Kem Motivasi Masjid Sg Merab

Assalamualaikum..

Poster kem
Sesi bersama tahfiz muda Aqil
Cari Luqman
Cari Jannah
Sesi pengurusan jenazah. Ilmu baru bg diorang ni..
Cari Luqman..bersama tahfiz muda Aqil
Cari Luqman
Sesi bersama imam muda Fakhrul. Main guna belon..hepi riuh rendah bebudak.
IM Fakhrul siap diri atas kusi..
Cari Luqman
Cari Jannah
Cari Luqman
Acara penyampaian sijil bersama ibubapa..
Gambar terbaru kami sekeluarga 8 beranak..

Alhamdulillah..dapat jugak Luqman Jannah join kem kedua dlm cuti sekolah ni. Aritu kat kampung, kali ni dekat ngan umah kitorang pulak. Abah ada nampak poster kem, pastu terus daftar budak2 la.

Sama macam di kampung, kem ni berlangsung sehari je..tp masa yg lebih panjang dari 8pg sehingga 11 malam..dgn yuran RM50 seorang sahaja. Budak2 mmg hepi nak join kem lagi. Dpt ilmu baru, dpt kawan baru..mudah2an InsyaAllah.

Pagi tu abah hantar bebudak daftar. Pastu kitorang tak jenguk siang tu. Malam lepas Isyak barulah kitorang ke sana..ada sesi bersama ibubapa jugak.

Petang tu umi abah dan Afiq Najla n twinny jalan2 ke Metro Kajang cari baju seluar keje abah..rasmi stroller twin baru.

Malam kelam kabut blk umah solat, tuko baju, prepare susu baby..keluar tapau roti john utk potluck di masjid. Mujur sesi bersama ibubapa dlm dewan sejuk econ..takde la rasa melengas ke kan. Nasi pun tak sempat makan siang tu..kat masjid makan apa yg ada je..dh lewat dtg kan..

Masa sesi ibubapa..ada doa utk ibubapa..anak2 umi mmg jenis sensitif, nangis2 cari umi abah. Jannah terus lari ke abah..dia nampak abah dulu. Luqman berdiri tak dpt nak dtg kt umi yg dok dlm sket dukung baby..umi keluar dekat dia la. Aritu kat kampung abah dah cakap bebudak ni nangis pegi kat abah.hehe..

Majlis tamat selepas pukul 11.30mlm. Last acara penyampaian sijil bersama ibu bapa. Alhamdulillah selesai..

Twin stroller Hadif Hasif

Assalamualaikum..

Akhirnyaaa..setelah umur baby twin Hadif Hasif nak masuk 3 bulan, baru lah tercapai impian kitorang nak beli twin stroller utk diorang. Sebelum ni memang niat nak beli, tp dok survey harga dulu..pastu balik lepak kampung 2 minggu pulak..so tak yah beli dulu la.

Dah balik Putrajaya semula..jom beli terus la stroller utk diorang. Susah kuar berjalan sumbat dlm car seat pastu letak dlm troli..sorang lg sama ada dukung atau dok dlm single stroller.

Survey punya survey..akhirnya umi abah amek keputusan order online di Lazada je..sebab jauh beza harga banding kat luar..online sangattt murah. Kat luar mau RM500, 600 ke atas. Ribuan pun berlambak..

Kita ni nak guna sebab perlu je..sekadar nak mudahkan keluar berjalan..jadi, cari yg murah2 sudah la. Kitorang sepakat beli stroller jenis buggy..murah sket. Kat Lazada baru RM387..tgk kat Sogo 500 lebih kott.

Abah order online malam hari 19 Disember..tup2 esoknya 20hb, Gdex dah ketuk pintu hantar stroller.. Wahh..cepat gilerr. Hepinya..tak sabar nak bawa babies jalan2 guna twin stroller.

Yeayy..dah sampai stroller twin..cepat sungguh, baru je order semalamnya..
Kakak Najla yg comei hepi nak tgk stroller baby. Najla ada buggy jugak utk jln2 kan..nnt leh naik sama2 dgn babies.
Akhirnya berjaya jugak memiliki stroller twin..daripada My Dear. 
Camni la rupanya kami dlm stroller twin ni. Sedondon pulak dgn baju.hihi..
Abg2 kakak pun nak bergambar dgn stroller baru babies. Najla moody dok ngan abah..dia nak naik stroller sebenarnya tu.hihi. Nanti keluar jalan kita bawa buggy kak Najla ngan babies sekali la ye..

Balik Putrajaya semula..

Assalamualaikum..

Kitorang balik Putrajaya semula pada Jumaat 16 Disember..cukup 2 minggu kat kampung, ikut plan asal nak balik Putrajaya kalo Luqman pegi kem motivasi pd 18hb..tp tak jadi pegi kem pun kitorang tetap balik awal..tak jd nak sambung sampai Selasa.

Umi dah stress duduk lama2 tanpa abah dgn peel anak2..mcm2 la diorang..lepas sorang2. Dah nama budak, macam2 peel.. Tak larat umi nak hadap dah. Cukup la..jom balik dok umah kita pulak..huhu.

Baju Achik belikan utk twin. Kaler pink tp masa umi dpt baju ni, umi tak rasa cam baju gigirl pun..walaupun kaler pink.hehe.
Pakai sekejap je baju ni..si abg Hadif. Sampai kat Masjid Jawi..abah nak solat Jumaat dulu sebelum masuk highway..abg bantai yak bocor kemain banyak. Kena la tuko baju lainn..
Abg tuko baju putih dah.
Adik still pakai pinky.
Gerak dari Kulim dekat kul 1 tghari..sampai Putrajaya kul 8.30 mlm. Terus tuko cadar baru yg Achik belikan di Ipoh. Lena 2 badik twin.

Balik kampung..

Assalamualaikum..

Kitorang sekeluarga balik ke kampung di Kulim pada hari Jumaat 2 Disember 2016, tepat pada hari anniversary umi abah 11 tahun. Malam sebelum tu 1 Disember baru berlangsung majlis akikah twin Hadif Hasif.

Abah ajak terus balik sebab kata abah, minggu depannya seminggu direct dia berkursus, tak boleh nak ambil cuti. So kitorang pun ok la. Hari Khamis petang, Atok Nenek anta anak2 dari Keramat, diorang lepak sana dari hari Ahad lepas..malam time Maghrib terus kitorang reramai ke Masjid Besi utk majlis akikah si kembar.

Esoknya pek baju pung pang pung pang, akhirnya pukul 4 ptg barulah kitorang boleh bertolak. Tak singgah utk makan pun, cuma benti pegi toilet dan surau saja..kitorang sampai umah kampung dah pukul 10 lebih camtu tak silap.

Hari Sabtu esoknya, bagi Luqman Jannah dan 2 sepupu diorang..Alisa dan Aliya join kem motivasi di Masjid Keladi. Kat kampung umi tak dpt jalan mana pun..dah abah takde, tempat bergantung takde la jawabnya.

Kitorang dok sana cukup-cukup 2 minggu la. Macam2 peel bebudak tah la..jenuh umi. Cukup la 2 minggu tu. Yg join blk kmpg gak..kira berkumpul reramai kt kmpg tu, family Pakngah Nizam, Achik dan anak2, Alang Ti n anak2, Maklong Lina dan anak2..pastu Pakndak Man n Makndak Tikah. Yg takde cuma family Paknjang Najib ngan Maksu Yayah je la.

Tunggu InsyaAllah awal bulan 2 ni pulak..pakat berkumpul reramai..sepupu umi @ anak Toknjang sebelah umah Tokwan nak kawen.

Mula2 duduk 3 sekawan ni kat buai..tak bercakap pun masing2. Tp Aisha cakap sorang2 la..cam bercerita kat umi yg tgh dukung baby. Monyok je muka Najla..umi suruh senyum..pastuuu..

Ok, dah senyumm..br comei.hihi. Rania n Aisha ni sebaya, 3 thn. Najla 2 thn.
Kakak pulak mai join lepak buai.. 2 badik gigirl umi ni.
Aisha anak Maklong Aida @ Siah, sepupu umi. Aisha ni besday dia sama ngan umi 3 Mei..ramah budaknya, tak takut ngan orang pun.
Tgk tu sepupu2 main apa dari belakang umah Aisha tu. Afiq nak dtg ke buai la ni.
Tu sepupu sepapat kalo dpt berkumpul. Abg Danish tinggi besar dah ha..Tingkatan 1.
Twin Hadif Hasif dapat jumpa dgn sepupu diorang, Ain Safiya. Beza seminggu je umur diorang ni..16hb dan 23hb Sept. Ain dah tercabut sebelah stokin. Adik ke abg..dah lupa.haha..gagah perkasa angkat tgn 2 belah tu..hihi.
Alaa..cian, nangis dah lapar la ni ye. Achik snap gambar ni nak tunjuk kat Maksu Yayah baju ni Maksu yg belikan utk twin.
Achik baru sampai kampung malam td..pagi2 dah kerinduan nak gomoi baby. P kaco baby nak tido. Omeinyaaa...
Reramai ni pakat ikut Achik g pasar malam naik 1 kete..padat cam sardin.
Pantang amek gambar..pakat berebut nak join. Muka Hadif tak nampak.
Sesi perbualan antara Hadif dan Ain. Tah apa yg depa sembang tak tau la. Sampai muncung mulut bercakap.hihi. Hadif cakap, Ain jgn la nangis2 sgt, cian ibu awak letih.. Ain jawab, saya pun tak mau nangis camni tp tak tau kenapa asyik nangis je..saya lagiii letih tau..huhu. Hasif pulak cakap dlm hati..lantak hangpa la, aku nak minum susu..ngantuk, lapaq.
Senget pun senget la ye..tak tau nak tuko camna lagi. Pakndak Man yg snap gambar twinny masuk FB..comei katanya. Umi dah rotate pun tetap terbalik. Biar la..janji nampak si comei twinny kan.. Kalo ikut gambar tak terbalik, Hadif kiri, Hasif kanan.
Saya Hadif
Saya Hasif

Kat bawah antara kenangan kat kampung aritu. Videokan bukti Najla main. Dia masih tak berani nak bersosial ngan sepupu sepapat. Jadi, bila dia main tu wajib la snap buat kenangan.hehe.



Najla hepi main ngan Damia. Masa ni sepupu sepapat dah tak ramai..tu yg berani dan suka sgt.


Kenangan baby Ain melalak sakan..huhu. Jenuh laa.. Tok kena jaga dia aritu..mmg tak boleh buat kuih dan pegi kenduri la. Tak tau sampai bila agaknya peel menangis kuat ni akan berakhir.


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform