Budak2 teman Atuk Nenek tengok rumah contoh..

Assalamualaikum..

Ni cerita semalam..awal pulak update status ye. Dah bosan tak tau nak buat apa, nak gerak balik dari Keramat dah ni tp tunggu Jannah balik dengan Atuk Nenek ni. Diorang bawa die g beli kasut raya. Aritu nak belikan dah tp takde saiz pulak. So balik Keramat kali ni dia tuntut la.hehe.

Semalam Atuk Nenek nak pergi tgk rumah contoh kat Bandar Puteri, Bandar Seri Putera..diorang cadang nak beli umah baru, service apartment (Paksu Amat dah beli umah ni). Ajak la kitorang join sekali, tp jumpa di sana la. So, dah sampai sana..tgk umah contoh, model umah segala..dah dapat penerangan dari agen perumahan dan banker, bebudak ni lepak main kat satu tempat khas utk kanak2 main dan baca buku (mini library) la. Najla ni suka la die, dah dapat kaki..berjalan sana sini. Umi apa lagi, snap gambar la kan..kenangan gitu.





Budak comei..hihi

Assalamualaikum..

Oitttt!!.. Apa ni, dikk??
Hahahaa...

Awat rope itu muka adik oii..hhihi.. Dok tunggu umi masuk kete lambat sangat ye..

Kakak, Abg dan Adik yg setia menemani umi bertarawih..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..dah masuk separuh bulan kita berpuasa, tinggal lagi separuh bulan sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.huhu. Semoga kita masih lagi diberi kekuatan meneruskan amalam bertarawih di masjid. Biasa la, kalo dah masuk tengah2 Ramadhan, makin kurang orang yg datang.

Kitorang masih lagi ke Masjid Besi. Ada juga pergi sekali ke surau dekat umah, ada juga di surau Presint 16, sebab abah nak dengar tazkirah ustaz2 yg best (boleh pula ada ustaz best ye.hihi). Umi pun kadang pening juga dgr peel si abg sulung Luqman ni, main kuat sangat, kadang tu solat pun tak buat. Dah jumpa kawan abis lebur..berpeluh2 bila jumpa masa nak balik tu. Geram juga rasa. Kita bawa datang ke surau, masjid biar dekat sikit dengan masjid tu. Dianya baik, bagus..umi tau. Tp bila dah bermain mmg tak ingat dunia. Umi abah memang niat sangat dia tu bakal jadi hafiz..Amin. InsyaAllah memang plan nak hantar ke Pusat Tahfiz bila sekolah menengah nanti. Tp, nak sampai ke masa tu lambat lagi, macam2 peel dia sekarang ni buat umi, abah asyik bising je kat dia.

Aihh..umi meluahkan kat sini pulak ye. Kalo Luqman berpeluang membaca ayat3 umi ni, semoga Luqman tau umi, abah bising2 marah tu sebab nak Luqman jadi anak yg berguna, yg baik. Anak yg soleh. Luqman anak sulung, yang nak jaga adik2 bila umi, abah takde nnt. Umi, abah sayang sangat kat Luqman ni..

Tgk gambar umi snap sementara tunggu azan Isyak. Luqman memang tak muncul la lepas solat Maghrib, sanggup dia berbuka ngan kawan2 lagi. Sebab tu gambar dia memang takde. Adik Najla lak, sejak 'dapat kaki' ni memang berjalan je la kejenya. Dah tak minat merangkak lagi. Memang ikut kakak dia sket, cumanya adik gelap, kakak cerah.hihi. Jangan bergaduh ye dah besar nanti, kakak sayang sangat kat adik tu.

Nak cite pasal budak kecik ni gak. Kalau pergi masjid. surau terus berubah ye.. Kat umah melekat ngan umi, umi ilang sket, bangun g dapur ke..punya nangis nak ikut gak. Tp kalo kat masjid..hah, umi pun dia tak pandang (eh, tak la..pandang juga.hihi). Suka betul main ye..ke sana sini berjalan. Jenuh kakak mengejar adik dia. Sebab tu kakak tak dapat nak solat. Sian kakak. Hepi sungguh dia tau, memang beza sungguh banding masa kat umah. Tp nanti kalo mai time ngantuk nak tido, baru tau nak cari umi. Comei sungguh budak tencik ni la.hehe. Abg Afiq main gak ngan adik, tp tak pandai nak dukung atau jaga adik lagi. Nampak adik jauh sket, dia pun mai la report kat kakak suruh amek adik. Adik kesayangan dia la tu.









Jom mendobi..

Assalamualaikum..



Selama ni tak penah pun kitorang rajin nak cuci baju di kedai dobi..tp sekarang ni dah start berjinak2.hihi. Ada la ceritanya, sebab tu kena up story..gambar pun ada kann..

Dulu2 penah ke kedai dobi hantar toto je, penah gak sekali cuci kapet sebab nak masuk umah baru. Pastu takda dah. Kali ni kitorang ke dobi pun bukan mencuci sebenarnya, tp lebih kepada mengering atau dry baju. Tak payah nak menyidai dah. Baju basuh setiap hari berlambak2, sejak ahli keluarga bertambah ramai ni, tambah pula bulan puasa pergi tarawih, bertukar2 baju setiap hari. Balik umah, pakai baju tido pulak. Baju bertimbun dah serupa kedai dobi. Mujur mesin basuh umah besar, 13kg (tak yah cuci toto kat kedai dobi lagi).

Sebab dah tak rajin nak menyidai kalo stok baju berlambak sgt kat umah, so kita ke kedai dobi self service. Sekarang banyak kedai dobi camtu kan. Dulu, tingin nak buka kedai dobi gak..hihi..tp mana la nak ada modal kan. Takpe, kita sokong kawan je la. Kebetulan mama dan abah Qistina yg transitkan anak diorang kat umah kitorang ni, diorang baru buka kedai dobi layan diri kat Presint 15, so kitorang amek peluang keringkan baju kat situ la. Walaupun ada kedai dobi lain lagi kat Presint Diplomatik. Kat kedai dobi diorang ni selesa sket, boleh biarkan Afiq dan Najla melepak. Cer tgk gambar tu..hihi. Besar dan luas kedai dobi diorang. Tak boleh pakai kasut.

Sementara tunggu masa nak jemput Luqman Jannah balik KAFA, kita melepak keringkan baju dulu. Apa nama kedai dobi diorang ye..PutraClean kalo tak silap. Dah berkali juga la kitorang guna servis dobi diorang. Masa pembukaan kedai diorang tawarkan servis percuma seminggu, lagi la ramai org sampai ke tgh malam. Moga berttambahlah rezeki diorang sebab ada 5% dari keuntungan diorang salurkan ke badan kebajikan juga. Alhamdulillah.


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform