Pernikahan Mohd Akmar Ahmad & Nor Atikah Rafar 12 Mac 2016

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..dengan sekali lafaz maka sah la adik umi, Pakndak Man menjadi suami Makndak Atikah.

Kat masjid riuh rendah dgn family kedua belah pihak dan rakan2. Anak2 Tok Tokwan semua ada..kecuali Paklang Pi'an tak join sebab ada hal lain..jd Alang bawa anak2 la. Alang yg baru prgnt letih jugak melayan si kecik Syazwani yg dah berumur 4 tahun..manja nak dapat adik.hehe. Anak2 buah Pakndak Man yg ramai dapat mak sedara baru..pakat dok kerumun pakndak je la depa. Sekarang tinggal Maksu Yayah sorang belum kawen..

Lepas majlis nikah, kitorang ke umah pengantin bersarapan..nnt tengahari nak dtg pulak utk majlis bersanding. Umi tak penah lagi join majlis nikah dan sanding pada hari yg sama..ni la 1st time.hehe. Yg lain pakat pakai baju sama je..tp umi bawa baju lain..nak tuko nnt. Jom masuk gambar majlis nikah pulak.

Bergambar kat bawah homestay sebelum bergerak ke masjid..amboi manjanya Makngah Lynn kat Toknjang..sampai terlentok2.hihi..
Sementara tunggu pihak pengantin pompuan sampai..ingatkan dah terlewat rupanya masjid pun sunyi sepi takde orang. Borak2 sedara mara dulu..time camni la nak sembang2 pun.
Pakndak Man bakal bergelar seorang suami..dia rilex je tak berdebar langsung katanya..
Alhamdulillah dah sah dgn sekali lafaz
Anak2 buah ikut pakndak solat sunat

Alhamdulillah..dah bergelar pasangan suami isteri..lama gak diorang berkawan
Mohon restu Tokwan Tok
Mohon restu mertua, ibubapa Makndak Atikah
Kenangan bersama ibubapa kedua belah pihak
Pasangan pengantin baru bersama Tok dan kesemua 8 orang anak Tok Tokwan. Masa ni Tokwan dah keluar masjid, dah tak larat kot..lama dah dlm masjid..kalo tak lagi lengkap Tokwan pun ada kan..
Family pengantin perempuan
Family pengantin lelaki..Afiq siap nguap tu..wakakak
Maknjang Azma bergambar dgn Pakndak Man

Video kenangan sewaktu majlis akad nikah.. Alhamdulillah berlangsung dgn sempurna dgn rahmat Allah swt.

Jom ke Melaka..Cuti sekolah Mac

Assalamualaikum..

Ni pada cuti sekolah bulan Mac aritu. Hari pertama cuti tu, Sabtu 12 Mac berlangsung Majlis Pernikahan dan Persandingan adik umi yg ke 3..anak ke 7 Tok Tokwan iaitu Pakndak Man yang tinggal ngan kitorang kat Putrajaya ni..dengan isterinya Makndak Atikah Rafar..majlis berlangsung di Jasin Melaka, kampung makndak.

Tok Tokwan, Alang Ti dan anak2, Achik Azah dan anak2..dah dtg berkampung kat Putrajaya dari Khamis petang dan malam lg. Tak lupa juga Maksu Yayah dari UTM Skudai dan keluarga Pakngah Nizam dari Terengganu. Meriah sekejap umah kitorang. Abah pun dah amek cuti Jumaat..cuma budak2 tak leh cuti sebab ada exam.

Jumaat tghari sume ahli keluarga dah konvoi gerak ke Melaka, kitorang sekeluarga gerak malam la sbb tunggu budak2 abis sekolah dulu. Paknjang Najib pun sama, anak ada exam jugak.

Kat Jasin, makndak booking homestay 2 bijik dekat ngan umah kenduri..utk family kitorang ngan sedara yg dtg. Pastu Achik lak booking 1 unit 5 bilik umah kastam kat Ayer Keroh, agak jauh sket la dari umah kenduri. So kitorang plan lepak umah kastam je la dgn family Maklong Lina dari Kedah dan juga Achik dan anak2. Yang lain sume kumpul kat homestay je.

Kitorang gerak dari Putrajaya kul 9 malam, sampai sana kul 11 malam..selesa la umah kastam sebab umah besar ada 5 bilik cuma panas lepak bilik tak tahan. Kat hall je ada econ sejuk beku sapa lena kat situ.hehe.

Esok pagi2 kitorang yg dok jauh dari umah kastam ni kuar awal pagi sbb katanya majlis mula awal..tp hampeh..sampai homestay pakat tak mandi bersiap lagi.huhu. Tp sempat la umi jahit sequin kat baju baru umi..baru sampai semalam yg dipos oleh Cik Nal dari Jitra..dpt la melaram baju baru.hehe..

Pagi kitorang berkumpul di masjid dulu utk Majlis Pernikahan..tu pun lambat gak majlisnya walaupun mula2 cakap kena awal. Ok, kita masuk gambar umah kastam dulu la. Homestay dah kitorang tak duduk tak yah la masuk gambar.hehe. Homestay sebijik lagi..Toknjang, Tokcik dan anak2 yg duduk..katanya panas sgt sebab takde econ..kesian la. Gambar lain2 kita update kemudian..banyak sgt..kena asing2 entry.

Depa singgah berkelah kat RnR on the way ke Melaka. Syok gak konvoi reramai ni.

Ruang makan yg luas..5 bilik dan 2 bilik air. Ada stor simpan bantal tilam. Ada mesin basuh dan dryer..sempat la umi basuh dry baju 2x..lega bawa balik baju bersih kan..
Dapur takde tempat utk masak..lebih kepada cuci2 pinggan mangkuk dan basuh baju.
Toilet ke 2..kitorang masuk umah terus amek bilik sebelah toilet..senang nak mandi, buang hajat.hehe.. Toilet 1 dlm bilik master..bilik utk Tok Tokwan duduk nnt lepas abis kenduri.
Pandangan keluar dari bilik kitorang.
2 bilik
Bilik utama



Kayuh basikal ngan sepupu.

Assalamualaikum..

Kebanyakan citer yg baru nak update ni berlaku bulan 3 camtu la..tah2 ada yg bulan 2. Sape suruh lama sgt tak update kan.hehe..

Masa ni abah outstation sehari kat Sabah. Hari nak balik tu, kitorang dok tunggu abah bgtau pukul berapa nak jemput kat Putrajaya Central..abah naik ERL dari KLIA. Tup2 maknjang Azma cakap ada kat luar umah saja nak bagi bebudak main sama.

So, alang2 abah pun lambat lagi..delay ke apa tah..lepas maghrib baru sampai. Main la beskal bebudak ni kat luar umah. Hepi sesekali main ngan sepupu2 diorang..Qistina, Erin dan Sofea. Main2 sekejap sebelum maghrib, diorang pun balik. Sebenarnya diorang dok lepak kat umah adik Maknjang Azma kat Kg Abu Bakar Baginda tu..dekat je kan..



Umiii..update cepat!! (Makan2 di Shah Alam)

Assalamualaikum..

Lama dah tak update ni. Rajin..rajin. Dah masuk bulan 3 dah pun. Budak2 pun dah nak cuti sekolah seminggu dah ni. Minggu akhir sebelum cuti, diorang sibuk exam..minggu sebelum tu sekolah sibuk buat sukan sekolah. Takmo jadi cam tahun lepas agaknya, ujung tahun baru terkejar2 nak buat sukan, itu pun perbarisan hapa segala takde pun, lebih kepada sukaneka je.

P/S : Cerita kat atas umi taip pada 11 Mac tp tak sambung update, akhirnya 16 April baru umi buka blog nak update semula.huhu. Mujur la gambar2 semua ada lg dlm phone..slow2 umi update pasni ye.

Bila tak tau..tak ingat dah. Kitorang g Shah Alam makan2 ngan family Keramat. Jumpa kat sana je..kitorang sampai dulu..sementara tunggu yg lain sampai, lepak dlm kete..sempat la Najla muntah kat baju umi.huhu.

Paksu Amad n Maksu Tira tak join sebab Maksu dah selamat bersalin anak ke 2, baby girl Sofia. Jadi atuk nenek bawa Fateh je la.


On the way balik singgah nursery jual pokok kat Sungai Buloh abah nak cari rumput karpet utk ofis diorang.


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform