Najla start menyusur (bukan merangkak)

Assalamualaikum..

Bila ye Najla start bergerak ke depan ni..sebelum ni dia gerak pusing keliling camtu je. 1 ari tu pakat berkumpul reramai kat bilik, tup2 pasan budak ni tgh menyusur bergerak ke depan. Apa lagi, terus snap video la. Kita try check kat phone kot ada tarikh ye.

Bape ari pastu, tup2 terpasan Najla angkat montot cam nak merangkak lak. Dok ingat dia nak merangkak la. Ropenya angkot montot duduk dalam keadaan merangkak goyang depan belakang je, tak penah lg bergerak ke depan dlm keadaan merangkak, die lebih suka menyusur gak. Bila tah adik Najla nak merangkak ni.

21 Januari 2015..masuk je umur 6 bulan start menyusur..bergerak ke dpn
4 hari kemudian, 25 Jan mula angkat montot..eksyen je lebih..tp tak merangkak pun.hihi

Aksi abang dan adik

Assalamualaikum..

Kali ni entri utk Abg Afiq dan adik kesayang dia Najla. Afiq sayang tul kat adik dia ni. Abg Afiq je leh buat adik gelak ketawa. Kakak Jannah n Abg Luqman pun tak boleh.hehe. Ye la, kawan baik die..banyak masa dengan abg Afiq walaupun Afiq dah sekolah skrg.

Jannah ke Luqman tah yg snap gambar adik2 diorang ni. Umi amek je dari phone tgk ada aksi adik2, leh buat entri blog ni.hehe. Masam je muka Afiq confirm baru bgn tido.

Jom main taman menan..

Assalamualaikum..

Dah tak ingat bila bawa budak main taman menan dekat umah ni. Apa je gambar yg ada, umi kumpul je buat entri kat blog ni. Kenangan untuk diorang masa dah besar nnt..leh baca apa umi tulis pasal diorang. Nanti umi dah takde, blog ni la akan jadi pengubat rindu diorang pada umi ni kan.

Kat taman menan ni, bg Najla merasa main gelongsor, naik buaian..tp dgn syarat dok atas umi. Dok atas kakak terus gelupur la.hehe. Anak manja umi sorang ni, memang takmo kat sesapa..dia nak umi sorang je. Jenuh la..ngan abah dia sendiri pun takmo, mmg special sungguh baby umi kali ni ye..hehe.

Abg Afiq
Kakak n Adik
Abg n Kakak
Cebik dah dok kat kakak
Dok kat umi kesayangan die baru lega..rasa selamat je dok kat umi sayee..hehe

Sesi Persekolahan 2015

Assalamualaikum..

Sesi persekolahan tahun 2015 bermula pada 12 Januari 2015, ditangguhkan seminggu kerana banjir yg melanda beberapa negeri seluruh Malaysia.

Hari pertama sekolah ni, abah amek cuti..kitorang sama2 tunggu sekejap di Sekolah Kebangsaan utk meraikan Kak Jannah yg kini belajar di Tahun 1. Tp takde apa yg nak dirisaukan sgt sebab Jannah dah biasa dengan sekolah ni..dah ada kawan2 Pra Sekolah dulu gak. Luqman lagi biasa la kan..dah masuk Tahun 3.

Nyanyi lagu kebangsaan
Belajar beli makanan di kantin dengan member Pra.
Dia tak sedar umi abah dok teropong dia.hehe..
Ha...nampak dah. Terus tersipu2 malu..hehe..

Sekolah Kafa pulak di Sekolah Agama Rakyat Kg Abu Bakar Baginda. Ni pertama kali Luqman Jannah bersekolah di sini. Sebelum ni 2 tahun Luqman Kafa di sekolah kebangsaan (sampin dan kain coklat)..kali ni tuko kain dan sampin hijau. Mmg umi abah niat nak masukkan budak2 ni sekolah Kafa di sini setelah 2 tahun terlepas peluang utk Luqman. Mudah2an akan meningkat ilmu pengetahuan keagamaan pada diorang. Amin..

Sekolah ni selalu buat exam untuk tentukan pelajar masuk kelas yg terbaik. Alhamdulillah Jannah dah buat ujian utk Tahun 1 pada minggu pertama..pada minggu ke 2 dpt masuk kelas pertama Siddiq. (Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah, Iman)

Tinggal Luqman je, lum ada exam utk Tahun 3..nama dia dimasukkan ke kelas terakhir, Iman. Dan pelajar baru dah dipanggil oleh ustazah utk nilai tahap penguasaan bacaan Al Quran dan Jawi pelajar. Alhamdulillah Luqman setakat ni mmg dah menguasai Jawi..dan sedang membaca Al Quran, Surah Al An'am. Moga dapat naik kelas jugak la..sian lak kalo duduk kelas last. Masa Kafa sekolah dulu pun dok kelas ke 2 dari 4 kelas. Jannah lak, Alhamdulillah masuk je Darjah 1 ni, dah mula baca Al Quran.. Diorang mula membaca Iqra' 1-6, pastu sambung Muqadam..baca surah2 Al Quran tu dulu..barulah naik baca Al Quran.

Afiq pun dah mula baca Iqra' sekarang. Abah yg ajar die. Dulu2 umi yg dok ajar budak2 kalo tak belajar kat Ustaz Ustazah di Masjid Besi..tp sejak dah ada baby kecik ni, memang tak menang tangan la. Mujur abah yg sambung. Afiq pun dah baca Iqra' 1 banyak muka jugak la (sekarang baca dekat Ain)..sampaikan cikgu dia cakap dia cepat dapat..padahal mmg dah mula belajar kat umah pun. Alhamdulillah..

Perhimpunan hari pertama Kafa
Siapa itu..?? Dari mana??
Oo..3 badik Luqman Jannah Afiq ropenya. Dari kantin kat ujung sana nun..
Comei anak2 umi..bertingkat ketinggian. Najla tgk je la ye..jadi tukang anta jemput ang2 kakak.. Jemput Afiq kul 4.30 terus tunggu Luqman Jannah balik kul 5.35ptg. Sekolah Agama ngan Tadika Kemas Afiq dekat je pun..



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform