Lagi gambar family beraya + jalan2..

Assalamualaikum..

Hari raya ke 5, semua ahli keluarga Kulim nak ke umah Paknjang Najib pulak..tido semalam sebelum balik Kulim..termasuklah Pakngah Nizam dan Achik Azah yg tinggal kat Ganu dan Ipoh tu..diorang cuti raya seminggu, so leh lepak kampung lagi. Cam kitorang kat KL ni, raya ke 6..Rabu dah start sekolah/keje.

Sebelum ke kem tentera Ampat Tin umah Paknjang Najib kat Jalan Ipoh tu, semua pakat singgah beraya kat umah Atuk Nenek Keramat dulu. Ye la..alang2 dah ada kat KL ni boleh Tok Tokwan beraya umah besan, kan. Kalo kat kampung memang idak lerr nak datang KL.

Umi dah bgtau nenek siap2 la..sebelum datang tu. Ikutkan nak dtg malam selepas balik dari Melaka tp pakat tak larat dah.. So siang la jadi ke Keramat. Nenek masak spagheti yg maveless..suka tul anak menantu Tok Tokwan makan.hehe. Pastu abah dah pesan suruh beli nasi arab. Jamu tu la kat diorang semua. Alhamdulillah. Dengan lemang dan rendang/daging dendeng juga. Lepas tu umi sekeluarga tak join diorang dah la.

Plan nak jumpa esok sebelum diorang balik Kulim tp dapat info dah nak keluar la hape..(padahal lambat lagi nak gerak pun)..diorang nak jalan KLCC dulu. Tak jadi la umi bawa ank2 yg belum bagi sekolah lagi tu.hehe. Abah je dah start keje.

Dah tak jadi join KLCC, abah ajak kitorang g The Mines je la..survey handphone. Kalo tak, dapat berkumpul reramai lg kat KLCC. Bila lagi tah nak jumpa dlm masa terdekat ni..raya haji tak confirm lagi..tp nnt ujung tahun ada kenduri kawen sepupu kat KL ni..InsyaAllah jumpa lagi.

Ok..umi masukkan gambar2 diorang dekat KLCC je la. Kenangan diorang jalan2 beraya di KL. Layanzz..

Anak2 buah umi. Kalo Luqman Jannah Afiq ada sure depa hepi..Najla kecik lg tak reti berkawan sgt
Wali Ku
Catwalk nak ke mana tu??
Semua ada ke ni?
Kakak2ku
Pakngah Nizam dan Tokwan
Pakngah Nizam dan Tok
Amboi..sampai terbaring Pakngah Nizam. Tengok la ASP Polis sorang ni..selamba je kan..janji hepi.hihi..
Cucu Tokwan dan Tok.. Lagi 7 orang takde..4 anak umi, 3 anak Maklong Lina
2 badik.. Abang dan Kakakku
Maksu Yayah ngan Si Kenit Rania
Dalam kete Achik Azah on the way balik Kulim..sekejap je beraya bersama family..

Abg dan Adik main taman menan sekejap..

Assalamualaikum..

Ni gambar Abg Afiq dan Adik Najla main taman menan kat Masjid Ijau Bandar Baru Bangi aritu..umi bawa diorang ke sana sebab nak amek kek buah yg umi order kat seseorang utk majlis open house Keramat nnt. Awal lagi pula nak tunggu shopping complex buka, so jom singgah masjid dulu.

Hepi sungguh 2 badik ni main gelongsor..adik Najla yg tencik tu pun kemain hepi..hehe..

Best oo..dapat main gelongsor..sape pun takde kaco Afiq n Najla main.

Sambungan Raya ke 4 + Majlis Tunang

Assalamualaikum..

Ok, mari sambung citer raya yg tangguh sekejap aritu sebab nak bg laluan kepada citer terbaru..konon..hihi..  Janji belum basi ye..bukan apa, gambar utk entri ni banyak sangat, so kita kumpulkan dan letak last sekali lerrr.. Jangan mare..hihihi..

Hari Raya ke 4, seperti yang telah dirancang, kami ahli keluarga Tok Tokwan berkumpul di Putrajaya akan bergerak ke Jasin, Melaka untuk meraikan Majlis Pertunangan antara adik umi iaitu Pakndak Man yg duduk menumpang serumah ngan kitorang sekarang ni.. Pakndak Man akan bertunang dengan Atikah Rafar di kampung keluarga mereka di Jasin. Ada juga 2 keluarga lagi iaitu Tok Cik Pah masing2 bergerak 2 kete dari Batu Caves dan juga Tokndak Zul dari Shah Alam, berjumpa dengan kitorang semua di Melaka nnt.

Bila sampai di Melaka agak awal sebab Tokwan ajak kuar awal utk elak jammed di highway tapi jalan sgt clear aritu, so ada yg bawa diri ke lain dulu..sampai la nanti bertemu di umah bakal pengantin. Ada juga la peristiwa yg berlaku di mana Achik Azah dan Alang Tie ketinggalan di belakang..masing2 tak sedar diorang tak ikut kitorang konvoi sekali tp Alhamdulillah dengan bantuan Allah, semua dapat berkumpul pada majlis tunang tu.

Segalanya berlangsung dengan lancar.. Alhamdulillah. Balik dari majlis, terus lepak di Masjid apa umi lupa..huhu. MITC ke apa..tempat yg Achik Azah tertinggal mula2 td. Solat siap2 pastu balik ke Putrajaya semula. Sempat la berwelfie bagai kat masjid tu. Riuh rendah anak cucu Tok Tokwan ni..hihi.

Dah sampai Putrajaya masing2 kepenatan, cancel nak tido umah Paknjang Najib malam tu..masih lagi bermalam di Putrajaya. Jadi lepak berkumpul makan di Restoran MZ dulu. Agaknya tauke asal masih bercuti raya kot, makanan yg dipesan sampai lambat, sistem pemesanan komputer diorang pun agak bermasalah..namun Alhamdulillah masing2 kenyang sebelum balik tidoooo..

Sebelum bergerak reramai, kita bergambar dulu.hihi.. Semua 8 buah kete yang join ke majlis tunang ni.

Geng coklat. Tak janji pun nak pakai baju kaler coklat..dah siap sume baru pasan..ehh, pakat pakai coklat rupanya. Sama la dengan kaler tema hantaran utk bagi kat belah pompuan, kaler coklat gak. Umi bergambar dgn adik bongsu, Maksu Yayah, kakak ke 2 umi, Alang Tie dan satu2nya kakak ipar umi, Makngah Lynn.
Geng anak2 dara comei dah siap duduk dalam Exora kitorang.. Aina, Jannah, Ayien n Aliya
Family Pakngah Nizam..turut serta mertuanya yg jadi jurucakap pihak kitorang nnt. Luqman pun ada tu..biasa la bila dah reramai ni, pertukaran kete akan berlaku..hihi. Anak ni nak dok kete sana, anak nun nak dok kete sini..gitu la. Lupa lak, semua gambar2 cantik sepanjang raya ni kebanyakan dari kamera phone Pakngah Nizam dan Makngah Lynn. Tima kasih kat diorang, ada gak kenangan utk ditatap nanti. Masa ni phone abah dah rosak, phone umi lak mmg cap ayam..kelabu tak terang la kan. Panjang lak caption kali ni..hihi..
Hantaran belah pompuan nak bg pada lelaki
Tok hepi bakal terima menantu baru..
Sarungkan cincin merisik dan tunang
Bakal ahli keluarga baru
Start welfie bersama adik badik
Pastu slow2 pakat join anak2 lak.. Nampak abg Iskandar pegang sangkar tu? Pakndak Man dapat kucing daripada bakal mak mertua. Si Tommy nama kucing tu..ada kat umah Putrajaya sekarang ni..
Makin lama, makin ramai join bergambar. Tokwan je tak larat dah.. Sian Tokwan, kaki tiba2 bengkak gout..salah makan agaknya..
Amboi Afiq..dikelilingi bunga2..ok lak die ye..hihi
Acara terakhir malam tu..makan2 reramai.



Budak2 ni masa open house aritu..

Assalamualaikum..

Nak masukkan gambar kenangan pada hari open house kat Keramat aritu je..Lepas ni baru umi add caption kat semua gambar2 yg umi masukkan daripada tajuk Hari Raya aritu.. Masuk gambar je dulu, caption kemudian ye..

Lepak main kat bilik dulu sementara belum start open house..lum tuko baju
Sukanya Najla naik kete Fateh..dia p panjat naik sendiri..tersengih2 je. Abah, bila nak p cari hadiah kete ni kat Najla??
2 orang gigirl umi yg comei.. Kakak yg pandai jaga adik..sama tak muka depa dua ni?
Makanan open house dah siap hidang
Abah nak snap gambar makanan ke nak snap speaker PA system biz abah ni?hihi. Tokey PA mainkan lagu raya sepanjang open house berlangsung..
Antara tetamu yg dtg..Neklong (kakak Atok), masa abah kecik2 dulu, Neklong ni penah jaga abah. Baik je abah, die cakap.hehe..
Yg ni maveless..roti jala kuah serawa durian..fuhhh!
Aksi ni akan sentiasa kelihatan sepanjang open house..si manja Afiq nak berdukung ngan abah. Sian abah sampai lenguh tgn. 4 tahun dah kott abg Afiq tp still manja
Terduduk rilex dah abah..tunggu kengkawan datang beraya. Tima kasih kepada kawan2 yg sudi datang..yg pertama kali datang pun ada..tp kengkawan sekolah abah yg memang sekolah kat Keramat ni cukup susah nak jumpa. Tahun depan merajuk, tak yah jemput dah kawan sekolah.haha.. Jahat tul umi ye.. ;)







Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform