Sebenarnya umi nak update entri ni dah lama tp dok tangguh2..sekali tgk phone, gambar2 kenangan kat galeri phone abis hilang. Sah2 si Najla delete ni.huhu. Banyak gambar umi snap tp tak dapat la masuk kat sini. Apa nak buat..
Ni yg ada umi amek balik dari wasap Makndak Tikah dan yg umi send kat BFF umi, Cik Leen. Boleh la..daripada takde kann..
Kitorang ke Melaka hari Jumaat 18 Nov, besday Luqman. Kursus start pukul 9 pagi, jadi pagi2 lagi lepas Subuh kitorang dah kena gerak ke Melaka sbb boleh masuk hotel hari Jumaat tu. Dah anak ramai ni dgn ada baby2 kecik agak kalut jugak la umi pek baju barang la hape..bangun dari pukul 4 pg lg padahal. Pengalaman manis semuanya ni..
Yg menjadi masalahnya abah cakap boleh masuk hotel masa check in pukul 12. Habis..umi dgn anak2 nak dok mana kan. Baby kecik pulak tu. Nak dok boleh la tp agak susah juga kott. Pastu umi tanya pada Makndak Tikah kot boleh lepak umah dia sat sebelum abah jemput pukul 12 tghari. Makndak cakap jauh dari umah dia Jasin ke hotel kitorang menginap di Bandaraya Melaka. Dalam 1 jam perjalanan, jem pulak lagi.
So, Makndak cadangkan..kitorang pegi je hotel terus, nanti dia datang jemput kitorang bawa jalan dan makan..sebab dia memang nak keluar ke Bandar Melaka. Ok set la.
Esoknya, dah sampai hotel tu dlm pukul 9.10 camtu..belum start kursus abah. Pastu rupa2nya dah boleh masuk bilik hotel. Alhamdulillah.. Tp sebab dah janji dgn Makndak, kena la kuar jugak ngan dia.
Kitorang naik bawa beg ke bilik dulu sementara tunggu Makndak sampai. Wahhh..besar gila bilik. Tak penah dok hotel bilik besar camni kecuali yg hotel apartment ada banyak bilik tu kan. Ini mmg 1 bilik tp luas besar. Sayang la..umi dah snap gambar tp kena delete pulak galeri phone umi.
Tv ada 2..kat depan katil 1..pastu kat hall belah sana 1. Jadi takde la kaco baby twin nak tido kalo abg kakak bising2 main sambil tgk tv. Lena baby tido siang hari pertama. Tp malam susah pulak nak tido. Abah dah la ada aktiviti sampai malam.
Bebudak ni tak dapat turun mandi kolam kat bawah sbb umi tak boleh la nak teman usung 2 babies ni..so diorang berendam dlm bath tub la. Ok la tu kannn..janji diorang hepi dok hotel sudahhh.
Masa keluar ngan Makndak Tikah tu, dia bawa kitorang makan kat Pantai Klebang pastu bg budak2 main taman menan seround. Gambar hilang, takde la kenangan.huhu. Tengahari sebelum solat Jumaat kitorang dah sampai bilik hotel..bergelumang dalam bath tub la bebudak..diorang bukan mandi lagi dari Putrajaya awal pagi td.hihi..
Ni masa mula2 masuk bilik. Terus landing katil sementara tunggu Makndak sampai. Sekeping ni je gambar dlm bilik hotel..alahaiii.. |
Makndak Tikah dgn baby Hadif. Camne leh tau Hadif?? Sebab kat tangan takde tanda hitam..hihi. Makndak kata dah besar..dulu jumpa kecik jee.. |
Hadif belum tido.. |
Kat bustel..hotel bas Pantai Klebang. |
Hari last..dah nak balik. Berlambak umi snap gambar pakai baju ni dgn abg kakak..langsung hilang..abis kenangan anak2 kat hotel ye. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.