Gambar Raya Kulim 2014

Assalamualaikum..

Kitorang sekeluarga balik beraya ke Kampung Kulim, Kedah pada hari raya kedua. Kat kampung tak ramai adik badik berkumpul masa ari raya 1st sebab semua pakat beraya di umah mertua dulu. Jadi, tahun ni takde la gambar beraya reramai.huhu. Mudah2an tahun depan ada la rezki kitorang anak menantu cucu Hj Ahmad dah Hjh Halijah dapat bergambar kenangan lengkap. Tak terkira ramainya..dah cucu saja 19 orang, kan.hehe..

Masa hari raya ke empat tu, semua anak cucu menantu Tok Tokwan dapat berkumpul semua lengkap tapi dah masing2 berkumpul reramai, tak dapat gak nak bergambar beramai2..ada saja halangannya. Walau camnepun, haru biru gak la Tok Tokwan nak melayan karenah cucu yg ramai ni.hehe. Bila berkumpul camni la, meriah umah..nanti bila masing2 dah balik ke umah masing2, sunyi balik la Tok Tokwan.huhu.

Jom layan gambar yg ada..

Tok Tokwan
Maklong Lina n Pakngah Nizam
Ni kat umah Maklong Lina wat makan2 keluarga. Tak aci tul, diorang dok berselfie kat bawah. Umi n anak2 dok lepak kat bilik atas. Orang dalam pantang mai beraya gak la, kalo tak, tinggal sorang2 kat umah tak best la.
Meriah..malam raya ke 4 kalo tak silap. Semua anak menantu cucu Tok Tokwan ada..so wat makan2 sket la. Mula2 Tokwan nak wat BBQ tp ayam, satay semua abis..lambat oder mmg takde la. Masa malam raya 1st diorang dah wat BBQ tp masa tu kitorang n beberapa adik badik lain lum balik lg.

Tokwan rajin melayan cucu2 naik motor round keliling halaman umah yg cantik tu.hehe..
Ni raya ke bape tah..makan pagi lak. Umah dekat2 kan..kumpul makan reramai la.



Gambar Raya KL 2014

Assalamualaikum..

Walaupun dah basi..dah masuk hari ke bape raya tah la ni kan..tp masih belum terlambat kot umi masukkan entri pasal raya kitorang ni. Dah kata kenangan, mmg wajib la update, kan..

Ok, tahun ni ari pertama raya kitorang beraya di KL. Disebabkan umi masih dalam pantang ari ke 11 camtu, tak dapat la nak solat sunat raya Aidilfitri ngan abah. Tp pengalaman pertama utk Luqman dapat ikut solat raya tahun ni.

Bila diorang semua balik dari solat raya, aktiviti pertama diorang dok makan2 dulu. Umi tak setel lagi bersiap..anak ramai katakan.hehe. Lepas tu semua dah siap berbaju raya..kita bergambar kenangan ahli keluarga. Tahun ni cukup la semua ahli keluarga ada..lengkap. Bertambah cucu baru, bb girl kitorang ngan Makcik Anne, isteri Pakcik Latiff menjadikan ahli keluarga Keramat seramai 14 orang. Alhamdulillah.

Dah setel bergambar n bagi duit raya, jom kite gerak ke Kampung Baru umah Moyang Teh dan umah Nek Long. Selesai borak2, makan2..kite gerak ke Keramat AU3 lak..umah Nek Uda. Sampai sini je la umi n abah dapat join sebab kitorang nak bawa bb girl ke Hospital Ampang..nak amek darah check kuning jaundis. Lagipun, umi ni masih dalam pantang, tak yah la beria sangat berjalan raya sana sini, kan. Kalo kat kampung, hang dok kat umah aje la ye.hehe. Kat hospital tu ramai la gak bb check kuning..n semua mak2 pakai baju biasa je. Umi n bb girl je bergaya sakan pakai baju raya. Eh, dah kata raya..pakai la baju raya kan..hehe. Sok, pakai la baju pantang pun..kuikui..

Ok, jom layan gambar. Banyakk..

Beraya bersama ahli keluarga baru..6 beranak
Ngan Maklong Shikin
Keluarga Paksu Amat, Maksu Tira n Fateh
Lengkap 14 orang ahli Keluarga Keramat. Sebenarnya view umah Atuk Nenek ni yg terbaru sempena raya ni la. Dengan perabot sofa n meja makan baru. Dinding berwallpaper baru. Karpet pun baru. Cantik, kan??
Nak panjat tangga umah Nek Long. Kebetulan tiga2 umah yg kitorang g semuanya kena panjat tangga.
Pakcik Latiff n Makcik Anne
Luqman Jannah
Kat umah Moyang Teh
Kat luar umah Moyang Teh
Camne leh cantik gambar Luqman ni?
Kat umah Nek Long
Kat umah Moyang Teh..ada pun Nek Cu kat belakang tu, ye..
Comei pic ni..semua senyum cantik sangat. Leh anta peraduan senyum nih.hehe..



Aktiviti Ramadhan di Masjid Besi/MTMZA

Assalamualaikum..

Seperti tahun2 yang lepas, kitorang sekeluarga masih meneruskan tradisi berbuka puasa dan bersolat terawih di Masjid Besi.Cuma, tahun ni umi sarat mengandung..masuk je bulan Ramadhan memang umi menunggu hari untuk bersalin je la. Walaubagaimanapun, umi masih mampu berterawih berjemaah. Alhamdulillah.

Sampai la ke tarikh 19 Ramadhan bersamaan terawih malam ke 20, 10 malam terakhir...Allah swt. dah menetapkan umi melahirkan seorang bayi perempuan..cahayamata ke 4 kami sekeluarga. Alhamdulillah syukur padamu, Ya Allah.

Masjid Besi tahun ni masih mengekalkan imam terawih yg sama seperti tahun lepas iaitu imam dari Mesir, Imam Syeikh Dr Samy Abdul Rahman Al-Fakky. Dan lebih beruntung tahun ni, lepas je abis terawih yg ke 20 rakaat, ada tazkirah dari Imam Syeikh Ismail Musa Menk (lebih dikenali sebagai Mufti Menk)..Mufti Zimbabwe yg terkenal. Alhamdulillah..

Buka puasa kat lantai je..pastu nak bangun mmg jenuh gak ler umi.hehe
Ini buka puasa kat meja yg disediakan utk keluarga..kalo ada kosong lagi, boleh la duduk sini. Luqman ngan kawan2 die.
Jemaah wanita di tingkat 1. Umi tak mampu dok bawah dah tahun ni..ramai sangat..dah sarat ni kita dok tingkat atas je. Senang, ada tempat angkat wuduk dan ruang kosong yg banyak.
Tiba2 ada kipas gergasi kat bahagian perempuan. Memang panas sket kat Masjid Besi ni sebab hanya mengharapkan udara semula jadi berbanding Masjid Putra ada air cond.
Tazkirah oleh Mufti Menk
Jemaah lelaki
Jemaah wanita
2 badik yg setia menemani umi. Abg Luqman depa time nak balik nnt baru muncul la..dah ada kawan katakan. Kakak Jannah, awat rambut dah serupa Michael Jackson tu..tudung mana?? Umi mmg suka usik rambut die tu.hehe

Ok, mari rajinkan diri update blog yg bersawang..

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Masih dalam mood raya ke dah takde mood nak beraya? Kata Malaysia beraya sebulan, jadi mmg mood beraya kena selama sebulan la kan. Orang dalam pantang pun ada hati nak beraya sakan, camne citer tu??hehe. Orang lain dah lama tayang gambar raya, umi baru nak muncul.hehe..

Saja umi nak amek mood sket..nak start update citer serba sket tentang family kitorang ni la. Gambar2 pun umi dah transfer sket2 kat laptop..so kena terus rajinkan diri update. Baby lena tu..cepat2 sebelum umi 'ke laut' semula..

Entri pertama ni kita masuk gambar ni dulu lah ye..

Jannah snap gambar bb girl die masa on the way balik dari Kulim ke Putrajaya. Cam cantik pulok..hehe.. Ok, jom kita berblog..



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform