Kembar

Assalamualaikum

Nak cerita apa psl bdk kembar 2 badik ni ek.. Masuk gambar lama dah tp tak tau nak update apa..huhu. Gambar banyak lagi ni..dah nama pun baby kecik..bongsu pulak..memang gambar depa je la asyik snap ye.hihi.. Sabar je lahh. Kita add caption kat gambar je la..

Lena terbungkang kat toto letak kat hall..
Mm..kalo tido camni memang sekejap je la..kalo nak bg lena lama kena tiarap kat blk nun.
Adik Hasif
Abg Hadif
Jom ikut kami pegi jemput abg kakak balik sekolah. Kalo umi jemput abg kakak, kitorang kena la duduk car seat masing2. Kalo kuar jalan ramai2..salah sorang je dok kat seat..sorang lg umi pegang.
Tak pakai baju pulak. Kiri Hadif, kanan Hasif. Kulit Hadif gatal ekzema..sian dia 
Ni cara2 minum susu..selit kain je tak nak pegang botol.
Dah namanya kembar..baju semuaaa sama.hehe..

Pakndak pindah rumah Sg Merab

Assalamualaikum..

Hari Tahun Baru aritu, kami sekeluarga jalan2 tgk umah Pakndak Man dan Makndak Tikah. Diorang baru je pindah masuk umah tu sehari dua camtu. Sebelum ni diorang dok kat Jasin, Melaka..umah family Makndak..ulang alik jauh la si Pakndak nak mai keje kat KL ni..so dia pun minta makndak apply ngajar sekolah kat Putrajaya. Seminggu je apply terus dapat. Agaknya memang banyak kekosongan kat Putrajaya kot.

Maka, berpindahlah diorang berdua ke Sungai Merab..berjiran ngan Putrajaya ni. Nak cari umah Putrajaya mau riban2..nak tunggu kuarters pulak, tah zaman tok kadok bila baru nak dpt la kann.. Masa kitorang dapat dulu tak ramai lagi orang apply kuarters kot..tak tunggu bertahun2 sgt la utk dpt kuarters..teres pulak tu kan.

Sebelum pindah, diorang ada duduk umah kitorang dulu seminggu sebab makndak dah kena ke sekolah sebelum start sesi persekolahan tu. Makndak dpt mengajar di SKPP9(1). Sebelum tu depa berkampung kat umah Paknjang Najib seminggu jugak. Take note, pakndak penah duduk ngan kitorang sebelum kawen tu bertahun jugak..daripada sebelum Najla lahir lagi. Dlm 3 tahun rasanya.

Kitorang p Bangi dulu..setelkan pasal sewa PA System ofis abah tu, balik baru singgah umah depa. Ada la menapau makanan sket, dah nak Maghrib memamg takde lagi la kuih muih kan. Abah beli nasi lemak utk budak2, char kuey tiow utk dewasa. Tak tau pulak umah baru pakndak takda sudu garpu segala. Pinggan pum buka kotak hadiah kawen je..hihi..

So, berjemaah la makan guna tangan..wakakak. Depa ada beli kuih muih sket utk bdk2 ni. Dah makan, dah solat Maghrib..lepak sat baru lah kitorang blk umah. Tgk umah pakndak kosong, so tanya diorang nak sofa tak..kitorang punya ada kat bilik atas tak guna..diorang kata ok. So tak bape ari pastu..diorang datang..abah antar ke sana guna Exora la. Dapat gak duduk2 lepak, tak yah beli kann..

Bila pulak nak jalan umah depa, tunggu semua family Kulim dtg, kita kumpul sana lg la.. Masa tu dah banyak barang keperluan dah rasanya.

Awat umi serupa giant je nampak.haha. Cam muzium 3D la pulak tgk abah kecik kat sudut tu..padahal dok sebelah je..wakakak
Pakat duduk bersila lantai la ye..pasangan baru berkahwin masuk umah baru memang cenggini la. Umi abah dulu pun penah merasa camni..pastu rezeki ada je yg bagi sumbangan barang2 umah..selain dibeli. Alhamdulillah.

Selamat datang ke dunia..baby boy Cik Leen

Assalamualaikum..

Alhamdulillah member baik umi, Cik Leen dah selamat melahirkan anak ke 5 dia..pada 29 Disember 2016 yg lalu..ujung2 tahun la. Memang pun dia berharap dapat baby sebaya dengan twinny umi..Allah dah tunaikan walaupun agak berlainan sket proses bersalin kali ni.hehe.

Ikut due sebenar..tgh bulan Januari..12hb tp nampaknya impian sebaya tertunai. Bersalin secara paksa..masuk ubat lah utk buka laluan.. Baby belum nak keluar lagi ikutkan..walaupun dah berhari terbuka 3cm tp dah prosedur hospital lain2, kena la bersalin awal..sangat sakit pulak tu katanya kali ni. Sebenarnya tu semua dah ditentukan Allah..asbab je tu kan.. Sememangnya di Luh Mahfuz lagi dah ditentukan tarikh kelahiran dan kematian seseorang.

Alhamdulillah, masih sama lagi anak ke 5 kami baby boy..cumanya umi dpt 2 orang anak lelaki serentak..twin. Cik Leen dpt sorang je la. Memang banyak persamaan Allah tetapkan utk kami..daripada belajar course yg sama di UPM dulu sampai la berkahwin..dapat anak selang bunga. Umi masih ingat masa nak dpt anak ke 3 kat Afiq, bila dpt tau umi prgnt terus Cik Leen nak join.haha. Walaupun anak ke 2 dia kecik lg..memang Allah mudahkan dia utk pregnant, sekali mencuba terus menjadi..rezeki subur.hehe. Memang sebaya anak yg ke 3, Afiq dan Danish.

Mai anak ke 4, umi cakap plan nak lg..tup2 dia pun nak jugak.haha.. Cik Leen..Cik Leen. Rezeki Allah bg kat dia senang pregnant walaupun sekali mencuba. Umi yg asalnya plan sampai sudah tak lekat. Bila dah lekat, keguguran pulak. Sampai la Cik leen bersalin anak ke 4..si Aisy, barulah umi pregnant semula..dapatlah si Najla. Anak perempuan sama tp lain tahun. Dia operate kali pertama sebab uri bawah jd nak stop dulu la pregnant.. Umi pulak, yg sulung operate, yg bawah2 Alhamdulillah Allah bg normal..dapat la beranak ramai kan.hihi..sampai la kat twinny akhirnya kena operate jugak.

Mai anak ke 5 umi dan abah memang plan jugak..tak cerita la kat Cik Leen kali ni..dia pun ckp nak stop dulu..nak bg si Aisy besar. Sampai la umi dh pregnant 3 bln, br umi umumkan pada semua termasuk dia. Sekaliii Cik Leen pun nak jugakk.. Cancel lagi stop dulu tu.haha. Cam biasa Allah tunaikan hasrat dia tu dgn sekali cuba je..terus pregnant. Walaupun due awal tahun..baru buka sekolah..dia tak kisah, mana tau bersalin awal..tahun sama, sebaya. Kitorang dok berkongsi perihal kandungan masing2 la..sampai umi dah bersalin bulan September tu..

Akhirnya ujung tahun..bulan Disember, Cik Leen selamat melahirkan anaknya yg ke 5, baby Daniyal. Sebaya lah anak ke 3 dan ke 5 kami. Jom cerita sket pasal kelahiran anak2 kami..a

Umi
Luqman 2006, Jannah 2008, Afiq 2011, Najla 2014, Hadif Hasif 2016

Cik Leen
Darwisy 2007, Delisha 2009, Danish 2011, Aisy 2013, Daniyal 2016

Kami berkahwin tahun yg sama 2015, beza jarak seminggu sahaja..dia awal semingu. Cik Leen nikah gantung sebab suaminya kursus di Pulapol. Umi yg bercinta, bertunang bagai..bertahun, tp Cik Leen yg baru berkenalan dgn suami nikah dulu.hihi. Jodoh pertemuan ketentuan Allah.

Tp umi abah dikurniakan anak dulu..Cik Leen tahun berikutnya. Persamaan lain, umi kawen dgn abah yg usia muda setahun daripada umi..mcm tu jugak Cik Leen..kebetulan yg sgt cantik.hehe. Mm..umi abah dah tutup kilang..cukup dah 6 orang anak..tp Cik Leen katanya nak tambah sorang lg bg cukup 6 anak juga. Semoga Allah permudahkan. Amin..

Semoga ikatan persahabatan kami yg dah macam saudara ni kekal sehingga ke akhir hayat kami..InsyaAllah. Amin.

Haii baby Daniyal. Nanti awak boleh sekolah sama dgn Hadif Hasif ye.. Anak2 Cik Leen lahir semua besar2..3kg ke atas semuanya. Yg sampai 4kg pun ada. Umi pulak semua kecik2..tak sampai pun 3kg.hehe.. Baby Danial ni berat lahir 38 minggu tu 3.49kg..dah sedebuk keluarnya. Baby2 umi dah keluar la nak bina badan pun.haha..

Jom kembali ke sekolah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..tahun 2017 datang dgn bergayanya..tahun 2016 melabuhkan tirai meninggalkan pelbagai kenangan suka duka kehidupan.

Dengan kehadiran tahun baru, maka bermulalah sesi persekolahan baru anak2 umi..Luqman, Jannah dan Afiq..kembali ke sekolah. Alhamdulillah tahun ni diorang bertiga bersekolah sama2..Afiq dah masuk Prasekolah 6 tahun, sama cam abg kakak dia dulu. Bezanya Afiq dpt kelas Mutiara Hati dgn Cikgu Shazelin atau Cikgu Lin. Luqman Jannah dulu kelas Delima Hati di bawah Cikgu Aisha.

Adik Najla yg belum sekolah lagi..baru masuk 3 tahun, tahun ni. Dia dah takde kawan pagi2 sebab baby2 kecik lagi..tingin nak sekolah jugak dia pun. Takpe, InsyaAllah tahun depan kita anta Najla sekolah ye..bagi sekolah awal cam abg Afiq juga. Tahun ni teman umi dgn adik twin dulu.

Bersusun baju2 sekolah diorang..memang kalo boleh umi nak baju diorang ada utk setiap hari..tp takde la semuanya..kena bajet2 la jugak. Baju nak banyak kena la beli yg murah2 je. Budak pakai pun sekejap je lunyai..tak perlu mahal pun. Tp rezeki diorang tahun ni dapat gak pakai baju mahai cam Canggih n Kiko, Atok awal2 lagi dah bawa diorang beli baju sekolah. So, abah tambah lg la pastu. Jimat banyak dah. Alhamdulillah..
Nametag depa umi order kat sorang sis ni..tp tak pasti dia buat ke tak..sebab senyap je. 3 keping RM5. Umi malas nak tanya dia buat ke tak..dah nak buka sekolah senyap lagi..so umi setelkan baju diorang guna nametag yg lama..elok je pun. Sekaliii..pas seminggu sekolah, sis tu call nametag dah siap..hahaha. Takpe la, kita simpan tahun dpn pulak ye.. Rasanya still sekolah situ walaupun dah pindah umah sebab Luqman nak amek UPSR.
Afiq waktu balik..hari pertama sekolah. Umi jemput usung Kak Najla dengan twinny Hadif Hasif tolak stroller twin tu kemain jauh..dan jadi perhatian semua orang lahhh.. Memang tak sanggup la nak jemput tiap hari camni..so nak jumpa cikgu minta umi tak yah jemput sampai pagar pra.
2 badik Afiq dan Najla yg comei
3 badik Najla dan Hadif Hasif yg super comeiii..
Eh..ni gaya apa pulak kak La..hihi
Ha..kakak dah keluar. Yg bestnya dapat tau Jannah balik sekolah pukul 12.35. Jadi, mudah la keje umi tak perlu jemput Afiq sampai pagar Pra. Kakak Jannah je jemput nanti..pastu umi jemput diorang tak perlu turun dari kete.. Alhamdulillah, syukur Ya Allah..
2 badik
2 badik twin dok dlm car seat masing2. Alhamdulillah diorang sgt behave dok dlm kete. Mudah la umi jemput anak balik sekolah.
Adik Hasif
Abang Hadif
Kak Jannah dgn baju PJ barunya..tangan panjang.
Afiq pada hari pertama kelas. Abah je hantar. Abah cakap sgt aman kat Pra..langsung takde mak pak tunggu..dan langsung takde budak nangis. Bagus sgt..tiga kelas pulak kan..ramai la banding sekolah lain.
Kelas Jannah ada parent send gambar. Tahun ni nama kelas diorang bertukar. Kalau sebelum ni nama tokoh2..tp tahun ni ke nama bahan mineral ke hapa..dahsyat2 nama nak sebut pun tergeliat lidah.haha. Umi sebut nama kelas Jannah, Fansuri bertukar ke Jasper. Kelas Luqman, Kajai bertukar ke Emerald.

Ni masa daftar Prasekolah Afiq 28 Disember 2016. Umi je datang ngan Afiq. Abah jaga anak2 lain termasuk baby kat umah.hehe. Kali ni je abah berani jaga baby sebab baby susu formula. Cuba cam sebelum ni, semua BF umi, bertuah abah berani.hahaha.
Haii..saya dah sekolah Pra sama sekolah dgn abg kakak.
Ok, ni minggu ke 2 sekolah. Akhirnya baru dapat snap gambar diorang berbaju sekolah. Afiq pun dah dpt uniform Pra dia dah masa minggu pertama sekolah. Ni lah dia 3 orang anak2 umi abah bersekolah di sekolah yg sama.
Abah pun nak join sekali..hihi. Abah anta diorang pegi sekolah..pastu terus ke ofis abah.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform