Selamat datang ke dunia..baby boy Cik Leen

Assalamualaikum..

Alhamdulillah member baik umi, Cik Leen dah selamat melahirkan anak ke 5 dia..pada 29 Disember 2016 yg lalu..ujung2 tahun la. Memang pun dia berharap dapat baby sebaya dengan twinny umi..Allah dah tunaikan walaupun agak berlainan sket proses bersalin kali ni.hehe.

Ikut due sebenar..tgh bulan Januari..12hb tp nampaknya impian sebaya tertunai. Bersalin secara paksa..masuk ubat lah utk buka laluan.. Baby belum nak keluar lagi ikutkan..walaupun dah berhari terbuka 3cm tp dah prosedur hospital lain2, kena la bersalin awal..sangat sakit pulak tu katanya kali ni. Sebenarnya tu semua dah ditentukan Allah..asbab je tu kan.. Sememangnya di Luh Mahfuz lagi dah ditentukan tarikh kelahiran dan kematian seseorang.

Alhamdulillah, masih sama lagi anak ke 5 kami baby boy..cumanya umi dpt 2 orang anak lelaki serentak..twin. Cik Leen dpt sorang je la. Memang banyak persamaan Allah tetapkan utk kami..daripada belajar course yg sama di UPM dulu sampai la berkahwin..dapat anak selang bunga. Umi masih ingat masa nak dpt anak ke 3 kat Afiq, bila dpt tau umi prgnt terus Cik Leen nak join.haha. Walaupun anak ke 2 dia kecik lg..memang Allah mudahkan dia utk pregnant, sekali mencuba terus menjadi..rezeki subur.hehe. Memang sebaya anak yg ke 3, Afiq dan Danish.

Mai anak ke 4, umi cakap plan nak lg..tup2 dia pun nak jugak.haha.. Cik Leen..Cik Leen. Rezeki Allah bg kat dia senang pregnant walaupun sekali mencuba. Umi yg asalnya plan sampai sudah tak lekat. Bila dah lekat, keguguran pulak. Sampai la Cik leen bersalin anak ke 4..si Aisy, barulah umi pregnant semula..dapatlah si Najla. Anak perempuan sama tp lain tahun. Dia operate kali pertama sebab uri bawah jd nak stop dulu la pregnant.. Umi pulak, yg sulung operate, yg bawah2 Alhamdulillah Allah bg normal..dapat la beranak ramai kan.hihi..sampai la kat twinny akhirnya kena operate jugak.

Mai anak ke 5 umi dan abah memang plan jugak..tak cerita la kat Cik Leen kali ni..dia pun ckp nak stop dulu..nak bg si Aisy besar. Sampai la umi dh pregnant 3 bln, br umi umumkan pada semua termasuk dia. Sekaliii Cik Leen pun nak jugakk.. Cancel lagi stop dulu tu.haha. Cam biasa Allah tunaikan hasrat dia tu dgn sekali cuba je..terus pregnant. Walaupun due awal tahun..baru buka sekolah..dia tak kisah, mana tau bersalin awal..tahun sama, sebaya. Kitorang dok berkongsi perihal kandungan masing2 la..sampai umi dah bersalin bulan September tu..

Akhirnya ujung tahun..bulan Disember, Cik Leen selamat melahirkan anaknya yg ke 5, baby Daniyal. Sebaya lah anak ke 3 dan ke 5 kami. Jom cerita sket pasal kelahiran anak2 kami..a

Umi
Luqman 2006, Jannah 2008, Afiq 2011, Najla 2014, Hadif Hasif 2016

Cik Leen
Darwisy 2007, Delisha 2009, Danish 2011, Aisy 2013, Daniyal 2016

Kami berkahwin tahun yg sama 2015, beza jarak seminggu sahaja..dia awal semingu. Cik Leen nikah gantung sebab suaminya kursus di Pulapol. Umi yg bercinta, bertunang bagai..bertahun, tp Cik Leen yg baru berkenalan dgn suami nikah dulu.hihi. Jodoh pertemuan ketentuan Allah.

Tp umi abah dikurniakan anak dulu..Cik Leen tahun berikutnya. Persamaan lain, umi kawen dgn abah yg usia muda setahun daripada umi..mcm tu jugak Cik Leen..kebetulan yg sgt cantik.hehe. Mm..umi abah dah tutup kilang..cukup dah 6 orang anak..tp Cik Leen katanya nak tambah sorang lg bg cukup 6 anak juga. Semoga Allah permudahkan. Amin..

Semoga ikatan persahabatan kami yg dah macam saudara ni kekal sehingga ke akhir hayat kami..InsyaAllah. Amin.

Haii baby Daniyal. Nanti awak boleh sekolah sama dgn Hadif Hasif ye.. Anak2 Cik Leen lahir semua besar2..3kg ke atas semuanya. Yg sampai 4kg pun ada. Umi pulak semua kecik2..tak sampai pun 3kg.hehe.. Baby Danial ni berat lahir 38 minggu tu 3.49kg..dah sedebuk keluarnya. Baby2 umi dah keluar la nak bina badan pun.haha..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform