcel E sebab abah cakap nak cari tempat makan tertutup..jerebu teruk ni kan.

Dah makan, abah antar kitorang ke library semula..abah balik ofis la. Study sket lagi..dlm pukul 3.45 camtu kitorang pun balik umah. InsyaAllah nanti kite pegi library lagi ye. Jom layan gambar..

Sabtu Ahad pun buka rupanya..
Suka la tu buku banyak..study keje sekolah pun nak cepat aje..
Hepi..
Najla sedap je lena dari time kuar makan lagi..bersambung ke library semula..syok la boleh baring gak..hehe..
Jaga je..terus jadi cikgu..ajar kakak dan abang baca sifir.hihi..

Jerebu Oh Jerebu..

Assalamualaikum..

3 hari berturut2..dok tunggu laporan dari Kementerian Pendidikan Malaysia je la..pasal sekolah tutup..
Sangat tinggi IPU..
Putrajaya
KLCC
Puchong
KL
Dataran Merdeka, KL

Hari ni Selasa 20/10/2015..hari ke 2 bebudak ni bercuti sekolah disebabkan jerebu yg masih berada pada paras tidak sihat. Semalam Isnin cuti dan esok Rabu pun awal2 dah diumumkan cuti lagi sehari.

Teruk sangat jerebu kali ni..sampai dah nampak udara kekuningan..bau asap tak payah cakap la. Bebudak ni sepatutnya start exam Isnin semalam, dah sekolah ditutup terpaksa la ditangguhkan ke minggu hadapan. Nak elakkan dari bertindih dengan exam Kafa minggu depan pun tak dapat lah jawabnya. Sepatutnya minggu ni exam final sekolah kebangsaan, minggu depan exam final Kafa..terpaksa lah lalui kedua2nya sekali.huhu..

Hari ni paling teruk rasanya..memang IPU bacaan udara sangat tinggi mencecah 300. Kat sini IPU macam ni pun dah rasa teruk, camne la agaknya di Sumatera Indonesia sana yg IPU dah lebih 2000..huhu. Tapi, semuanya memang berpunca dari Indonesia yg melakukan pembakaran hutan terbuka. TERIMA KASIH INDONESIA!!

Apa2 pun, semoga Allah swt. melindungi kita semua daripada sebarang malapetaka dan penyakit. Amin.. Budak2 ni memang dilarang sama sekali main kat luar umah la..sangat bahaya.

Mari sama2 kita berdoa..

DOA KETIKA CUACA BURUK (JEREBU)

اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ،
وَخَيْرِ مَا فِيهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيحِ، وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِهِ.

Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya.

Dan kami memohon denganMu agar dijauhkan dari keburukan angin dan cuaca ini dan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya.

Hadith Nabi riwayat Imam Muslim, Tirmizi, Ibnu Abi Syaibah dan selainnya

Umi belikan baju anak2..

Assalamualaikum..

Entri ni saja umi nak update pasal umi belikan t-shirt sorang sehelai utk anak2 umi 4 badik ni. Beli melalui online je..tgk iklan lelong baju Polo Ralph Lauren murah2. Selalu mahal kan..mmg tak selalu dok membeli2 baju, apa lagi yg mahal, kan.

Kebanyakan baju jenjalan budak2 ni Atuk Nenek yg belikan..time raya, time besday. Alhamdulillah rezeki budak2 ni. Maklong Shikin pun ada juga dok belikan baju jalan diorang. Abah lak ada la juga belikan..tp tak selalu la. Kalo ada sale ke, teringat nak beli, ok boleh beli..kira takde la selalu membeli baju baru.

Umi tgk iklan tu murah..selai boleh dapat dlm RM15 tak termasuk pos..mm..ok juga ni. Umi pun ada juga rezeki Allah bagi, so jom la reward budak2 ni sesekali kan. Nak harap umi beli selalu memang tak la. Umi pun tak kerja..bukan berduit sgt..tp tetap bersyukur atas nikmat yg Allah bagi. Alhamdulillah. Umi tanya kalo beli 4 helai berapa..seller cakap RM60 termasuk pos. Mm..ok la ni. Kira dpt RM15 termasuk pos la kan. Kalo COD RM13 je.hehe..

Proses memilih kaler baju..nak kaler yg berlainan lah.. Akhirnya, dah dapat 4 helai t-shirt diorang..sangat suka bebudak ni. Terharu umi.hehe.. Umi dah basuh, plan nak pakai hujung bulan ni. Nanti umi update gambar diorang pakai baju ni ye..

Baju Luqman saiz XL kaler coklat oren. Ada yg ni je terpaksa amek gak la. Baju Afiq saiz M kaler biru hitam.
Baju Jannah saiz L kaler pink purple. Baju Najla saiz S kaler merah biru..tinggal satu2nya saiz S..so cepat2 grab sebelum orang lain sambar. Agak besar utk Najla..labuh sampai lutut..hehe. Tp boleh je pakai..tuck in.
Alhamdulillah dpt juga umi belikan baju utk anak2..walaupun umi diorang tak keje..duit pun tak banyak..tp dapat juga la membeli sikit2..atas rezeki kurniaan Allah swt.
Gambar bebudak merasmikan tshirt umi belikan kat diorang..

Pasal Tokwan dan Tok dengan sepupu diorang..

Assalamualaikum..


Entri ni kitorang sekeluarga takde kat situ pun..tak join la. Saje umi nak update gak sebab rindu kat Tokwan dan Tok..hehe. Ada gambar sepupu2 bebudak ni juga. Achik yg send gambar kat wasap group Hj Ahmad.

Sebenarnya, Tok Tokwan bawa anak2 Maklong Lina iaitu Danish, Alisa dan Darwisy..juga anak Alang Tie iaitu Aliya pergi bercuti kat umah Achik azah di Ipoh, Perak. Saja bawa berjalan sementara Maklong Lina ngan Paklong Amar masih di Mekah mengerjakan haji dan umrah.

Hepi je tgk diorang jalan2 pergi kayuh beskal malam2.. Esoknya, nak mandi kolam pada Hari Sukan Negara tu..tutup pulak kolam mandi..tak dpt la.. Kitorang je yg belum penah sampai umah Achik lagi ni..kat kuarters Kastam Ipoh nun.


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform