Baby twin baru, car seat dan stroller pun baru..

Assalamualaikum..

Bila dah dapat baby twin ni terpaksa la membeli menambah barang2 baby yg baru utk diorang. Car seat lama warisan Luqman dah buruk terkeluar abis habuk2 span berterbangan. So belilah yg baru di jualan online Lazada lagi murah dari kat luar.

2 car seat baru utk twin Hadif Hasif..oder di Lazada. Syukur dapat 2 kaler berlainan.


Rocking chair ni dah lama..bukan baru ye. Warisan Afiq dulu..Atok yg belikan utk guna di Keramat, tp masa Najla lahir rocking chair warisan Luqman dah rosak, besi ke bawah sgt..so kitorang bawa balik yg ni ke umah. Sekarang baby twin pulak guna. Tp ada 1 je..kongsi2 la..tak nak beli baru sebab nak beli stroller utk twin. Tumpang la car seat warisan Luqman yg dah takde kain dia sbb dah tak elok.

Kitorang nak beli stroller baru utk twin utk mudahkan keluar berjalan2. Twin stroller lah jawabnya senang sekali tolak je kan..tak perlu la nak penuh2kan kereta dgn 2,3 stroller. Stroller lama warisan Afiq masih elok macam baru sbb jarang diguna. Nak letak 2 baby memang sempit..insyaAllah kita akan let go nanti.

P/s : Umi update pasal stroller kat sini je walaupun lama kemudian baru beli stroller. Alhamdulillah order twin stroller kat Lazada pd 19 Disember, esoknya 20hb dah sampai umah.

Kitorang survey banyak tempat mmg mahal betul la twin stroller kat luar..atas RM500..ribu pun ada. Tak nak la beli mahai2 cmtu walaupun boleh je beli..tp fikir nak guna just letak baby sekejap je kalo kuar jln2..utk mudahkan kitorang yg ramai ahli keluarga ni, murah pun ok. So, jawapannya order online je la..Lazada. Murah dari kat luar.

Akhirnya umi abah confirm beli buggy stroller..murah dan tak makan ruang kete sgt. Harganya RM387..delivery RM15. Yeayy..bestnya nak jln2 cmni.
Kenangan twin Hadif Hasif dok dlm stroller single masa seminggu bersalin camtu.. Sekarang dah bulat mmg tak boleh nak share lg camtu..sempit diorang pun tak selesa.

Ni cara kitorang jln sebelum ada twin stroller.haha. Car seat letak dlm troli camni. Sorang lg dukung atau dok dlm stroller lama abg Afiq.


Beli jenis buggy stroller je..murah sket. Asal boleh baring sudah la ye..
Taraaa...kitorang dah ada twin stroller. Bestnya nak jalan2 lepas ni.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform