Sesi Persekolahan 2015

Assalamualaikum..

Sesi persekolahan tahun 2015 bermula pada 12 Januari 2015, ditangguhkan seminggu kerana banjir yg melanda beberapa negeri seluruh Malaysia.

Hari pertama sekolah ni, abah amek cuti..kitorang sama2 tunggu sekejap di Sekolah Kebangsaan utk meraikan Kak Jannah yg kini belajar di Tahun 1. Tp takde apa yg nak dirisaukan sgt sebab Jannah dah biasa dengan sekolah ni..dah ada kawan2 Pra Sekolah dulu gak. Luqman lagi biasa la kan..dah masuk Tahun 3.

Nyanyi lagu kebangsaan
Belajar beli makanan di kantin dengan member Pra.
Dia tak sedar umi abah dok teropong dia.hehe..
Ha...nampak dah. Terus tersipu2 malu..hehe..

Sekolah Kafa pulak di Sekolah Agama Rakyat Kg Abu Bakar Baginda. Ni pertama kali Luqman Jannah bersekolah di sini. Sebelum ni 2 tahun Luqman Kafa di sekolah kebangsaan (sampin dan kain coklat)..kali ni tuko kain dan sampin hijau. Mmg umi abah niat nak masukkan budak2 ni sekolah Kafa di sini setelah 2 tahun terlepas peluang utk Luqman. Mudah2an akan meningkat ilmu pengetahuan keagamaan pada diorang. Amin..

Sekolah ni selalu buat exam untuk tentukan pelajar masuk kelas yg terbaik. Alhamdulillah Jannah dah buat ujian utk Tahun 1 pada minggu pertama..pada minggu ke 2 dpt masuk kelas pertama Siddiq. (Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah, Iman)

Tinggal Luqman je, lum ada exam utk Tahun 3..nama dia dimasukkan ke kelas terakhir, Iman. Dan pelajar baru dah dipanggil oleh ustazah utk nilai tahap penguasaan bacaan Al Quran dan Jawi pelajar. Alhamdulillah Luqman setakat ni mmg dah menguasai Jawi..dan sedang membaca Al Quran, Surah Al An'am. Moga dapat naik kelas jugak la..sian lak kalo duduk kelas last. Masa Kafa sekolah dulu pun dok kelas ke 2 dari 4 kelas. Jannah lak, Alhamdulillah masuk je Darjah 1 ni, dah mula baca Al Quran.. Diorang mula membaca Iqra' 1-6, pastu sambung Muqadam..baca surah2 Al Quran tu dulu..barulah naik baca Al Quran.

Afiq pun dah mula baca Iqra' sekarang. Abah yg ajar die. Dulu2 umi yg dok ajar budak2 kalo tak belajar kat Ustaz Ustazah di Masjid Besi..tp sejak dah ada baby kecik ni, memang tak menang tangan la. Mujur abah yg sambung. Afiq pun dah baca Iqra' 1 banyak muka jugak la (sekarang baca dekat Ain)..sampaikan cikgu dia cakap dia cepat dapat..padahal mmg dah mula belajar kat umah pun. Alhamdulillah..

Perhimpunan hari pertama Kafa
Siapa itu..?? Dari mana??
Oo..3 badik Luqman Jannah Afiq ropenya. Dari kantin kat ujung sana nun..
Comei anak2 umi..bertingkat ketinggian. Najla tgk je la ye..jadi tukang anta jemput ang2 kakak.. Jemput Afiq kul 4.30 terus tunggu Luqman Jannah balik kul 5.35ptg. Sekolah Agama ngan Tadika Kemas Afiq dekat je pun..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform