Balik kampung Kulim, Kedah

Assalamualaikum..

Sepanjang cuti sekolah selama 19 ari aritu, umi dah plan baik2 aktiviti kitorang sekeluarga. Kebetulan abah still belajar, lum masuk keje, so boleh la nak cuti sekali ngan anak2 kan. Lepas ni abah dah nak start keje semula, tak dapat la nak jalan2 sangat ngan abah cam sebelum ni.huhu.

Ok, sambung. Minggu pertama cuti, kitorang plan nak bg budak2 lepak umah Atuk Nenek Keramat tp terpaksa cancel sbb kat umah tu pakat tak sihat, so kitorang lepak kat umah je la. Minggu ke 2 lak, Luqman join Kem Anak Soleh seminggu kat Putrajaya..so masih di umah la. Abis je program, kitorang terus balik Keramat lepak sana 4 ari 3 malam sebelum balik kampung Kulim, Kedah selama 5 ari 4 malam. Cuti sekolah camni la, nak balik kampung kan. Last balik pun, bulan 12 tahun lepas.

Kat kampung, takde la jalan mana sangat. Budak2 pun kalo dengar umi nak kuar pun tak nak ikut sebab nak main ngan kawan kat umah. Ada sekali tu Tokwan ajak g jalan tgk Jambatan ke 2 Pulau Pinang..Jambatan Sultan Abdul Halim, Agong kita sekarang ni..so ok la kan..tingin gak nak tgk. Tp, Tokwan ajak kuar malam pas Maghrib sebab sekarang ni cuaca panas sgt. Kalo kuar siang jenuh berpeluh. Ikutkan nak la g siang kan..baru la nampak jambatan n lautan luas tu.hehe. Tp ikut la Tokwan.

Tokwan konon nak tunjuk kat budak2, naik jambatan yg panjang n cantik..sekali..tak sampai jambatan lagi, budak2 dah lena dalam kete.haha. Ye la, sume pakat syok main sepanjang ari, tiba2 malam dok dalam sejuk econ kete, letih main..ngantuk la. Tak dapat pun budak2 tgk.hehe. Jambatan ni panjang sket dari jambatan pertama tu..dan agak bersimpang siur la laluannya..Tp agak jauh la kalo sape yg datang dari utara, memang tak akan masuk la jambatan kedua ni. Dia lebih sesuai pada sesapa yg datang dari selatan, cam KL dan sebagainya.

Dah sampai Penang, ingat nak singgah makan kat Padang Kota..tp round2 tak jumpa pun gerai makan.hehe. Last2 terus balik naik feri. Ha, masuk je feri kitorang terus kejut budak2 la. Mana boleh tak tgk suasana dalam feri. Yg ikut sekali member budak2 ni atau sepupu depa, Aliya..anak Alang Tie. Lama dulu penah la jugak bawa budak2 naik feri, tak ingat la bile..tah afiq dah ada lum pun tak tau la. Ni dah besar, syok la sket kan.

Dah sampai seberang, singgah makan la kat mana tah..umi pun tak ingat. Dok cari kedai mamak tak jumpa, nampak gerai Melayu benti je la isi perut. Budak2 pas makan sambung lena balik.hehe. Letih sangat ye. Dekat kul 12 tgh malam kot sampai umah.

Kitorang lepak kat Kulim sampai ari Sabtu. Tengahari tu baru gerak dari Kulim. Ahad leh lepak sehari kat umah Putrajaya sebelum budak2 masuk sekolah semula. Pasni, InsyaAllah raya kitorang akan balik kampung lagi..sekejap je la..umi pun dalam pantang masa tu. Pantang sendiri je sebab anak2 sekolah kan. Sekian.

Cuci kete pun di kampung..
Budak2 rindu umah Tokwan kot, diorang snap umah Tokwan..tempat diorang selalu berkumpul main sambil tgk tv
Suasana malam di atas Jambatan Kedua P. Pinang. Tak nampak laut la jawabnya
Budak2 baru bangun tido..mamai2 lagi.
Kami atas feri

Sambungan Kem Anak Soleh

Assalamualaikum..

Lama sekali baru nak update balik..haihh bz sungguh la. Ni da peluang update la sekejap mana yg sempat. Nanti dah bersalin kot tak sempat nak update citer lama. Sure nak citer pasal bb baru la hape kan.hehe.

Nak sambung sket pasal program cuti sekolah Luqman join aritu. Alhamdulillah selesai sudah..Luqman dapat join gak aktiviti kerohanian. Die pun nampak semangat pas balik dari kem tu setiap hari. Walaupun tak banyak perubahan dari segi sikap tu, mungkin disebabkan umur yg masih kecil, belum matang lagi..tp sekurang2nya die dapat pengalaman berharga. Daripada duduk umah dok main, tgk tv je kan. Abis je kem, die cakap tahun depan nak join lagi la. InsyaAllah..tgk la keadaan camna, tak tau lg masa akan datang camne lak.

Ibu bapa langsung tak dapat nak join kem ni, so tak banyak la yg kita boleh tau apa budak2 ni buat. Gambar pun snap masa g antar n jemput die balik je la.

Umi nak upload video diorang dok nyanyi lagu tema kem, tp tak dapat sbb saiz besar..so, gambar je la dapat masuk.




Program Cuti Sekolah MTMZA - Kem Anak Soleh

Assalamualaikum..

Seperti yg penah diberitahu sebelum ni, umi abah antar Luqman join program cuti sekolah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin or Masjid Besi. Nama program kali ni ialah 'Kem Anak Soleh' yg dikendalikan oleh team Mantop Training milik Ustaz Zamri Zainuldin, seorang selebriti ustaz yg terkenal tu.

Program bermula pada 2 Jun dan bakal berakhir pada 6 Jun, Jumaat ni. Alhamdulillah dapat gak Luqman join sebab umi abah awal2 terus mendaftar d Masjid Besi bila dapat tau pasal program ni. Memang menjadi rebutan ibubapa la nak anta anak2 mengikuti program bermanfaat sepanjang cuti sekolah, kan. Sepatutnya limit pelajar adalah 80 orang, dinaikkan menjadi 100 orang. Tp atas sebab rayuan dari sesetengah ibu bapa, Mantop Training akhirnya menerima dalam 115 orang pelajar. Rezeki masing2 la.

Yuran program ni adalah sebanyak RM150 utk 5 ari..dan disediakan makan sehari sebanyak 3x. Memang berbaloi sangat2 la.

Harapan umi semoga Luqman akan berubah menjadi seorang anak dan pelajar yg mempunyai asas agama..ilmu kerohanian. Dan dapat membentuk peribadi mulia. Aminn.. Setakat ni dah 2 ari die join program, memang die cakap best sangat.. Bagus la camtu.

Isi borang pendaftaran
Jadual sepanjang 5 ari program
Taklimat Ustaz Mantop Training kepada ibu bapa dan pelajar
Bagi amanat sket sebelum tinggalkan Luqman
Pelajar lelaki

Tahniah..Maksu Yayah Daftar UiTM

Assalamualaikum...

Citer ni baru je berlaku weekend lepas ni..kira masih baru lagi la. Alang2 budak2 lena ni, baik umi amek peluang update blog.

Mula2 sekali, umi nak ucapkan tahniah pada adik bongsu umi, Nur Hidayatul Afifah ataupun lebih mesra dipanggil Maksu Yayah..yg telah selamat mendaftar utk sambung belajar Asasi Sains di UiTM Puncak Alam, Selangor. Pilihan perlama yg dipilih utk program asasi ni, itulah yg die dapat. Kolej Matrikulasi pun die dapat di Kolej Mara Kulim, tp dekat secoet je ngan umah, die tolak la.hehe. Apa2 pun semoga maksu dapat buat yg terbaik,mendapat keputusan yg cemerlang dlm pelajaran. Aminn..

Dah maksu nak mendaftar di UiTM sini, Tok Tokwan kena la turun KL untuk antar anak bongsu kesayangan ni. Kali ni Paknjang Najib n anak die Qistina yg balik kampung jemput Tok Tokwan ngan maksu datang KL, sebab barang pun banyak kan,tak sesuai la nak naik bas cam selalu. Kalo leh tak nak la bagi Tokwan drive kete jejauh lagi..letih oo.. Yg usia muda cam kite ni pun reti letih, tambah warga emas cam Tok Tokwan kan.

Ari pertama Tok Tokwan datang tu, Paknjang Najib anta Tok Tokwan ke umah Putrajaya kitorang. Kira pakat lepak tido umah kami selama 2 malam la. Sebelum ni datang dah tido umah Paknjang Najib n Achik Azah. Malam 1st tu kitorang je la ada kat umah. Malam ke 2, Paknjang Najib sekeluarga ngan Achik Azah dan anak2 lak datang tido umah kitorang..meriah la dapat berkumpul reramai.

Petang tu pulak, Pakndak Jon ngan Maksu Ida sekeluarga dari Shah Alam datang bertandang umah kitorang..memang dapat berjumpa ramai sanak saudara la minggu lepas ni. Tak ketinggalan Pakngah Nizam sekeluarga yg datang dari Terengganu nun, ada games bowling antara PDRM kat Sunway Pyramid, so malam tu pakat berkumpul di medan selera JPM, dekat ngan Dataran Masjid Putra tu. Best sangat dapat berkumpul reramai ahli keluarga. Bukan selalu dapat peluang camni, kan.

Maksu Yayah daftar UiTM ni pada ari Ahad 1 Jun 2014, sume gerak dari umah Putrajaya kitorang la pagi tu. Sebelum gerak isi perut breakfast dulu. Tokwan beli makanan punya banyak kat Medan Makan Presint 16 nun, ditemani abah la. Umi lak, nak jadi cite, malam semalamnya langsung tak leh tido.huhu. Tiba2 rasa tangan n kaki membengkak, dada berdebar2, sakit badan.. Sampai siang je terus penin kepala. Sempat la lelapkan mata sekejap sebelum kuar. Mmg tak peduli langsung la kat tetamu..familyku itu.huhu. Dah masuk 8 bulan ni, makin pelik peel time pregnant ni. Mudah2an takde apa masalah. Smoga selamat semuanya la sampai bersalin elok sempurna. Amin..

Sampai UiTM Puncak Alam yg agak jauh gak lerr..duduk je kat kusi sambil tunggu maksu setelkan daftar..pastu masuk bilik maksu melepak la reramai. Kolej kediaman diorang ni cam apartment gitu. Dalam 1 umah ada 4 bilik..sebilik leh duduk 2 orang. Dalam umah ada toilet gak..mmg best sgt la kan. Cuma tempat memasak je la takde.

Dah setel sume, tinggal la maksu kat UiTM tu..kitorang sume terus gerak ke umah Pakndak n Maksu Ida yg datang Putrajaya semalam tu. Makanan tengahari pun dah disediakan..Alhamdulillah. Kebetulan diorang pun nak balik kampung Kulim. So Tok Tokwan tumpang diorang balik kampung la. Plan asal nak balik Kulim esoknya naik bas. Tp tak lama pastu, bila umi online FB, ternampak update status oleh Maksu Ida yg kete diorang breakdown kat Gopeng. Ala siannya diorang sume termasuk Tok Tokwan.

Dah la ada anak kecik 3 orang, pastu ujan lak. Diorang antar kete ke bengkel keluarga di Gopeng, pastu ada sorang sedara lagi datang dari Parit Buntar jemput diorang n antar balik sampai ke Kulim. Alhamdulillah selamat sampai pada pukul 12 malam camtu. Pasni Tokwan nak ke Terengganu lak, tolong sorang lagi sedara yg agak susah mendaftar anak die di Unisza Kuala Terengganu. Sian Tokwan, letih.. Semoga Allah swt. berikan kesihatan yg baik pada Tok Tokwan..panjangkan umur mereka..berikan kesejahteraan dunia akhirat. Aminn.. Sebelum datang KL aritu, Tok baru lepas lega dari demam selama seminggu. Memang terbaring tak larat nak bangun n makan pun..sian Tok.

Ok, jom layan gambar sket.

Dinner reramai di Medan Selera JPM dekat ngan Dataran Putra. Alhamdulillah.. Family Maklong Lina ngan Alang Tie je takde. Sebelum tu kitorang reramai ke Warta Bangi..masuk DIY n Giant beli barang sket.
Dari jauh..bangunan blok maksu..Rafflesia
Kena menapak la nak ke blok ye..
Lepak reramai kat bilik maksu. Masa ni roommate maksu dari Johor lum masuk lagi.




Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform