Suhu Najla..memang 39 degree ke atas je la |
Sampai termuntah2..cadar, selimut, sarung bantal abis kena la. Terbaring saja keje die, makan ubat takmo..makan pun takmo la. Mandi pun paksa. |
2 badik tak sihat terbaring tak larat. Tengok je Afiq n Jannah main sama |
Susah makan ubat |
Nenek bg ubat pun susah gak |
Sementara semua tido ni, umi ngadap laptop sekejap, update pasal family kitorang hari ni 4 Mei 2015. Umi campur aduk je la entri ni ye. Dah masuk bulan Mei ye..sekejapnya masa berlalu.
Masuk bulan Mei, maknanya umi dan Afiq akan sambut besday sama2. Semalam, 3 Mei Hari Ulangtahun Kelahiran umi yg ke 35 tahun. Memang sekejap sangat masa berlalu, dulu muda remaja..sekarang anak2 pun dah besar.
Semalam besday takde la terasa apa pun, sama je cam hari biasa..mmg tak penah dok sambut besday sejak kecik. Pesan kat abah, tak yah la dok 'meghela' (gatal, gelenyar.hihi) celebrate ke apa..kalo anak2 takpe la. Tunggu nnt 8 Mei besday Afiq yg ke 4 tahun kita celebrate beli kek bagai ye. Tak bape ari je lagi. Lagipun, kalo nak tau..cam tajuk kat atas la..Luqman dan Najla tgh demam panas yg berpanjangan.huhu. Makan ubat, reda panas badan sekejap, hilang kesan ubat, terus panas membahang suhu 39 degrees ke atas. Tu la hadiah diorang kat umi.hehe. Takpe la.
Dua jenis susah makan ubat, memang berperang gak la ngan diorang. Tambah Luqman, kali ni Ya Allah awat la susahnya nak telan ubat, macam2 peel, macam2 alasan. Dulu dia yg paling senang makan ubat. Bagi la syringe ubat kat dia, dia telan sendiri je. Kali ni dengar nak bg ubat, mak aiii..cam nak bergegar umah.haha, Dia punya meraung menangis..haii..mmg tak tahan sabar gak la umi ngan abah. Padahal anak tak sihat, boleh umi cubit sekali..amek ko. Geram sangat ni. Kitorang kat Keramat sebab cuti 4 ari kan, cuti Hari Pekerja ngan Wesak. Nenek pun ada bg ubat, jenuh pelekuh dia la.
Tak nak makan ubat sepasal, pastu bila panas badan dah menyerang dia punya suara tu dengar sampai mana hala. Punya kuat. Adik Najla demam pun tak bising cam abg Luqman, ok. Sampai Jannah n Afiq kadang geram dengar pun boleh jerit "diam la!!!!!"..hahaha.
Ok, cite pasal demam ni, Najla demam on off sejak Rabu, 22 April lagi. Maknanya, kalo kira dari hari tu, dah dekat 2 minggu dian demam. Semalam besday umi tu, kitorang bawa die g klinik swasta kat Melawati la..jumpa doc siap buat rawatan neb sebab doc cakap maybe ada kuman kat paru2. Doc buat surat utk x-ray. Esok umi abah bawakan g klinik ye. Tadi dah g hospital n klinik kesihatan tak dapat buat. Harap takde apa la. Luqman pula, masuk arini dah 5 ari demam. Berpanjangan demam, lawan ngan adik. Jenuh la nak jaga diorang ni.
Semoga abang n adik cepat sembuh. Ya Allah, lindungi anak2 umi dari penyakit tak diingini. Amin.
Petang semalam, tgk Luqman pun ok sket dah kuat leh main, sebab still dlm kesan ubat, so umi abah n Najla kuar ke AEON AU2 Keramat ngan Wangsa Walk. Najla memang tak leh tinggal la..kesayangan umi ni mana la nak kat orang lain, kan.hehe. Tinggal Luqman, Jannah n Afiq je kat Atuk Nenek.
Umi nak cari barang yg dah lama umi tingin..tunggu hari jadi ke 35 baru nak beli. Kira hadiah hari jadi pun takpe la.hihi. Guna duit sendiri je..walaupun abah cakap abah nak belikan. Umi cakap tak payah sebab dulu masa besday abah, umi nak belikan hadiah die tak nak.hehe. Walaupun umi ni seorang surirumah je, tp umi pun ada duit juga, ye. Duit dari suami, duit dari biz, duit dari upah transit, duit hadiah dari adik, dari Tokwan. Alhamdulillah Allah sentiasa murahkan rezeki umi walaupun umi tak keje. InsyaAllah, jangan risau umi tak penah usik duit anak2, lagi dihulur ada la buat beli jajan ke apa kan. Duit diorang mmg umi simpan elok2 utk masa depan diorang. InsyaAllah dan Alhamdulillah dgn rezeki dan nikmat kurniaan Allah ni.
Pas beli brg tu, abah ajak g Wangsa Walk nak cari Secret Recipe. Dapat makan kek 1 slice je sempena besday umi.hehe. Tima kasih abah.. Umi tak kisah pun, tp dah abah nak bawa juga ok je la. Pas setel sume, jom balik jenguk anak2. Anak2 nnt makan kek masa besday Afiq je la ye.hehe.
1 slice kek besday umi.hehe |
Ok, itu saja la cite campur aduk. Kenangan untuk kami sekeluarga, InsyaAllah. Luqman n Najla, cepat2 sembuh ye.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.