Assalamualaikum..
Kejadian ni berlaku pada tarikh 14 Februari 2017..senang kalo nanti2 nak rujuk umur berapa, kena letak tarikh. Cam biasa, umi kalau dah bagi baby twin minum susu kenyang2, biar je la diorang kat toto nak main sendiri. Diorang pun ok je kena tinggal, tak macam abang kakak dulu2 tak leh nak tinggal, jenuh umi nak buat keje pun susah kan.. Agaknya sebab kembar, diorang pun sendiri tau..bukan senang umi nak usung dua2 sekali kan..hihi. Bab tido pun beza dengan abang kakak dulu2. Depa ni tido memang lama la..tak perlu pun tido buai cam abang kakak. Tidokan meniarap atas katil, tutup pintu bilik, tinggal je la..berejam diorang boleh tido..cumanya kalo sorang jaga, sorang lagi tido..nanti bersambung2..agak letih la umi, kan..hehe. Kalo dua2 lena, lega la sikitt..
Ok, balik pada kejadian tadi. Umi dok buat apa tak tau dengan Najla..rasanya ada kat hall jugak..tp memang tak layan baby la..dah senyap main sendiri kan. Tup2 pandang la 2 badik twinny. Eh, mana lagi sorang ni?? Tengok2.... Ya Allahhhh...dok tersengih elok pandang umi dari bawah katil.hahahaha. Baby tu ialahhhh Baby Hasif, si adik. Kemain hepi dia dok bawah tu..tersengih2 suka. Pastu buat gaya terbang superman dia la.haha. Aduh la haiiii..adik2. Terus umi snap gambar dia..send kat abah. Lawak sungguh la adik ni. Mujur bawah katil baru je sapu..kalo tak, mau berhabuk abg kakak suka sepahkan umah kan. Lepas ni kena sentiasa pastikan bawah katil kena bersih la. Dah katil tetap akan ada kat situ sampai kitorang pindah..malas nak buang. Lagipun, memang kitorang sekeluarga dah tak tido bilik atas dah. Sejak umi bersalin, sampai la baby dah nak masuk 6 bulan ni, kitorang berumahtangga kat bawah ni je la. Malas nak turun naik tangga. Kitorang ni memang sesuai rumah separas aje..hihi.. Sabar ye..nanti kita pindah umah. Dah tak lama dah ni.
|
Yeayyy..Superman Hasif nak terbang niii |
Pastu...ada jugak sesi supeman terbang bawah katil oleh si abang Hadif. Dia pun tingin gak lepak bawah katil cam adik..hahaha. Cuma bezanya abang Hadif ni gerak secara berundur/reverse. Si adik bergerak menyusur ke depan cam biasa. Memang perkembangan keduanya berbeza. Setakat ni semua adik yg dapat dulu..lepas sebulan kemudian baru si abang ikut. Contohnya macam senyum, aksi terbang superman, menyusur. Berat abang pun kurang sikit dari adik..dalam 100g gitu. Apa2 pun, diorang saling sayang menyayangi dan jaga menjaga antara satu sama lain ye..siap jaga Kak Najla sekali nnt tau..sebab kakak awak ni haluih orangnya,hihi.
|
Sedar2 dah bawah katil si abang Hadif..hahaha |
|
Hadif dah masuk bawah sofa pulak |
|
Hadif kira nak undur masuk bawah katil la tu.. |
|
Ni antara beza twinny abg dan adik. Umi tinggal dua2 kat toto..si abg dok terbang Superman dia la..tak bergerak,hihi. Si adik pulak terus mencari menan..dah bergerak ke luar toto main menan kakak..comei sungguh depa dua ni kannn.. |
|
Hasif yg aktif ni.. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.