Assalamualaikum..
Cam biasa..aktiviti tahunan family Keramat..celebrate besday cucu-cucu Atuk Nenek..bulan Mei besday Afiq la. Semua dah ada, so kita celebrate makan-makan potong kek kat umah Pakcik Latif kali ni..kat Sentul, ye.
Sabtu lepas, 16 Mei serentak dengan sambutan Israk Mikraj dan Hari Guru, ye.. Kitorang semua plan berkumpul kat sana lepas Maghrib. Siang tu kitorang lepak kat Keramat dulu la. Sebenarnya pada masa tu Afiq tengah demam..penutup la..selepas abah, Najla, Luqman, Jannah demam berpanjangan..bersambung2. Mujur la umi diorang ni tak kena demam tu..kalo tak sape nak handle diorang kan. Tp, Allah bg umi kena sakit mata, kurang sket la dari demam kan. Boleh juga nak keluar masuk umah antar jemput diorang sekolah.
Abah ni dulu penah sesat barat masa nak celebrate besday Jannah kat umah Pakcik kan, kali ni tak nak belajar lagi dari kesilapan aritu..nak gak sesat barat.hehe. Nama je anak jati KL, tp asyik nak sesat apekehe ni abah.haha. Luqman awal2 lg dah cakap tak nak naik ngan abah, nanti sesat lagi cam aritu. Tp dah kitorang nak kuar awal gak sebelum Maghrib konon nak sampai dulu..last2 sama cam aritu, kitorang yg lewat sekali.hihi. Abah..abah..
Kali ni menu makanan..kek sponsor by Maklong Shikin, abah sponsor satay, Atuk sponsor pizza, Pakcik Latip sediakan air2 la..air oren ngan fruit koktail. Ada kuih bakar gak, umi tak tau sape belikan. Alhamdulillah kenyang.
Selamat Hari Lahir 4 Tahun Afiq. Semoga Afiq membesar menjadi anak yg soleh..anak yg bijak, anak yg peramah dan pandai berdikari ye..sebab umi tunggu sangat nak tgk afiq pandai bergaul, berkawan ngan kawan2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.