Ni pada cuti sekolah bulan Mac aritu. Hari pertama cuti tu, Sabtu 12 Mac berlangsung Majlis Pernikahan dan Persandingan adik umi yg ke 3..anak ke 7 Tok Tokwan iaitu Pakndak Man yang tinggal ngan kitorang kat Putrajaya ni..dengan isterinya Makndak Atikah Rafar..majlis berlangsung di Jasin Melaka, kampung makndak.
Tok Tokwan, Alang Ti dan anak2, Achik Azah dan anak2..dah dtg berkampung kat Putrajaya dari Khamis petang dan malam lg. Tak lupa juga Maksu Yayah dari UTM Skudai dan keluarga Pakngah Nizam dari Terengganu. Meriah sekejap umah kitorang. Abah pun dah amek cuti Jumaat..cuma budak2 tak leh cuti sebab ada exam.
Jumaat tghari sume ahli keluarga dah konvoi gerak ke Melaka, kitorang sekeluarga gerak malam la sbb tunggu budak2 abis sekolah dulu. Paknjang Najib pun sama, anak ada exam jugak.
Kat Jasin, makndak booking homestay 2 bijik dekat ngan umah kenduri..utk family kitorang ngan sedara yg dtg. Pastu Achik lak booking 1 unit 5 bilik umah kastam kat Ayer Keroh, agak jauh sket la dari umah kenduri. So kitorang plan lepak umah kastam je la dgn family Maklong Lina dari Kedah dan juga Achik dan anak2. Yang lain sume kumpul kat homestay je.
Kitorang gerak dari Putrajaya kul 9 malam, sampai sana kul 11 malam..selesa la umah kastam sebab umah besar ada 5 bilik cuma panas lepak bilik tak tahan. Kat hall je ada econ sejuk beku sapa lena kat situ.hehe.
Esok pagi2 kitorang yg dok jauh dari umah kastam ni kuar awal pagi sbb katanya majlis mula awal..tp hampeh..sampai homestay pakat tak mandi bersiap lagi.huhu. Tp sempat la umi jahit sequin kat baju baru umi..baru sampai semalam yg dipos oleh Cik Nal dari Jitra..dpt la melaram baju baru.hehe..
Pagi kitorang berkumpul di masjid dulu utk Majlis Pernikahan..tu pun lambat gak majlisnya walaupun mula2 cakap kena awal. Ok, kita masuk gambar umah kastam dulu la. Homestay dah kitorang tak duduk tak yah la masuk gambar.hehe. Homestay sebijik lagi..Toknjang, Tokcik dan anak2 yg duduk..katanya panas sgt sebab takde econ..kesian la. Gambar lain2 kita update kemudian..banyak sgt..kena asing2 entry.
Depa singgah berkelah kat RnR on the way ke Melaka. Syok gak konvoi reramai ni. |
Ruang makan yg luas..5 bilik dan 2 bilik air. Ada stor simpan bantal tilam. Ada mesin basuh dan dryer..sempat la umi basuh dry baju 2x..lega bawa balik baju bersih kan.. |
Dapur takde tempat utk masak..lebih kepada cuci2 pinggan mangkuk dan basuh baju. |
Toilet ke 2..kitorang masuk umah terus amek bilik sebelah toilet..senang nak mandi, buang hajat.hehe.. Toilet 1 dlm bilik master..bilik utk Tok Tokwan duduk nnt lepas abis kenduri. |
Pandangan keluar dari bilik kitorang. |
2 bilik |
Bilik utama |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.