Photobook - Pixajoy

Assalamualaikum..

Aritu kat newsfeed FB umi kuar page sponsored dari Pixajoy..cuci gambar buat buku photobook RM4.90 saja. Uih, murah gile.. Tp harga tu tak termasuk pos la. Dlm RM8 je kos pos. Saiz buku 6x6, mukasurat sebanyak 48 halaman. Umi pun, apa lagiiii..terus apply la. Sebenarnya dah lama nak cuci gambar studio kitorang sekeluarga sempena anniversary umi abah 10 tahun, 2 tahun lepas..tp mahal sangat kot..tak tercuci sampai sudah. Jadi, terjumpa iklan murah camni, terus nak buat koleksi la.

Alhamdulillah..abah pun tolong umi buatkan photobook..edit itu ini. maka terhasil la 3 photobook keluarga kami. Abah buat satu buku je,,lain2 umi setelkan. Syok sangat ada kenangan dalam bentuk buku secara fizikal..takde la kena tgk kat phone atau CD lagi.

InsyaAllah lepas ni plan masuk studio bergambar dengan twinny pulak..cuci gambar cari album pulak..lagi lawa kot sebab gambar semua sama saiz je kan..harap tercapai nanti. Tengok kat company Photobook di Lazada ada kos cuci gambar 4R hanya RM12 untuk 100 keping..free post. Aduhh..bestnya. Tp dah takde sangat gambar nak cuci..kena masuk studio la nanti. InsyaAllah..

3 buku photobook kenangan keluarga kitorang. 1 sempena anniveersary 10 tahun umi abah, 1 utk kenangan anak2 masa kecik2..comei. Dan last gambar2 zaman sekarang ni la.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform