Bidadari-Bidadari Syurga

Umi baru tul2 abis baca buku ke-3 drpd 4 buku yg abah pinjam. Tak peduli abah tgh syok layan bola Selangor lwn Kelantan..umi bukan kaki bola..hehe..yg pasti tak sabar nak abiskan baca buku ni. Start baca pg smlm yg sampai terlupa dah time jemput Luqman. Dlm masa 2 ari la abiskan..baca time tul2 free.

Rasa lama sangat baca buku ni, lambat sangat nak abiskan..tp rasa seronok sgt baca..mmg terbuai2 dgn jalan citer die, terasa cam diri sendiri pun berada dlm situasi citer tu.. Tah kenapa, rasa cam ini lah buku terbaik penah umi baca, tak penah baca buku yg jujur, ikhlas, baik camni..terharu sgt2 nak menyudahkan ayat2 terakhir tu. 1st time baca karya penulis Tere Liye..rasa dah suke sgt dgn karya beliau. Tak sabar nak baca 1 buku lg karyanya, Hafalan Solat Delisa. Dengar2 citer ni pun best sgt!. Dah puji melangit best sgt baca buku ni..so, umi nak review sket la psl buku ni ye..

Buku ni mengisahkan jasa bakti seorang kakak (Kak Laisa) yg tiada sebarang ikatan darah dgn 4 orang adiknya (Dalimunte, Ikanuri, Widapatna dan Yashinta)..sanggup berkorban nyawa, masa dan tenaga demi kebahagiaan dan kecemerlangan adik2nya. Pelbagai kisah masa silam mereka yg hidup susah dirakamkan dengan baik sekali dan dikaitkan situasi pada masa sekarang.

Terharunya sebab adik2 Laisa ni sgt sayang pada kakak diorang walaupun bukan sedarah sedaging. Mmg mereka menghargai dan mengagumi sgt2 kakak ni sampaikan sume adik2 sanggup utk tidak mahu berkahwin selagi si kakak tak kahwin..tak nak langkah bendul la. Tp akhirnya sume kawen, kecuali si kakak..mmg sgt2 bahagia si kakak ni dapat adik yg baik sgt2. Adik2 pula sume berjaya dgn sgt cemerlang.

Sebenarnya, keseluruhan citer nak bgtau camne kakak Laisa yg menunggu saat kematian disebabkan penyakit barah paru-paru tahap 4. Adik2 yg masing2 telah berjaya ni langsung tak tau penyakit si kakak. So, bile mak diorang (Makcik Lainuri) SMS suruh blk cpt jenguk kakak yg sakit kritikal, diorang yg masa tu entah di pelusuk mana kat muka bumi ni, terus tinggalkan segala tugas diorang. Yg penting masa tu, diorang nak jenguk kak Laisa je..betapa diorang sayang sgt2 kat si kakak. Masa on the way blk tu la..dirakamkan kembali detik2 atau kenangan masa silam diorang yg membuatkan kite terharu sgt membaca. Bile sume adik2 dah berkumpul di sisi, barulah kak Laisa menghembuskan nafas terakhir..dlm rasa bahagia tersangat2.

Betapa mulianya hati wanita yg bernama Laisa ni. Mudah2an doanya nak jadi bidadari Syurga dimakbulkan Allah. Ayat die untuk menyatakan die bersyukur apa adanya dirinya yg Allah jadikan..Laisa betul2 ikhlas atas kekurangan diri (tak sempurna seperti adik2nya) sebab Laisa dikurniakan adik2 yg sgt baik.

Maha suci Allah, sebenarnya cerita ni adalah kisah benar yg dirakamkan oleh Tere Liye..sumenya benar2 berlaku..Lembah Lahambay tempat tinggal Laisa dan adik2 pun benar2 wujud.

Umi pun tak tau nak stop entri ni camne..sbb masih terbayang2 jln citer buku ni.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform