Bercuti di Hotel Bangi-Putrajaya

Assalamualaikum..

Aktiviti di bilik..tgk tv
Masa utk mandi kolam..dpt la 3x mandi
Najla lepas terlemas dalam kolam kanak2 yg cetek tu. Dok depan umi elok je leh terlemas..tak nak mandi dah. Sebelum tu kemain hepi.
Afiq nangis..dia dok sembang ngan abg kakak psl Boboiboy..dia sebut boboiboy daun kot..pastu budak laki dpn dia cakap kuat..haishhh mana ada boboiboy daun. Sibuk je nyampuk ye. Afiq dah senyap..tiba2 cebik terus nangis kuat..hahaha..manjanya anak laki umi ni. Kebetulan ptg last abah mai join teman..sebelum ni umi je melayan. Budak laki tu nak pujuk tanya kenapa nangis..terus Afiq kuar kolam.hahaha..

Awal bulan 4 aritu..abah ada event Kem. Pend. Tinggi buat kat UKM, Bangi..selama 3 hari. Diorang dapat bilik hotel kat Hotel Bangi-Putrajaya..abah share dengan bos dia..tp bos dia tak nak dok hotel pun..so, abah pun ajak la family dia ni lepak hotel 1 malam. Sepatutnya 3 malam tp memandangkan Jumaat malam abah bgtau pun dah lewat, bebudak dah lena..malas la nak bberangkut pek baju bagai..walaupun dekat je kan..tunggu je sok siang kita join. Pastu, Isnin pulak dah sekolah dan keje..so Ahad malam kitorang pun balik umah la..jadi la dapat tdo hotel semalam je. Bebudak dapat mandi kolam 3x mmg dah cukup hepi gilerr.. Kat bilik berkurung tgk tv Disney channel..sejuk econ..suka la depa kan.

Bukan senang nak bercuti kat hotel ni kan..sesekali ada peluang camni, jom la join..bebudak pun hepi. Sabtu petang lepas abah setel buat keje kat UKM, abah balik jemput kitorang..Luqman Jannah pun pagi Sabtu pegi tuisyen dulu.

Bebudak hepi..Ahad malam kitorang check out..masuk kete pakat lena keletihan bebudak..sampai umah sambung tido sampai esok pagi pegi sekolah.hehe..

Pakat demam - Down.

Assalamualaikum..

Bulan 3 aritu..lepas balik dari Melaka..balik lepak Keramat sekejap semalam.. Kat umah pastu tiba2 je umi rasa seram sejuk, tak sedap badan cam nak demam. Sekaliiii....memang demam daaa...panas badan tak ingat, kepala sakit tul..nyut2. Umi memang jenis susah nak demam2 ni..bila sekali kena, terus lembik. Alahai..kesian kat anak2 kot, umi yg diorang harap2kan buat itu ini dah down, terbaring..terutama si Najla, kawan baik umi 24 jam ni.

Mujur kena pun dah dekat weekend so, abah urus rumahtangga la weekend tu..umi tersadai je..nak buat apa memang tak sanggup. Telan panadol sakit kepala tak hilang, tp demam kebah..4 hari gak umi demam sampai kena amek darah tp syukur takde apa2.

Dalam umi demam tu, si Afiq jangkit pulak! Bahang panas badan.. Sudah.. Makan ubat apa ada dulu la. Isnin start je sekolah balik lepas cuti seminggu, Luqman pulak kena..huhu. 3 orang serentak la tak sihat ni weyhhh.. Syukur abah, Jannah dan Najla tak kena. Kalo tak, apa nak jadi pakat terkelepet sekeluarga. Luqman kalo demam, memang merap budak ni..walaupun dah nak masuk umur 10 tahun..geram gak umi abah. Dah la susah nak makan ubat..dia punya meraung tu dengar sampai England..kita tak sihat pun malas nak layan. Bila umi kuat sket baru la layan dia betul2. Selama ni kalo tak sihat je, semua umi jaga kan..sekali Allah bagi umi yg tak sihat..pandai2 la jawabnya.

Lepas demam, pakat dapat batuk selesema la 3 beranak. Tak lama pastu baru ok..Alhamdulillah. Umi memang down tul demam kali ni..sebab sakit kepala tu berpanjangan..mai malam selsema tak leh nafas..sampai menangis jugak la sehari tu. Jannah kata "Jannah tak penah tgk umi demam camni"..dah memang umi jarang demam, kakak oii.. Umi down dok pikir bukan2..risau ada sakit lain..nauzubillah..minta dijauhkan la Ya Allah. Nak recover balik tu makan masa gak la. Takde semangat nak keluar jemput hantar anak sekolah..memang abah terpaksa balik umah tengahari dan petang balik awal jemput Jannah. Luqman dan Afiq cuti seminggu..maknanya 2 minggu la diorang bercuti..sakan ye.

Alhamdulillah sekarang umi dah kembali sihat..semangat..kepala pun tak sakit dah. Pagi, tengahari petang keluar masuk umah tu dah biasa..

Video Luqman waktu tak sihat. Gambar tak snap la..dah umi pun tersadai..ni kenangan utk Luqman dah besar nanti. Tiap kali demam camni la peel Luqman. Malam sampai ke pagi keje bunyi je. Siang biasa lena terus takmo buat apa..makan pun tak lalu.

Bercuti sehari lagi di Melaka

Assalamualaikum..

Sepupu sepapat kalo berkumpul suka naik Exora reramai..ni geng2 pompuan pakat bergelimpang lena..
Luqman makan nasi ayam tp umi bagi gambar kek..tak lalu umi tgk ayam putih2 penuh pinggan dia.haha.. Sabar je la.. Benti singgah lunch kat RnR Dengkil ke apa..lupa la
Bila masa depa dok try motor besar orang ni umi pun tak tau..amek kat wasap family je.
Luqman Jannah ikut sepupu sepapat sambung jalan sogo dan KL. Umi abah Afiq dan Najla blk dulu..tak larat dah. Berpisah ngan Tok Tokwan semua kat Sogo la.
Tok Tokwan sebelum berpisah ngan kitorang kat Sogo. Depa nak balik Kulim dah.
Anak2 buah umi yg paling besar.. Abg Is ngan Abg Danish. Depa ni member kamceng la kalo sesekali berjumpa balik kampung. Cucu lelaki Tok Tokwan tak ramai..lepas depa berdua baru lah Luqman, Afiq dah Darwisy. Yg sulung anak Maklong Lina meninggal pada usia 3 tahun.

Lepas selesai majlis kenduri di Jasin, Melaka..kami semua adik badik anak2 Tok Tokwan gerak beramai2 ke umah kastam yg kitorang menginap semalam..nak tambah bercuti semalam lagi kat Melaka. Memang Achik dah booking utk 2 hari. Ha..yg tak join family Paknjang Najib sebab diorang ada gathering kat Penang..so diorang terus gerak ke Penang. Pakndak Man tinggal kat umah pengantin perempuan..dah dapat keluarga baru, kan.. Maksu Yayah lak..sempat lak lepak sekejap..lepas tu naik bas balik UTM Johor..esok ada kelas dah.

Kat Melaka ingat nak jalan2 malam tu..keluar la jugak tp tak laratnya la rasa. Makan2 pastu umi nak balik dulu la..bawa bebudak anak Maklong Lina ngan Alang Ti sekali. Tinggal la Pakngah Nizam dan Achik sambung jalan. Maklong Lina awal2 lagi dah bawa bali Tok Tokwan balik umah kastam. Tok dah tak larat sakit kepala segala..nak berjalan pun tak larat dah..dok lena dlm kereta. Sian Tok..

Esoknya tak tau nak jalan mana dah kat Melaka sebab masing2 dah penah pegi dulu..so plan balik Putrajaya je..tp nak singgah ke GM Klang dulu..pastu terus ziarah baby baru Toksu kat Shah Alam.

Sampai GM pun dah lewat..dah nak tutup rupanya..tak sempat nak jalan2 cuci mata. Tp memang dah cadang ngan abah nak survey kasut roda bebudak ni..dah sampai tempat murah kan. Dalam duit takde..korek2 punya korek cukup2 la duit..dapat la beli utk Luqman Jannah. Kedai pun dah tutup..yg geramnya dia main bg je saiz tak betul utk Luqman. Sama je saiz ngan Jannah. Redha je la..nak tuko bkn senang..jauh. Nanti pass kat Afiq je la kan..

Semua tido Putrajaya lagi 1 malam..esoknya jalan2 Sogo pulak sebab ada sale handbeg dan kasut. Abah mmg nak beli kasut keje..dah tak nampak rupa. Depa lain pun pakat nak beli. Abah hadiah kat Tok handbeg sebiji.. Alhamdulillah. Pastu berpisah. Pakngah Nizam je ada lagi kat umah kitorang sebelum balik kampung Perak. Lepas ni InsyaAllah berkumpul di Kulim kenduri sambut menantu bulan Mei nanti. Buat kenduri kawen serentak ngan anak Toknjang, Adib..meriah la..

Majlis Bersanding - Perkahwinan Pakndak Man dan Makndak Atikah

Assalamualaikum..

Gambar banyak..kita masuk je semua yg ada. Kenangan semua tu kan.. Ni pulak gambar waktu majlis persandingan tengahari tu.

Paknjang Najib terpaksa bidan terjun jadi pengapit sbb pengapit sepatutnya, Adib anak Toknjang belum sampai dari homestay..hehe..
Family Maklong Lina
Family Pakngah Nizam
Family Alang Tie..Paklang Pian tak dpt join.
Family kami
Family Paknjang Najib
Family Achik Azah
Maksu Yayah..satu2nya anak Tok Tokwan belum kawen..anak bongsu umi
Bersama anak2 buah..tak pasan Afiq ngan Najla dok diri elok sebelah umi..takda la depa kat situ
Anak menantu cucu lelaki bersama Tokwan
Amboihhh..ada posing2 pulak yee..
Geng anak menantu pompuan lak
Special sket gambar ni..dari phone abah..tetiba jadi 2 zaman. Zaman warna ngan zaman hitam putih..wakakakk



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform