Assalamualaikum..
Yg ni umi nak update citer terbaru kitorang la. Ari Sabtu kemarin 26 Oct 2013 berlangsung Hari Perpaduan KRT kawasan perumahan kitorang ni. Alhamdulillah perancangan rapi dan usaha AJK KRT kat sini..maka hari tu berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah
Hasil daripada Hari Perpaduan ni jugak la..kitorang dapat berkenalan dan beramah mesra dengan jiran-jiran. Biasa la kat bandar sekarang ni, ikatan persaudaraan..silaturrahim antara jiran2 semakin menjauh..masing2 dengan cara hidup sendiri, ada yg tak nak bergaul sesama sendiri..jadi, dgn adanya Hari Perpaduan ni akan dapat mengeratkan lg silaturrahim antara sesama jiran. InsyaAllah.
Hari Perpaduan ni berlangsung seawal pagi lagi..dengan pelbagai aktiviti. Antaranya senamrobik, pertandingan mewarna utk kanak-kanak dan sukaneka utk ibubapa. Pastu blk umah masing2..rest dan sebagainya. Malam pulak berlangsung bacaan Yasin, acara penyampaian hadiah dan last sekali makan2. Nyum nyum..dpt makan kambing bakar 2 ekor, nasi beriani dan lain2. Ada gak jiran yg sporting menyumbangkan suara menyanyikan lagu.
Kesimpulannya, kitorang sgt berpuas ati dpt join majlis ni. Harap dapat lagi berkumpul camni pd masa akan datang. InsyaAllah.. Amin.
|
Acara senamrobik |
|
Umi amek bahagian acara boling padang..tak jatuh pin langsung pun.hehe |
|
|
|
Acara boling padang lelaki. |
|
|
|
Acara berpasangan suami isteri - baling sambut belon |
|
Suasana pada waktu malam. Bacaan Yasin. |
|
Dinner |
beshnye dapat eratkan lagi silaturrahim
ReplyDeleteYa..betul tu yati.
ReplyDelete