Setiap gambar ada ceritanya..

Assalamualaikum..

Entri ni umi nak upload masuk gambar2 lama yg tersimpan je. So, tak yah citer panjang, just add caption sket2.. Layann..

Kakak pimpin adik kesayangan die..singgah solat di RnR Sungai Buloh pas bertolak balik dari Kulim.
Lepak di buaian umah Tokwan Kulim masa raya pose aritu..
Lepak makan2 di gerai dalam umah..jgn tak cayee..hehe.
Majlis sambutan raya posa utk kelas belajar Iqra' dan Al Quran di Masjid Besi. Nyum nyumm..
Budak pompuan nak kawan ngan Afiq, tp Afiq maluu..hehe..
Kakak n adik dah siap nak kuar jalan-jalan.
Kenduri akikah bb member sekolah abah kat Bangi.
Afiq ngan sepupunya Ahmad Al Fateh.
Afiq merasmikan baju n suar jeans Spiderman beli kat Mydin..sepasang tu rega rm5. Percaya ke idok?
Kakak Jannah sempat posing kat skuter dulu sebelum kuar jalan.

Pertandingan mewarna KRT P14C2

Assalamualaikum..

Entri ni adalah sambungan dari entri sebelum ni..Hari Perpaduan KRT kawasan perumahan kitorang tu. Dah ada banyak gambar, so kena pisahkan la entri..baru best sket.hehe.

Untuk kanak-kanak cuma ada pertandingan mewarna je. Jadi, sangat hepi la diorang ni dapat mewarna. Beberapa ari sebelum tu pun dah cakap nak kaler, nak kaler..terutama si Jannah ni mmg suka mewarna. Tp kalo ada sukaneka utk budak2 lagi la budak2 hepi umi rasa. Ini..mak pak yg main sukaneka.hehe.

Pertandingan ni dibahagikan kepada 3 kategori. Utk. kanak-kanak 3-6 tahun, 7-9 tahun, 10-12 tahun. So, Luqman n Jannah kena dok meja asing la.

Group Luqman. Yg badan besar sebelah Luqman tu, member kelas die la. Syazwan. 2x ganda besar dari Luqman.hehe.
Group Jannah. Jannah dok sorang sebab member main diorang, Nawal datang lambat sket n dok meja lain.
Luqman dah kebosanan kaler.huhu..
Luqman kaler gambar Upin Ipin. Kertas A3 besar sket la dari Jannah
Jannah pun gambar Upin main bola. Pandai Jannah kaler bola itam putih camtu kan..
 Sementara 2 badik ni mewarna, umi abah amek peluang bersenamrobik.hehe. Mula2 abah, pastu abah dah nak termuntah..haha.. Umi pas Afiq kat abah lak. Jannah n Luqman pandai la bawa diri sendiri, ye. Dah besar tak perlu nak teman or tolong kaler la.

Dah abis kaler, boleh la main2 ngan kengkawan masing2. Keputusan pertandingan akan diumumkan waktu malam. Luqman mmg tak siapkan abis kertas die. Jannah nak siap cepat, kaler pun tak berapa sama dah cam dok kaler sebelum ni. Tp boleh tahan lagi la.

Inilah hasilnya.. Walaupun Jannah tak menang no. 1-3, tp ada rezki gak dapat hadiah saguhati.
Walaupun sekadar saguhati, tp dapat hadiah best..pelbagai jenis kaler n alat tulis..hepi giler la die. Tahniah, Jannah. Abg Luqman tak dapat la..lain kali cuba lagi.

Masa pengacara umumkan nama Jannah tu, umi pikir die takut2 nak ke depan. Ropenya terus je menonong ke depan salam n amek hadiah. Semangat!..hehe. Tak dapat snap gambar sebab umi tgh dukung Afiq tido, abah lak blk umah sekejap.

Yg sian kat kawan sepermainan diorang sedih nangis sebab die tak dapat hadiah padahal Jannah dapat. Lain kali kena wat hadiah utk sume peserta..biar sume hepi, kan?? Murah pun takpe, budak suka je. Ok, itulah saja..


Hari Perpaduan KRT Presint 14C2

Assalamualaikum..

Yg ni umi nak update citer terbaru kitorang la. Ari Sabtu kemarin 26 Oct 2013 berlangsung Hari Perpaduan KRT kawasan perumahan kitorang ni. Alhamdulillah perancangan rapi dan usaha AJK KRT kat sini..maka hari tu berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah

Hasil daripada Hari Perpaduan ni jugak la..kitorang dapat berkenalan dan beramah mesra dengan jiran-jiran. Biasa la kat bandar sekarang ni, ikatan persaudaraan..silaturrahim antara jiran2 semakin menjauh..masing2 dengan cara hidup sendiri, ada yg tak nak bergaul sesama sendiri..jadi, dgn adanya Hari Perpaduan ni akan dapat mengeratkan lg silaturrahim antara sesama jiran. InsyaAllah.

Hari Perpaduan ni berlangsung seawal pagi lagi..dengan pelbagai aktiviti. Antaranya senamrobik, pertandingan mewarna utk kanak-kanak dan sukaneka utk ibubapa. Pastu blk umah masing2..rest dan sebagainya. Malam pulak berlangsung bacaan Yasin, acara penyampaian hadiah dan last sekali makan2. Nyum nyum..dpt makan kambing bakar 2 ekor, nasi beriani dan lain2. Ada gak jiran yg sporting menyumbangkan suara menyanyikan lagu.

Kesimpulannya, kitorang sgt berpuas ati dpt join majlis ni. Harap dapat lagi berkumpul camni pd masa akan datang. InsyaAllah.. Amin.



Acara senamrobik
Umi amek bahagian acara boling padang..tak jatuh pin langsung pun.hehe

Acara boling padang lelaki.

Acara berpasangan suami isteri - baling sambut belon

Suasana pada waktu malam. Bacaan Yasin.
Dinner


Oh..comotnya sayee..

Assalamualaikum.

Mm..dapnya saye makan calciyum. Kalo tak caya, ini la buktinya...

* Nyum nyum nyum..


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform