Lawatan Tadika Kemas Afiq

Assalamualaikum..

Hari Rabu 11 Nov 2015 semalam, Tadika Kemas Afiq ada buat lawatan. Ada citer gak pasal tempat tu..ikutkan nak tulis tajuk nama tempat terus tp ada citer lain, cancel la nama tempat tu.hehe. Kita citer kat bawah ni je la ye.

Disebabkan Afiq baru 4 tahun, dgn perawakan pendiam dia tu, umi pikir panjang gak la nak bg tak dia join lawatan ni. Nak lepaskan pegi sendiri mmg umi tak berani la. Kang cikgu tak pasan dia tertinggal ke..ishh..minta jauh la. So, sama ada tak bg pegi langsung atau bg pegi tp umi kena teman.

Umi jumpa Cikgu Liza tanya parent boleh teman budak tak. Kalo boleh berapa kena bayar.. Cikgu cakap boleh, kena bayar RM45. Afiq ngan kawan2 cuma bayar RM20 saja, yg lain sekolah tanggung. Ok la tu..murah kan. Pikir punya pikir, sian lak tak bg Afiq join..kawan2 semua pegi. So, jom la join. Umi bawa Najla teman abg Afiq nnt. Abah amek cuti nak uruskan Luqman Jannah sekolah.

Hari Lawatan Rabu. Isnin, Selasa sebelum tu cuti Deepavali. Pukul 8 abah dah antar kitorang ke sekolah..dah cikgu cakap kul 8 dah ada bas. Sekali kul 9 lebih kot baru bas dtg.huhu. Mujur abah jumpa kawan breakfast..sebelum tu abah ajak makan dulu tp umi takut lambat, tertinggal bas. Abah amek cuti nak servis Exora sekali tp tak dpt buat gak..sian. Kena tipu ngan Proton tu. Abah suruh umi up kat blog pasal tu. Nanti umi tanya semula. Kalo kat FB umi memang tak aktif sgt pun.

Eh, umi buat 3 entri la pasal lawatan Afiq ni..sebab gambar banyak gilos..so leh cite pjg sket la..kdg kan terciter bab lain gak.hehe.. Sebab nak pi lawatan Afiq la kena beli handphone baru gak cepat2. Nak contact abah, nak snap gambar kenangan..tu yg gambar byk tu kan..haha. Duit korek la mana ada..nak buat camne memang penting pun. Nak contact abah pun susah..dok guna PM FB je sepanjang seminggu lebih takde phone ni.

Ok, sebenarnya lawatan ni cikgu cakap nak ke Petrosains KLCC dan Kilang biskut Beryls, Serdang (tp ada cite pasal tempat tu ye..nnt entri lain umi bgtau). So..ok lah jom layann..

Tempat pertama kita ke kilang biskut Beryls. Umi dok ingat yg tepi jalan tu..rupanya tu kilang coklat Beryls..tak sama ye. Umi tau kawasan Serdang, Selangor ni sebab umi abah kan dah bertahun2 kat kawasan ni..17 tahun jugak la ikutkan..daripada belajar Matrikulasi UPM Serdang sampai la dok menginap kat Putrajaya.

Kat kilang biskut tunjuk la cara buat biskut ke apa..tp dari luar cermin je..pekerja kilang pun tak ramai. Masuk panggung tgk wayang buat biskut tiba2 bau taikkk..haha. Sape punya keje la ni..bau kat bebudak laki. Tanya sape pun tak ngaku. Bila kuar baru dpt tau sape punya keje. Aduhaii.. Cikgu Liza terpaksa la handle. Macam2 hal rombongan ngan budak tadika ni kan.haha.. Diorang tau hepi je tp bukan paham pun sebenarnya pasal tempat lawatan tu. Comei..comei.. Siapa yg penyabar dan sayang budak2 je boleh jadi cikgu tadika ye..

Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya sempat la umi beli biskut sket. Tak penah lagi beli biskut Beryls sebelum ni.

Lupa pulak nk bgtau..sebenarnya tadika upah sekumpulan persatuan atau pertubuhan budak2 kolej kot..macam fasilitator la. Diorang ni yg handle aturcara sepanjang lawatan. Cikgu2 cuma ikut sebagaimana umi mak2 ni dan budak2 tadika. Fasi ni semua lelaki dalam 6, 7 orang kalo tak silap.

Yg join lawatan ni ada 3 buah Tadika Kemas berdekatan (5 kelas)..jadi 3 buah bas la yg join. Tadika Afiq ada 6 orang mak/kakak yg temankan anak/adik..jadi kitorang join bas lain sebab bas 1 lagi dah penuh. Tu yg aktiviti semua kena join ngan tadika lain..budak2 berenam ni agak pasif sket la sbb bukan kawan sekolah diorang kan.

Ok, sepanjang lawatan ni, ada satu nyanyian ke nak sebut..nak sebut pantun pun bukan.hihi. Cara abg2 Fasi ni nak bagi budak2 jangan bising atau berbaris, berkumpul elok2. Budak2 kan..mmg kelam kabut sikit nak kawal, jadi kena ada cara bagi diorang ikut cakap orang dewasa. Jadi bila nampak kelam kabut, nak suruh berkumpul beratur elok2, diorang akan nyanyikan camni..

"Angkat tangan atas bahu kawan, lurus-lurus macam pembaris!"

Rangkap ni akan sentiasa kedengaran sepanjang lawatan ni..bila kena berkumpul beratur je, bebudak2 ni akan nyanyi beramai2 la sambil beratur dan senyap. Bagus kan?..hehe..

Bas dah sampai..jom berkumpul
6 mak-mak/kakak yg join teman anak/adik
Cinonitnya Afiq.hihi. Takpe, dia 4 tahun..yg lain tu 5 tahun. Kat kelas dia ada 3 orang je 4 tahun.
Beratur naik bas. Budak laki dulu. Sebelah Afiq tu nama Sufi, 4 tahun gak. Masa ni naik bas ngan kawan sama tadika dulu..padattt. Dekat Beryls nanti baru tuko bas.
Yeayyyy..kalo angkat tangan tu sebut yaeyy la tu.hihi.
Jauh snap gambar..kecik nau nampak. Mana satu Afiq, mana satu umi dan Najla..hehe..
Jari di mulut..diam
Yg ni comei sebab kena senyum tunjuk gigi..hihihi..

Najla baru terjaga dari tido.. Dia mmg bagus, tak kaco langsung sepanjang lawatan. 3x dia lena. Semua cakap baiknya dia ni, senang bawa ke mana2. Tido je keje..hehe.
Bagi Najla diri sebelah anak Cikgu Liza..sebaya ngan Najla, beza umur sebulan je. Najla diri keras je..haha..
Yeayyy!!
Ngan mak-mak lak..
Afiq ngan Faqeh, member 4 tahun juga.
Masa ni dah tuko bas. Tu 2 orang kakak yg teman adik. Lagi 4 orang mak yg teman.
Wefie 4 beranak sat..susah nak snap gambar 2 badik ni. Sat dia ni camtu, sat dia tu camni, kena pilih la mana elok.



Yeayyy..sukanya hati.. sedondon Ralph Lauren

Assalamualaikum..

Sukanya hati umi dapat tgk gambar ni... Gambar apa tu??

Ni ha..gambar sebelum g PD aritu..pakai baju Polo Ralph Lauren yg umi beli online sehelai RM13 gitu je tu..hihi. Sukonyo hati den.. Ada gak kenangan ituu..

Umi try minta kat BFF umi, Cik Leen kot dia simpan lagi gambar tu. Masa on the way nak ke PD tu umi send gambar kat dia. Kan kitorang ni tiap ari berwasap je dari siang sampai malam.haha.

Ingat kot dia delete, berat phone nak simpan gambar banyak2 kan. Sekali tanya, dia terus send.. Wahhh..syoknya..walaupun tak banyak gambar.

Ni lah dia kenangan sedondon Ralph Lauren..anak2 kesayangan umi.


Jom update semula.. I love Istanbul!

Assalamualaikum

Alhamdulillah umi dah boleh update blog ni selesa sket pasni..tak yah nak pinjam phone abah dan on laptop lg. Phone lama tak boleh guna, kita guna phone baru..hihi. Walaupun murah je takpe la..asalkan berguna.

Jadi, jom sambung update apa saja cite yg ada.

Umi skrg ni cam suka kalo 4 badik ni dpt pakai baju sedondon. Tak kisah la tak sama kaler asalkan brand sama pun ok. Macam tshirt Polo Ralph Lauren umi beli online dulu tu..mmg dah bg bebudak pakai 1st time masa nak ke PD aritu. Memang dah snap banyak gambar la kan..tp takde rezeki phone problem, abis la segala kenangan masa tu kan. Aper nak buat..

Baju tu nanti2 pula la pakai. Ni kita up diorang pakai sedondon hitam tshirt I Love Istanbul. Maklong Shikin la yg belikan masa bercuti di Turki aritu. Deepavali aritu cuti kan..so nak balik lepak Keramat sekejap..pergi balik hari je la.

Comei je bebudak ni pakai baju yg sama ni. Pengikut Erdogan katanya..

Lorr..adik tak pakai kasut lerr. Abah la ni snap gambar.hihi..
4 sekawan sedondon
Anak2 dara umi abah..

Sambungan gambar di PD aritu..

Assalamualaikum..

Ni nak buat sambungan daripada entri bercuti kat PD minggu lepas tu. Tak nak la edit masuk gambar kat entri tu..buat je entri baru walaupun gambar tak banyak. Dlm hati ni dok teringat je gambar2 dlm phone J7 umi yg tak leh nak on tu..hangus camtu je..

Gambar2 ni dgn muka tak malunya umi minta kat Cik Mas atau Yana iaitu wife Pakcik Sairul. Gambar sebelum ni lak daripada wife Pakcik Azanni dan phone abah. Masa kat PD lg umi dok bertukar2 gambar ngan Cik Yana ni (umi panggil Yana, tp dia bahasakan diri kat budak2 ni Cik Mas.hihi).

Masa malam sebelum kejadian terendam phone dalam air umi dah plan nak update blog masuk gambar semua terus, tp ngantuk sgt malam tu..terus lena camtu je..tak sangka terus tak dapat upload gambar..takde rezki.

Cer tgk gambar umi kat kolam dok peluk Najla takut air tu..camtu je duduk, tp camne la beg silangku boleh terendam dalam air. Benda nak jadi tul la kan..takpe la. Ada hikmahnya..mungkin. Jom layan gambar. Tima kasih pada Cik Ina, wife Pakcik Azanni dan Cik Mas Yana, wife Pakcik Sairul kerana sudi share gambar percutian di PD.

Makan malam reramai mlm check in PD tu. Ikan bakar apa tah..tak ingat umi apa nama kedai tu.
Satu2nya gambar kat Muzium Tentera..panas terik masa ni..ikutkan tak rajin nak berjalan pun..tp dah alang2 nak bawa bebudak, jom la jalan.
1st time Afiq boleh bawa diri mandi kolam sendiri..walaupun dia bergantung sepenuhnya ngan pelampung aeroplane dia ni. Cetek je air kolam ni..tp Afiq rasa selamat ngan pelampung, biarkan dia...hehe.. Boleh umi layan adik Najla takut air..
Suasana di kolam mandi kanak2. Hepi la depa 3 badik, ada kawan depa, Aina tu pandai berenang..sekolah ada buat kelas berenang tiap minggu..
Danish Saifullah anak Pakcik Sairul pun takut air gak tu..tp biarkan je dlm prlampung atas air, dia layankan sampai ngantuk nak lena, terus Cik Mas Yana bawa naik tidokan kat bilik.hehe. Bebudak lain sampai kul 11 dekat nak check out la baru naik bilik.
Tengoklah camna umi duduk kat tepi kolam sambil peluk Najla yg takut air..air cetek tp beg silang kain tak pasan dah terendam dlm air. Gambar ni dah lepas la kejadian tu..tu yg umi merenung jauh memikirkan apa lah nasib phone umi tu. Lepas kejadian terus pegi antar phone kat abah yg dok lepak kat kafe buat keje ngan director2.
Satu2nya gambar kat bilik hotel. Ngantuk sangat pakat terlena dah 3 badik Jannah, Afiq dan Najla ni. Luqman still layan Astro Junior..syok la diorang leh tgk kartun kat situ.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform